Cara-cara untuk meningkatkan traffik blog – bahagian 2
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh diterbitkan: April 4, 2011 online
Ini adalah artikel dari kesinambungan entri dari bahagian 1. So untuk sesiapa yang belum membacanya, it is better untuk kalian baca dulu bahagian 1 sebelum baca bahagian 2.
Ehem….
Dalam bahagian 1, aku ada berkongsi mengenai cara untuk meningkakan traffik blog. Tapi kalau ada yang perasan pasti kalian dapat kesan satu perkara yang agak ketara dengan artikel bahagian 1 iaitu aspek dalaman.
Iya… apa yang aku sentuh dalam entri itu sebenarnya lebih kepada perihal dalaman blog. Dengan kata lain, ianya melibatkan cara, gaya dan juga identiti blogger itu sendiri dalam mengolah tulisannya untuk bacaan orang lain (pengunjung+traffik). Tiada sebarang penekanan di terangkan untuk aspek teknikal, promosi dan juga marketing.
So sebelum aku menyambung dengan cara-cara untuk meningkatkan traffik yang lain, ada baiknya kalau aku selitkan 3 link untuk bacaan santai dengan harapan info yang terkandung di dalamnya boleh membantu rakan blogger lain. Cool… and relax
1. Mengenali blog sendiri
2. Tonjolkan diri dan bakat sendiri.
3. Apa sebab saya perlu melawat blog kamu?

Okay lepas baca semua entri di atas, sekarang cuba lihat kembali soalan dari member blogger kita di atas. Dia ingin mengetahui cara terbaik untuk meningkatkan traffik. Tapi apa yang boleh di buat untuk menaikkan traffik bagi blog yang baru sahaja di bina?
Jawapannya ialah TIADA.
Untuk blog yang baru di bina, apa yang perlu diberi penekanan ialah PERSISTENCE dalam mengupdate isi kandungan blog. Dalam waktu yang sama, pastikan kebanyakan tips atau cerita yang di tulis mempunyai kaitan dengan kisah yang terdahulu (dalam blog sendiri, bukan blog orang lain).
Bagaimana dan apakah maksudnya?
Simple, cuba lihat dalam entri ini di bahagian atas. Ada 4 link (tidak campur dengan link di bawah) yang telah di kaitkan bersama (article linking). Jika artikel sebegini wujud dalam blog kita, ini akan menambahkan keseronokan pembaca untuk mengetahui info yang ada dalam blog kita dengan lebih lama.
Bila artikel di blog kita sudah mula banyak, maka di sinilah promosi dan juga segala bagai bentuk marketing boleh kita jalankan. Jangan berhenti untuk promosikan blog sendiri, walaupun sampai ke tahap menampal URL blog kita di tiang-tiang lampu dan juga pokok.
Persoalannya, bagaimana untuk membuat marketing blog sendiri?
Sebenarnya banyak, tapi cubalah dulu yang ini ya:
1. Downloadlah ebook PERCUMA Index Blog yang aku dah tulis ni. Tinggal nak baca je, tak perlu bayar apa pun. Kalau kalian tak download, penat je aku tulis …. huhu.
2. Update blog .. maintain dan buat article linking seperti yang aku sebutkan di atas.
3. Komenlah di blog yang kalian rasa berbaloi untuk di komen.
4. Jangan malas reply komen di blog sendiri.
4. Kalau rajin dan ada modal besar, buatlah pertandingan atau contest. Manusia suka dapat hadiah… kan? Aku pun pernah buat. Memang berkesan cuma aku tak buat selalu sebab takut pengunjung datang blog ini untuk hadiah semata-mata. Sorry ya … heh
5. Gunakan social bookmark atau PING site yang mudah di capai oleh pembaca. Di Malaysia ini, guna Innit, Gengblogger dan PetalingStreet pun dah okay. Cuma aku sedih sebab portal ping favourite aku Negaraku dah terkubur…..
6. Tawarlah diri menjadi Penulis Undangan atau Guest Writer di blog orang lain. Lebih bagus jika blog orang yang kita hendak serahkan artikel itu sama niche dengan kita.
