Rahsia Innity: Aku Seorang KRONI

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: May 4, 2011 online

Okay, hari ini aku nak keluarkan apa yang ada dalam hati aku. Ini memang satu luahan, tapi luahan yang memang kena pada tempatnya. Aku tak kisah kalau ada pembaca blog ini kata aku dah mula tak sporting… tapi aku rasa pasal aku sportinglah… aku selamba je cerita kat sini.

Masih ingat lagi pada entri Menggila dengan Innity – RM8,908.83 dalam masa sebulan. Bukan RAHSIA lagi?

Okay, sekarang kalau boleh.. aku nak sangat kalian baca betul-betul. Lepas tu fahamkan dengan jelas apa yang aku kongsikan dalam entri tu. Cuba bandingkan sama ada aku tulis dalam bentuk “review” ataupun “testimonial”.

Tapi apa kaitan review tu dengan tajuk Aku Seorang Kroni?
Apa kes?
Apa barang?

Untuk mereka yang dah tau macam mana aku optimizekan akaun GMAIL aku, mesti mereka faham cara aku kategorikan email yang masuk ke dalamnya. Hanya email yang VALID sahaja yang akan masuk ke dalam Inbox, selain dari tu aku akan masukkan ke dalam SPAM folder.

Semua yang aku tak subscribe pun akan masuk ke dalam SPAM folder, even notifications Facebook pun aku humban ke dalamnya (menyemak dalam inbox!). Walaubagaimanapun, itu tak bermakna aku tak jenguk SPAM Folder Gmail aku tu… aku akan jenguk. Sebab selalunya email dari “advertiser” yang nak beli link akan masuk ke situ (strangers).

Sama juga dengan SPAM Folder yang ada kat Dashboard blog ini. Setiap hari kalau aku sempat, memang aku akan belek satu persatu muka surat SPAM folder blog ini. Tapi kenapa dan apa sebab aku belek SPAM folder ni?

Satu sahaja sebabnya… DEMI pembaca blog ni. Aku tak nak komen mereka kena delete, sebab kalau aku tak larat, aku akan delete semua comment yang masuk ke dalam SPAM folder. Kalau setakat 100 comment SPAM, bolehlah aku belek.. tapi kalau aku busy, tup tup dah cecah sampai 500-600 comment.. memang aku akan delete terus. Semalam ngan hari ni je dah cecah 300 !!!

Lagi satu sebab yang utama mengapa aku harus belek comment kat spam folder ini ialah aku tak nak menyinggung hati pembaca blog ini. Masih ingat lagi kes yang membuatkan pembaca blog ini marah sebab diaorang ingat comment diaorang kena delete? Itu semua kerja En Akismet!!

Dan sekarang ada seorang hamba Allah dah marah sangat sebab di katanya aku ini KRONI sampai tak nak terbitkan komennya. Ini komennya:

Nak jugak aku tahu siapa hamba Allah ni, tapi bila tengok dengan “betapa betul” nya dia yang tak letak nama betul, email betul, URL blog yang betul… aku pelik. Kalau nak sangat, letaklah nama betul.. email betul… tak pun number telefon. Yang ada hanyalah IP adress je.

Aku cari komen terdahulunya kat spam folder blog ni, tapi sah memang aku dah delete. Tapi aku tau yang komen dia masih lagi ada dalam spam folder Gmail. Biasalah… aku takkan delete semua email yang masuk ke dalam spam folder gMail…

Then aku cari komen sebelumnya tu dengan menggunakan nama blog yang dia pakai tu kat search column email gMail… dan aku jumpa.

Hoho… barulah aku tahu kenapa dia marah sangat. Tapi aku cool, sebab mungkin dia tak pernah nak ambik tahu fungsi Akismet. Mungkin juga dia takde blog.. who knows… tapi takkanlah takde email kot… sebab masa beli ebook ni kan kita kena letak email !!!

Akismet punya pasal, aku pulak yang kena. Dikatanya aku ni KRONI kepada owner ebook ni. Anyway, aku tak nak dikata sebagai tukang delete komen pembaca. So dengan hormatnya, aku letakkan KOMEN beliau dengan BANGGANYA untuk di baca oleh semua orang.. aku harap dia happy!

Dia marah dengan apa yang aku tulis dalam review, tak seperti apa yang dia harapkan. Walhal dia yang tak baca betul-betul.

Cuba baca balik review tersebut… tak perlu takut, aku tak ubah apa-apa dalam review tu, masih lagi original. Tak percaya gunalah Google Cache.

