Menggila dengan Innity – RM8,908.83 dalam masa sebulan. Bukan RAHSIA lagi !!!!!!!!
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging - Tarikh diterbitkan: April 28, 2011 onlineTuh dia… !!!
Mamat ni namanya Khairul Hakimi, budak Melaka. First time dia contact aku ialah melalui forum Wang Cyber. Masa first time dia usha aku, akuselamba je.. sama seperti aku layan member-member lain.
Kemudian, dia ada kata pada aku “bro, saya ada satu satu produk untuk introduce. kalau bro free, boleh tengok kat thread bla.. bla.. bla…”
Aku pun pergi usha.
Lepas aku belek satu persatu, aku rasa ada something pada produk. Sebab belum pernah seorang pun hamba Allah kat Malaysia ni yang berani reveal income mereka bersama Innity. Kiranya ini adalah satu dari sejarah Malaysia!
Aku tidak pandang rendah pada Khairul ni, malah aku pun tidak pandang tinggi pada dia. Kenapa? Sebab dia ni orangnya humble dan dia tidak harap orang pandang tinggi pada dia. Yang penting baginya, biarlah nilai RM di dalam akaun Innity itu lebih tinggi dari orang lain.. haha.
Aku jugak respek dengan Khairul ni sebab dia dah boleh generate income yang “tak agak-agak” dengan blognya. Tak perlu keluar rumah untuk bekerja, sebaliknya blognya itu yang bekerja untuk dia.
Tapi apa pun, kalian semua tau yang aku ni orangnya macam mana. Kalau orang kata dia baik ke, dia sempoi ke, method dia power ke… aku tak peduli, sebab at the end of the day… aku tetap nak kaji apa intipati ebook yang dijual.

So sekarang aku dah baca ebook dia dan apa yang aku boleh katakan, banyak info yang telah membuatkan aku ketuk kepala sendiri. Infonya banyak dan kalau tidak di halusi betul-betul, memang rugi.
Satu perkara yang pasti, kekuatan method Khairul ini cukup power. Dia menggunakan SEO sebagai senjata utamanya. Walaubagaimanapun, kalian tak perlu risau dengan menatang SEO ini sebab ini BUKAN ebook pasal SEO. Ebook ni akan mendedahkan bagaimana kita hendak menilai aspek dan nisbah traffik untuk blog sendiri.
Semua blog di dunia ini TIDAK AKAN dapat traffik pada awal kewujudannya. Tapi kalau sebulan dan boleh dapat RM5000-RM9000… tak buat adsense pun apalah. Gaji seorang lecturer pun lebih rendah dari income Khairul ni!!!

Ada satu feel yang buat kita touching dengan ebook ni. Bila baca cerita dia cari traffik masa mula-mula dia set up blog, rasanya sama dengan seperti apa yang kita alami. Pengalaman yang dikongsikan boleh dijadikan satu motivasi dan yang lebih menarik, peningkatan income yang di jana meningkat dari bulan ke bulan.
Ini menunjukkan method yang di guna pakai berjaya untuk menjana lebih banyak income dari blog. Kalau kita seorang blogger dan tidak memiliki ebook ni, memang rugi. Sebab apa yang di lakukan oleh kita sama dengan Khairul, cuma usaha kita tidak setanding dengan dia.
Khairul membuat kajian tersendiri. Kalau nak tau apa yang Khairul buat dan kalau nak bandingkan dengan apa yang kita buat selama ini… belilah ebook ni sekarang. Tak nak banyaklah.. dapat RM500 dari Innity sebulan pun dah kembang giler dahhh…!!!




seronoknya baca cerita orang..nak intai jugalah
rohaizad Reply:
April 28th, 2011 at 11:32 am
Kalau Kak Jie nak menggila dengan Innity jugak, jangan lupa saya yea
Master Pak Pandir Reply:
April 28th, 2011 at 12:37 pm
ayat tak tahan. MENGGILA.
hehehe…:)
rohaizad Reply:
April 28th, 2011 at 2:17 pm
GIler lahhh!!!!!
donny Reply:
April 28th, 2011 at 6:52 pm
Tahniah khairul!satu income yang mantap tue! saya cuma generate rm700-1000 sebulan hanya dengan innity sahaja,belum termasuk ads yang lain,tak la banyak sangat macam encik khairul tu tapi pasti tersenyum dengan kerja keras selama ini.
rohaizad Reply:
April 28th, 2011 at 7:09 pm
Donny, you should read this. It’s very relate with you and your blog:
http://www.rohaizad.com/2011/04/28/video-seks-tips-mudah-untuk-di-soal-siasat-oleh-pihak-berkuasa/
donny Reply:
April 28th, 2011 at 7:15 pm
Tq bro, video dah delete,tinggal gambar je..
rohaizad Reply:
April 28th, 2011 at 7:33 pm
Congrats !!!