Aku sampai siapkan satu kategori lagi untuk pembaca blog ini menarik traffik ke blog masing-masing… tak perlu bayar satu sen pun. Tapi ramai yang buat derk. Takperlah, it’s okay… at least aku dah cuba untuk menolong rakan blogger lain.
7. Gunakan Feedburner dan Facebook untuk menarik jumlah pengunjung dan pembaca baru. Baca tips mengenainya di sini dan di sini. Feedburner amat bagus untuk traffik di sebuah blog. WAJIB BACA!
8. Skill untuk SEO dan juga teknik meta marketing.
***********************************
p/s: untuk nombor 8 ini, aku takkan explain sekarang, ianya akan bersambung di bahagian 3. Nantikan ya



bernas dan berisi
rohaizad Reply:
April 4th, 2011 at 12:06 pm
Thanks Zam
zam Reply:
April 8th, 2011 at 8:48 pm
aku kene terima kasih sebab ko dgn ikhlas share ilmu… thanks ijad… huhu
Mus Reply:
April 8th, 2011 at 7:34 pm
memang betul tu bro.. bila otai dah bercerita.. kena baca dan fahami… kemudian aplikasikan..
yeay! part 2. overall we need knowledge on how to gain more traffic.
thank you sir!
rohaizad Reply:
April 4th, 2011 at 12:06 pm
You are always welcome
aih.. first la plak.. hahahaha..
anyway aku suka cara ko explain nih.. terang cam crystal…
Bagi aku.. aku masih lagi mencari identiti aku sbg penulis blog.. camna aku menulis? itupun aku tak tau.. mungkin tengah nak build up lagi kot.. tp aku takkan mengalah.. hehehe.. ilmu sudah ader… cuma nak guna dan praktis jer… hehehe
rohaizad Reply:
April 4th, 2011 at 12:06 pm
Teruskan pak… jangan berhenti ya
Rohaizad … apa sebab negaraku hilang macam tu aje? Takde saper plan nak takeover?
rohaizad Reply:
April 4th, 2011 at 12:05 pm
Rasanya Noktah Hitam sibuk sket. Lagipun, Negaraku masa sebelum di tutup, teruk kena SPAM dengan blog dari Indonesia… nak melayan SPAM ni memang buang masa.
Err..bro untuk menjadi penulis udangan untuk blog Rohaizad bukan calang-calang orang
rohaizad Reply:
April 4th, 2011 at 12:04 pm
Takdelah… mana ada ditetapkan syarat camtu. Asalkan isinya bernas dan boleh datangkan manfaat, ON je. Blog rohaizad ni pun bukan blog apa pun, blog biasa je.
wah…old skool
but powerfull..
kenapa eh bro, orang asik-asik nak tanya bab traffik..sedangkan, apa yang ditanya itu sememangnya adalah benda yang sama jer, yang dah berulang kali diceritakan?adakah sebab hanya nak tunggu disuap jer dulu..hehe..
bab blog network tu, saya memang zero, sebab takde langsung blog melayu melainkan sofiancheisa.com/blog tu jer
nak tunggu yang nombor 8 tu bila plak eh?
rohaizad Reply:
April 4th, 2011 at 1:18 pm
Blog network?
Hurmm… rasanya takde pulak disebut pasal blog network Sofian. Entri ini memang untuk mereka yang ada blog, tapi tiada traffik.
Takde blog network pun boleh tarik traffik. Lebih-lebih lagi blog Melayu.
Sofian Reply:
April 4th, 2011 at 11:42 pm
br ijad, maksud saya blog network tu blog yang berikan kelebihan dan peluang jadi member..macam bro cakap gengblogger, innit
bukan macam tu ke bro
ps: saya tak pandai sangat bab-bab blog ni..cuma hajat belum kesampaian je lagi nak berguru dengan bro
ada kesempatan insyaAllah, nak jugak sedut ilmu2 bro, bleh kan
Aqif Azizan Reply:
April 4th, 2011 at 2:35 pm
Sofian tak perlu hiraukan bab-bab blog dah kot. Sebab dah hebat dalam Clickbank. Hehe.