  • Kalau nak marah disebabkan owner tu tak ceritakan pasal online-offline SEO, dah tentu-tentulah aku dah cakap ini bukan ebook SEO secara details bagai nak rak (sila baca balik). Ebook ni menceritakan bagaimana seorang blogger menggunakan SEO untuk tarik traffik!

  • Kalau nak marah disebabkan owner ebook tu tak nak dedahkan URL blog dia yang ada traffik tinggi, manalah aku tau. Dah blog dia… takkan aku nak paksa.
  • Kalau nak marah pasal harganya RM99, kononnya tak berbaloi… boleh ke ? Sebab dalam waktu yang sama, aku tengok ebook yang beratus ringgit tapi lebih sampah dari ini pun…. korang sanggup beli? Apa hal?
  • Sampailah Nasrul kata ebook ini ada di debatkan di forum Wang Cyber… aku pun masuk dan baca. Ehhh… ada pulak testimonial seorang hamba Allah yang traffiknya meningkat dengan menggunakan method ebook ni. So apa kes pulak tu? Nak kata tu testimonial menipu jugak ke? Atau dia juga seorang kroni?

Fikir-fikirkanlahlah… kalau kita tak boleh buat, jangan ingat orang lain pun tak boleh buat. Pasal diri sendiri yang kecewa.. habis aku pulak yang kena tempiasnya. Tak puas hati, pergilah mintak refund pada owner ebook ni. Janganlah kata aku ni kroni.

Kalau dah sampai tuduh aku kroni, itu maknanya aku ni NAK SANGAT duit dari jualan affiliate ebook ni. Sorrylah bai… affiliate bukan main core aku dalam dunia internet ni. Aku bukan IM, aku cuba seorang blogger je.

Kalau betul-betul kecewa dengan review aku… aku mintak maaf. Kalau nak semua komisyen hasil penjualan ebook ini untuk cover balik kerugian kamu tu pun, ambillah. Aku tak kisah…

Sekali lagi.. aku memang tak boleh terima perkataan kroni tu sebab memang aku bukan kroni owner ebook ni. Mungkin owner ebook ni boleh cuba trace dan detect siapa dia melalui IP adress dan bincanglah dengan baik.

Sekian…


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 66 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. aku memang dah tunggu…

    Harap aku no 1.

    rohaizad Reply:

    You are the one..

    p/s: giler komen ke apa ni… haha

    Johor Bahru Guy Reply:

    Memang aku gila, setiap minit aku bukak…baca kejap lagi…baru aku komen…

    Johor Bahru Guy Reply:

    Oh…aku ingatkan apa…patutlah masa aku call ko semalam tanya pasal ebook ni, ko macam dah ready je nak jawap…rupanya dah ada case camni…

    Anyway, rileks ijad…biasalah apa-apa yang kita buat, tak semua akan happy…Hatta Rasul yang hebat berdakwah, ada juga ramai yang tak suka dan menentang…

    Aku rasa, ko rileks dan cool je…

    Minggu depan kita NAP…habis cerita…dah lama tak NAP ni…

    Shaffik Reply:

    Jat kalau ko bukan kroni..kita layan NAP next week amcam?

    Johor Bahru Guy Reply:

    Orang ada barang baru kenalah belanja NAP

    Shaffik Reply:

    Belom lagi…sebab duit sumer dah ke barang baru…

    Johor Bahru Guy Reply:

    Eh menjawap pulak brother ni…makan cili ke?

    Shaffik Reply:

    Bukan cili…tapi nak kumpul duit syiling plak skang…..hahahahha…ijat sorry off topic…

    Johor Bahru Guy Reply:

    Ijad…sorry gaks…off topic…

    Aku dah agak dah…mesti ko minat punya…

    Aku minta duit kat anak aku…dia tak nak kasi…dia nak jual kat aku…siut je…

    reezluv Reply:

    haha..nak try dapatkan komen banyak gak pasni..hahaha

    kabu Reply:

    cuba, cuba jgn tak cuba

    kabu Reply:

    macam-macam giler

  2. Pereman said:

    dah agak dah..mesti ade kes ni…

    rohaizad Reply:

    Kehendak manusia tidak pernah terbatas… mesti ada yang tidak puas hati.. kan?

    p/s: tapi bila aku di libatkan…. memang aku fed up.

    Pereman Reply:

    betul .. aku senang je ijat..kalau orang nak komen.. suke hati la…bukan menjejaskan ape2 unless kalau that’s obvious with material proofs yang bende tu just a propaganda ..

    p/s susah betul nak jadi pengomen pertama ni..hurmm

    kabu Reply:

    tak bole elak lah Ijad. Ini hal mesti akan berlaku. Tapi tu tandanya orang banyak rely pada ko… :)

    kabu Reply:

    apa bole buat tak bole elak lah Ijad. Ini hal mesti akan berlaku. Tapi tu tandanya orang banyak rely pada ko… :)

    kabu Reply:

    kes kuar jangka nih… :)

  3. Mohd Hilmi said:

    ish3.. mcm ni punye kes pon ade ke.. xpatut tol. mcm-mcm plak skrg ni..