Keep yourself safe bro… heh
sumber rujukan teknik ke-power-an ade dah depan mata ni. tinggal nak grab atau tak grab je.
rohaizad Reply:
April 28th, 2011 at 11:45 am
Bloggers should own this ebook!
apa jadi dengan policy innity “tak leh disclose any info dalaman’..
rohaizad Reply:
April 28th, 2011 at 11:44 am
Semua yang tak boleh disclose tu sudah di tutup. Should be no problem.
donny Reply:
April 28th, 2011 at 7:06 pm
Ye ker?…baru tau pulak..tu yang saya reveal sket tu..hehe
peergghh… bilalah nak apply innity nih.. kena merisik nih.. apa rahsianya agaknya??
rohaizad Reply:
April 28th, 2011 at 11:44 am
Jangan apply bro kalau blog ak cukup syarat. Cari jalan untuk naikkan traffik blog… dan jalannya ada dalam ebook ni.
donny Reply:
April 28th, 2011 at 6:58 pm
satu-satunya rashia apabila ingin menjana ribuan ringgit dengan innity ialah ‘trafik’.Semakin tinggi trafik blog,semakin mantap income tue.. itu pengalaman saya
Untuk menjana trafik yang tinggi kenalah rajin main SEO dan never fail to do posting daily..hehe…
baru baca site requirment tuk apply. bukan calang-calang blog boleh apply program ni.
rohaizad Reply:
April 28th, 2011 at 12:24 pm
Nak lepas requirement tu, kena tau tekniknya, ada diceritakan dalam ebook ni… heh
Master Pak Pandir Reply:
April 28th, 2011 at 12:31 pm
ada tunjuk sekali ke cara nak tarik trafik ke blog?
rohaizad Reply:
April 28th, 2011 at 12:32 pm
SEO is the most powerful method…
donny Reply:
April 28th, 2011 at 6:59 pm
dan satu-satunya kunci kejayaan sesuatu blog hehe… betul tak Rohaizad?
baaaapaaakkk byk tuh dpt sbulan dari blog smpai 8k..hohohooho…mencabar minda nih!!..hoho
rohaizad Reply:
April 28th, 2011 at 2:17 pm
Boleh buat hantaran……………………………………………!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ejoncb Reply:
April 28th, 2011 at 2:47 pm
boleh buat hantaran tapi tak leh kawen lagi..haha
Pergh, cam ne nak traffik menggila. Rasa nak belajar je dari ebook tu.
rohaizad Reply:
April 28th, 2011 at 2:17 pm
Kalau niat nak belajar, memang Insya Allah akan mudah untuk dapat konsep yang diterangkan.
Kalau beli semata-mata untuk duit, berat sket.. sebab nanti takut rasa gopoh tu wujud… huhu
Shahrul Reply:
April 28th, 2011 at 2:55 pm
Possible, possible.
munna Reply:
April 28th, 2011 at 6:01 pm
a’a betul jugak…kena betulkan niat tu dulu kan..
suka aku tgk income dia…mmg GILA!
rohaizad Reply:
April 28th, 2011 at 2:15 pm
Gilerlahhh… dekat RM9000.00 wehhh!!!
donny Reply:
April 28th, 2011 at 7:01 pm
heran kenapa blog izad tak pasang innity
rohaizad Reply:
April 28th, 2011 at 7:05 pm
Kat blog lain.. heh heh
donny Reply:
April 28th, 2011 at 7:07 pm
oo.. dah agak dah..,kena cari mana satu blog bro tu..hehe
kena beli nih… huhu.. aku memang teruja dah nih… huhu
rohaizad Reply:
April 28th, 2011 at 2:15 pm
Giler kentang… RM9000.00 tuhhh…!
zam Reply:
April 28th, 2011 at 2:21 pm
hahaha.. kentang pun tak giler camnih lah..
zam Reply:
April 28th, 2011 at 2:22 pm
eh bangga aku ..budak melaka lak tuh… huhu… eh bila la aku nak banggakan org melaka lak ni???? huhu
yg br2 nk berjinak2 dgn blog pon ok ke?
rohaizad Reply:
April 28th, 2011 at 2:15 pm
Sudah tentu.. sebab Khairul ni ada kongsi pelbagai teknik yang kita boleh gunakan. Mereka yang baru berblogging lebih berpeluang sebab blog baru… azam pun mesti baru!
pacubob Reply:
April 28th, 2011 at 3:04 pm
ok canteeekkkk….thanks bro….:)
rohaizad Reply:
April 28th, 2011 at 11:52 pm
welcome!!