Ada betul juga soalan tu, sehingga hari ini, masih ramai lagi yang bertanyakan kaedah untuk menarik trafik ke blog atau laman web.
Padahal semuanya sama sahaja. Meskipun ada ebook yang kononnya menjual ‘rahsia’, tetapi isi kandungannya tetap berbalik pada asas trafik.
sudah faham skarang..
kesimpulannya, kita jadilah diri sendiri. tulis kerana kita sendiri yang mau tulis, kongsikan apa yg kita mahukan kpd pembaca.
tonjolkan siapa diri kita dan identiti kita sbnrnya kpd pembaca.
betulkan saya jika saya salah, bro.
tima kasih atas tips2 yg sgt berguna
jasa mu dikenang bro.
rohaizad Reply:
April 4th, 2011 at 2:23 pm
Nak menjadi orang misteri di sebalik blog boleh juga, asalkan identiti kita tu menarik perhatian pembaca. Tapi pembaca blog sekarang lebih suka blogger yang telus dan honest.
Keep it up!
Guest post antara kaedah paling kesan untuk menjana trafik. Ditambah lagi perisa meningkatkan jenama dan kredibiliti penulis.
Ijad,
Kak Jie nak komen pasal feedburner sebab feed tu yg keluar kat feed commentluv bila ijad komen kat blog kak jie
Sebenarnya feed dari feedburner tak dapat backlink
URL tersebut bermula dengan “http://feedproxy.google.com/”, tergolong di kalangan pengkomen-pengkomen yang rugi sebab backlink (dengan jus-jus sekali) sudah dihijack oleh Feedproxy.
baca entri ni > http://www.kujie2.com/blog-tutorial/memastikan-backlink-dari-blog-commentluv.html
tips memang sangat terbaek..lengkap segala.. bro ijad.. bila lagi nak buat Ko/K atau kerja rumah untuk bloggers macam aritu..?
ahaks..tips yang sungguh best dari beliau..
p/s:sorry la aritu Ijad..next time ye..:D
yup.. bernas tulisan bro.. ada dipraktikkan..
jangan lupa join Contest Lumayan Teka Bunga Blogger Shakiddo
Dapat lubang Ping baru hari ni…terima kasih Tuan Rohaizad…
thank bro for info yang menarik..bab yang maintain menulis tu yg lemah sikit.
dari dulu teringin nak jadi guest writer untuk blog ni tapi sebab tulisan aku asyik merapu je memang sampai skrg tak submit2 lagi, haha
Dila.13 Reply:
April 5th, 2011 at 2:03 pm
Bukan Bro Mijie aje yang tak submit-submit entri sebagai penulis undangan. saya pun plan nak submit sampai sudah tak hantar-hantar. huhuhu.. ape daa kita ni..
tak boleh blah betul brader nie tanya, mengganggu hati dan perut abang.. apepun kena maintain update blog, tanpa berputus asa…
Perkara-perkara yang selalu aku buat dari mula belajar blog hingga ke hari ini….
Thanx rohaizad. haha blog saya ni menggunakan bahasa melayu dalam buku text sekolah. hehe =)
Orang Arab boleh cakap bahasa Melayu. Melayu kita leh cakap Arab?? tak nak cuba?
Salam tuan rohaizad
blog yang sedap dibaca…tahniah!!!!
rohaizad Reply:
April 6th, 2011 at 6:01 pm
Terima kasih Zainal
Tips tarik trafik bagus untuk newbie, kadang-kadang kesian tengok dia orang bertungkus-lumus membina blog dan menulis entry tapi trafik sedikit je yang dapat, sebab tu ilmu cara menjana trafik macam ni penting..teruskan berkongsi ilmu2 berguna seperti ini..
rohaizad Reply:
April 7th, 2011 at 1:50 am
Thanks … really appreciate it
Basic ini memang sangat penting walaupun untuk orang yang dah berpengalaman. Maklumlah kekadang lupa pulak basic dan asas nak tingkatkan traffik.
Maybe, ko boleh buat ebook atau buku yang lebih komprehensive tentang How to Increase Traffic for blog!!! La ni baru ada beberapa siri blog post dn sikit ebook.
WAllahua’lam…