  4. kid said:

    ape laaa nak marah2.. aku nyer pun ada banyak gak spam.. huhuh dah kena control..

    reezluv Reply:

    sebut pasal spam folder tu, memang selalu gak aku tengok ada yang terlepas ke sana..kena gi check selalu..:D

  5. reezluv said:

    ish2..kata kroni plak dah..mungkin dia taktau kot apa maksud testimonial.review tu gamaknya..:P

    aku tak beli pun sebab tak bape rasa minat plak dan tertarik plak nak beli

    kalau betul tak puas hati tu, minta je le refund kt ownernya kan?

    p/s:teringat aku kt salah satu group blogger aku join, ada golongan anti blogger..pegi serang group tu ngan memacam..padahal depa pakai blogspot yan dah tentu mengancam blog-blog mereka..(aku lari tajuk sudah….hahaha)

    kabu Reply:

    dia mesti ingat ko adik beradik ngan writer ebook tu… :D

  6. mommy nana said:

    mmg manusia gitu la. apa pun sabar je la. memang patut ade entry macam ini. supaya org itu tahu dan sedar apa yang berlaku sebenarnya :)
    its not easy to make/gain money on the dot. rezeki tak akan dtg bergolek. kan?

    p/s: saya pun ade ebook macam2 IM ade. haha tapi tak terbuat/praktik. rugiii! :P

    kabu Reply:

    rugi, rugi…. action makes all the difference :)

  7. ShahrulFaizi said:

    Relaks je bro Ijad… Biasa la tu.. Pembeli ebook ni macam2.. Kalau beli untuk ilmu, RM99 tu memang berbaloi dan apa yang diterangkan dalam ebook tu memang bermanfaat bagi mereka yang dahagakan ilmu seorang blogger..

    Tetapi, kalau beli ebook tu dengan harapan nak buat duit cepat, memang tak leh wt pe la..

    P.s: Ada juga yang email saya tanya tentang link blog beliau.. Adakah orang yang sama? Oh..

  8. wanmus said:

    ramai yang tak faham point2 yg diberikan..semua bajet nak lengkap ajar semua benda secara detail..rasanya owner ebook tu dah ajar sebaiknya..nak detail memang takde lah..buku yang ditulis kat kedai pun xde detail..

    reezluv Reply:

    nak kena tunjuk dalam video dan tunjuk secara live kot baru orang tu rasa best dan puas hati..kena tunjuk dari awal satu persatu secara detail agaknya..:D

    munna Reply:

    aku pun rasa mcm tu. nak kena suap je agaknya. mulut pun nak org bukak kan.

    Si Ka Lang Reply:

    suh dia datang bengkel la kalo nak live session. pastu bila buat bengkel takut rungut lak harga x hengat. :D

    kabu Reply:

    haha kene buat seminar lah plak…. :D

  9. Pereman said:

    aku nak buat presumption aku sendiri untuk orang yang marah2 ni

    1. dorang beli tapi tak paham sebab dorang pun bukan tau basic tentang blogging, so do i. I still dunno blogging technics be it SEO, Page Rank, etc etc . Mereka tau cume, nak naikkan ranking per se but the basic blogging tips, even ape maksud SEO or other blogging terms pun tak tau.

    2. Bila mereka nampak, blogging jana beribu raban, terus sudah rabun mata tanpa pikir pasal diri dorang jugak..dalam point no 1. ni la orang nye, SUNGUHPUN the e-book specifically states all tips to earn milions dollars with the details and all u know about BLOG is merely 4 letters word, It wont worth a sen pun..

    4. terikut2 dan buta

    5. habis point aku

    kabu Reply:

    6. nafsu, nafsu

  10. Haru said:

    sebab tu aku lebih beli prefer beli buku berbnding ebook sebab buku kite blh belek2 bace dulu lbih kurang..pastu baru decide nk beli x..kecuali kalo penulis ebook tu mmg dah terkenal dgn cara penulisan dan teknik die baru aku beli..mcm problogger ebook..mmg bez..berbaloi2

    kabu Reply:

    tapi ada kedai bag balut habis semua buku, tak bagi org flip through…… :?