tapi kenapa en rohaizad xletak??? hehehe
rohaizad Reply:
April 28th, 2011 at 3:32 pm
Sebab setiap kali nak update kat FB, semua link automatically di directkan ke Innity. Kesian pembaca… huhu
mazuki Reply:
April 28th, 2011 at 3:34 pm
aik….camne tu…maksudnya xpegi ke blog??? atau koding dia masuk dalam rss
rohaizad Reply:
April 28th, 2011 at 3:35 pm
Entah.. aku pun tak tau kenapa. Letak Nuffnang tak pulak jadi camni. huhu
mazuki Reply:
April 28th, 2011 at 3:37 pm
aku punye dia masuk dalam rss aje sblm ni…dia punye koding la…tu pon sbb aku insert iklan dalam post…
masalah redirect xde plak kena…
rohaizad Reply:
April 28th, 2011 at 3:38 pm
aku pun tak tau…
Brabo Brooo, gua tabik spring sama lu.
rohaizad Reply:
April 28th, 2011 at 11:50 pm
Ni bukan aku punya.. tapi budak Khairul tu punya bro… heh
zaireey Reply:
April 29th, 2011 at 12:35 am
Maksud gua kat Khairul tu la bro
heheheeh.kalau tak jumpa blog ni memang till now saya tak berminat nak buat duit dari blog pun. dapat semangat dari blog ni. innity dah ada akaun. insyaAllah ade rezeki boleh buy
rohaizad Reply:
April 28th, 2011 at 11:51 pm
Dah dekat dah tu… tak lama lagi mesti lebat incomenya!
p/s: bila nak belanja abang makan Pizza nih?
alahai belum psg innit lagi…tapi kena usha jugak ni..
rohaizad Reply:
April 28th, 2011 at 11:51 pm
Innit dengan Innity lain ya Munna
munna Reply:
April 29th, 2011 at 9:18 am
eh…typo pulak…huhu
Dengan ebook ini,pasti anda juga boleh menjana income seperti beliau.Dulu masa mula-mula,saya main hentam saja tanpa sebarang rujukan.Ebook ini kira bonus kepada sesiapa yang ingin memiliki income dari blog/innity.
rohaizad Reply:
April 28th, 2011 at 11:52 pm
Yup… start with a little, but end with a big.
memang dahsyat giler…
Fuhh..banyak tuh! Jangan tertipu udah…
ada sedikit konpius di situ..innity ngan nuffnang lain eh?adeh
rohaizad Reply:
April 28th, 2011 at 11:50 pm
Cehhh… buat-buat tanya pulak…
salam..
tq atas info..tapi nak tanya satu soalan..
adakah innity ni pesaing nuffnang
rohaizad Reply:
April 28th, 2011 at 11:49 pm
Yup… betul, persaingan sengit
Dalam banyak-banyak kerja kat dunia ni…ko highlight dan compare kan dengan lecturer?!?!
Kesian depa….
esempoi Reply:
May 3rd, 2011 at 12:08 pm
aah betul tu, kesian saya.. hehe
takdelah, rasanya ijad nak tunjukkan yang gaji lecturer tu tinggi, sebab tu dia compare dengan lecturer punya gaji.. tapi sebenarnya kalau dah pangkat prof, lebih 10k..
haha komen aku x diapprove oleh kroni…
nak review positif jer ke?
ok nah ambik…
lepas baca ebook tu terus aku dapat RM100…
wow mcm x percaya jer…
.
.
..
.
tp bukan drpd blog la, ada org byr hutang aku…haha
rohaizad Reply:
May 4th, 2011 at 10:23 am
Tuan.. boleh baca di sini:
http://www.rohaizad.com/2011/05/04/rahsia-innity-aku-seorang-kroni/
wah tp mcm ada baca negatif review jer kt satu forum tu..
dia ajar x cara wat seo?skrg ramai blogger yg nak belajar seo tp xde org dedahkan lagi teknik seo yg diguna oleh para blogger kecuali pakai plugin seo..
rohaizad Reply:
May 3rd, 2011 at 11:26 am
Nanti aku jawab soalan ini.. mantappp!
rasanya kalau beli ebook ni, bagi yang dapat innity bulan RM200-300, dapat tak cecah RM5000 seperti mana penulis ebook tu?
lagi satu, penulis tu reveal tak url blognya? bagi saya, itu je yang saya nak tahu.. hehe
sebab bagi saya, tengok blog je dah tahu apa rahsianya.. selain dari beli ebook tu..
rohaizad Reply:
May 4th, 2011 at 10:21 am
URL blog tidak di beritahu…
[...] Masih ingat lagi pada entri Menggila dengan Innity – RM8,908.83 dalam masa sebulan. Bukan RAHSIA lagi? [...]
Diulas pada May 4th, 2011 at 10:18 amdulu pernah apply nak join Innity..tp tak approved pasal traffic tak mantop…
huhu bukan senang nak senang.. bukan susah nak susah.. tgk screenshot cam senang je camtu2 dapat huhu..tp pada hakikatnya usaha penulis ni maybe berganda2 untuk dapatkan sampai tahap tu