    Haru Reply:

    kalo yg balut tu sy juz belek2 belakang dulu..then pegang buku tu..biasanya kalo buku bez mmg akan ade aura die sndiri..hehe..so kite dpt rase bile memegangnye

  11. Dila.13 said:

    Adui.. Siap kena panggil Kroni ni tak boleh tahan. Kesian En Rohaizad. Tapi tak apelah, kadang-kadang dalam beberapa banyak sales dibuat melalui review kita, pasti ada yang akan rasa ebook itu macam terlebih hype. Sebabnya, mereka ada ilmu yang lebih banyak dari Tuan Penulis ebook tu.

    kabu Reply:

    betul jugak tuh…..

  12. mcphat said:

    Aku follow gak thread WC tu…
    mcm tu jugak aku dulu..
    beli ebook..bile bace x paham..then mender bender dorg ckp dalam ebook tu susah nak implement (bkn susah tp malas…start ler aku mgamuk2 tp xder plak aku mintak refund)
    pas tu aku rajin ler surf2 then baru la aku paham mender2 yg ader dalam ebook2 nie…
    pasal yg kuasa innity tu aku rase level org yg beli tu berlainan…ade yg paham apa yg d sampaikan ader yg x paham…so dorg trus jer men hentam bukak thread kat WC…
    komen plak pasal kroni2…mane bleh mcm tu..
    matang la sikit…
    tp apa yg aku dpt dalam thread kat WC tu majority nak tau mcm mana owner ebook tu dapat traffic utk lepas requirement innity tu…

    kabu Reply:

    betul tu kalau tak paham, tanya. tak pu surf2 le tempat lain… mungkin boleh conect dgn apa yg dah dibaca….. sekolah dulu pun ada buku teks, buku latihan, rampaian, dsb…. kalau cukup buku teks aje tentu dah ramai cerdik pandai…. ;)

  13. zam said:

    mungkin part harga tu aku rasa dia tak setuju.. tapi ade ke garis panduan nak leatk harga ebook? aku pun tak sure pasal nih….

    kabu Reply:

    idea bagus tuh….

  14. Nasrul Hanis said:

    tersepit jugak bro bila keadaan camni ea.. hehe. tapi pasal harga tu adalah hak penerbit dan hak pembaca juga nak komen pasal harganya.. dan blogger juga ada hak sebagai pihak yang promosikan.. :)

    kabu Reply:

    masing-masing ada hak sendiri… :)

  15. mijie said:

    manusia mcm2, ada yg tak faham tentang spam, aku pun dah berbuih menulis dkt blog pasal ni…

    tuduhan yg dibuat tanpa siasat terlebih dahulu tu berat, aku ni jenis bersifat neutral terlebih dahulu…kalau tak suka so ckp tak suka…tp bab menuduh KRONI tu aku rasa mcm tak berapa wajar la..

    nuaeman Reply:

    Komen mijie adalah komen yang selalu dispamkan oleh akismet dalam blog aku.. kalau jumpa aku akan approvekan tetapi aku harap kalau aku terlepas pandang…mijie faham mijie kan…

    mijie Reply:

    aku faham sangat, mungkin sebab email aku tu dah ada mslh ngan spam….so tak boleh buat pe sbb lepas komen kat blog ko je terus masuk ke spam, haha

  16. Ome said:

    Depa cemburu dengan bro je. Apa ilmu yang bro rekomen saya akan get it sooner or later, sebab I trust you :) as you are my sifu.

  17. mazuki said:

    tapi komen sebegini juga perlu…lagi pon komen/review dia xle hentam apa-apa….

    boleh amek komen ni dari sudut positif untuk terus perbaiki dan memantapkan lagi ebook tersebut…

    tapi, ijad jugak yg kena…kakaa

    rohaizad Reply:

    Itulah… aku tak kisah dia nak cakap apa-apa pun… sebab dia ada right as a customer.

    Tapi yang aku fed up, aku pulak yg terlibat sama…

    secret Reply:

    Assalamualaikum

    Bro,

    Saya bagi cadangan, adalah lebih elok, lain kali, bro state kat setiap review entry pasal produk yang bro promosi kan tu , “SEBARANG PERTANYAAN SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN PEMBEKAL/COMPANY PRODUK. DAN BRO SAMA SEKALI TIADA KAITAN DENGAN PRODUK. BRO HANYA MENGIKLANKAN PRODUK. HARAP MAKLUM”.

    kalau nak tambah power lebih sikit, bro tambah ayat ni “SEBARANG PERTANYAAN DAN ADUAN MENGENAI PRODUK TIDAK AKAN DILAYAN OLEH BRO. SEKIAN”

    Pendapat peribadi secret jela.

    kabu Reply:

    elok juga tuh..:D

  18. donny said:

    oo..pasal ebook tu,kalau tak puas hati jumpa la ngan tuan ebook tu,kenapa pula marahkan En Rohaizad?

    Harap bro tak ambil peduli sangat komen2 mcm tu.. all the best rohaizad.com :)

    hafizmd Reply:

    setuju….tp bro ijad kit ni jenis yg sgt baik hati..tak sampai hati nak biarkan dia tuh terus tak puas hati dgn cara yg tak betul…maka, bersyukurlah sbb ada yg sudi tegur..dan orang itu adalah bro ijad yg mmg tak main bab2 kroni ni…hehehe

  19. Si Ka Lang said:

    kang bila aku cakap yg aku stuju dgn apa yg diutarakan di atas, nanti dia ingat aku ni KRONI bro ijad lak. haha.. :D peduli apa.

    apa susah, x puas hati? gi rungut sana ngan owner. bagitau apa masalah sebenar yg dia hadapi, apa yg dia x puas hati dgn content dlm tu, gi sana, the owner.

    masih x puas hati gak dgn penjelasan owner, minta refund ( kalo owner mmg beri jaminan ni). terpulang la lepas tu. kalo rasa x malu nak guna ilmu dlm tu lepas minta refund, silakan. hak masing2.

    biasak laa.. hati tgh panas. mcm2 la yg disangkakannya. bila ada kes teknikal begini yg tidak disengajakan, hah.. mula laa sangkak buruok.

    statement aku di atas semacam membacking ijad, adakah aku akan dicop sebagai KRONI lepas ni? hahaha.. sekali lagi, aku peduli apa. :D

  20. Razif Yusof said:

    Hebat.. hebat… Tapi ayat-ayat diatas masih di tahap terkawal tu bro… :) Tahniah! Hohoho..

    Mai komisen sini, saya main core Bisnes Affiliate. Ok camtu Ijad? Alang-alang nak komen tue kasi real identity la.. Baru real… :P

  21. sofian said:

    huhu..stendek!hehe..itu la masalahnya..nak makan suap je semua…kalau nak diikutkan harga ebook yang dulu2 lagi la menggila punya harga..

    memang..memang ebook ni tak tunjukkan satu persatu step apa nak buat dan sebagainya..tapi banyak clue pemain SEO ada dalam tu…mungkin sebab dia ingat dalam ebook tu ada cerita SEO itu ini..aduhai..nak copat je kerja..susah weh…takut… ;p

  22. Esempoi said:

    biasa la tu.. salah faham je..
    harap masing2 faham keadaan sebenar sudah..

    apapun, aku sebenarnya teringin gak nak beli ebook tu.. tapi cam tak jadi dah..

    untuk naikkan trafik, aku rasa wat blogwalking pun ok.. maintain buat tiap2 hari.. sambil2 bagi komen yang panas.. haha

  23. sham said:

    Ko memang KRONI Jad…hehehe. Gurau je.. :)

    Relaks la jad. Jangan ambik pusing sangat benda macam ni. Kat dunia ni, ada orang anti blogger, anti ebook & etc.

    Bagi aku, kuasa innity ni bukan level newbie. Ia untuk mereka yang dah terlibat dengan dunia blogging. Kalau baru nak kenal blog.Kalau blogspot tak lepas lagi. Jangan beli la. Perabis boreh.

    Lagi satu, memang kena komitmen gila-gila untuk dapatkan approval innity ni. Memang requirement memang tinggi. EBook ni bagus tapi level bukan level newbie.

    Blog aku pun tak lepas requirement innity.30k uv tu.

  24. MDHAFiZ.NET said:

    nak dpt komen 100 pun payah…hebatnya
    mohon beri tunjuk ajar :)

  25. mhnizam said:

    Kesian blogger..review produk kita kena tempiasnya.Pembeli harus bijak,kalau tak puas hati cakap direct ngan owner.

  26. kesian rohaizad….da da la tu…dia xbslh pon…dia hy la org ketiga…affiliater je…da la k jgn gado2…no heart feeling :P

    rohaizad Reply:

    tak marah… cuma bengang jer… huhu

  27. aimannajmy said:

    alamak aku xpenah langsung check emel spam, mahupun komen yang telah dispam huhu.. tapi rasa xdak pa2 kot huhu, orang singgah blog aku pun jarang2 kui kui kui.. rasa mamat ni keliru dengan review atau testi

  28. Berita Semasa said:

    Masalahnya, semua nak cepat.Semua nak g advance, padahal basic SEO pun x atau malas nak apply.mcmana tue? secara jujurnya, build up blog n content first, baru boleh fikir mcmana nak create duit dari blog nih.