
Rahsia Innity: Aku Seorang KRONI
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh diterbitkan: May 4, 2011 onlineOkay, hari ini aku nak keluarkan apa yang ada dalam hati aku. Ini memang satu luahan, tapi luahan yang memang kena pada tempatnya. Aku tak kisah kalau ada pembaca blog ini kata aku dah mula tak sporting… tapi aku rasa pasal aku sportinglah… aku selamba je cerita kat sini.
Masih ingat lagi pada entri Menggila dengan Innity – RM8,908.83 dalam masa sebulan. Bukan RAHSIA lagi?
Okay, sekarang kalau boleh.. aku nak sangat kalian baca betul-betul. Lepas tu fahamkan dengan jelas apa yang aku kongsikan dalam entri tu. Cuba bandingkan sama ada aku tulis dalam bentuk “review” ataupun “testimonial”.
Tapi apa kaitan review tu dengan tajuk Aku Seorang Kroni?
Apa kes?
Apa barang?
Baca selanjutnya… sila klik di sini!
Google Adsense…. masa untuk cash out!
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Buat duit - Tarikh diterbitkan: May 3, 2011 online
Alhamdulillah… walaupun income adsense makin susut, tapi ada juga program yang dapat menggantikan kekecewaan hati ini. Memang program yang satu ini lebih seronok dan berhak menggantikan Google Adsense… selayaknya!

Dari dulu tulis ebook untuk program yang seronok ini… tapi tak siap-siap. Bila nak siap pun tak taulah… huhu.
Apa pun, kalau ada yang ingin bangkit dalam adsense… make sure guna segala skill yang ada diterangkan dalam ebook ini.
p/s: entri kontroversi akan diterbitkan esok!!!
Kalendar Editorial – Kepentingan dan Kelebihan Dalam Blogging
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Seminar Asas Blogging - Tarikh diterbitkan: May 3, 2011 online
Blog adalah media baru dan suara rakyat. Kenyataan ini turut diperakui oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Ini bermakna blog boleh dijadikan sebagai medium untuk mendapatkan maklumat baru, selain daripada akhbar, majalah dan sebagainya.
Namun tidak semua blog mempunyai pengaruh dan pengikut yang setia. Hanya blog yang kekal dan konsisten menerbitkan entri sahaja mampu menarik perhatian pelawat. Pernahkah kita terfikir, bagaimana majoriti blog yang berjaya mempunyai pengaruh besar, dan menjana pendapatan lumayan dengan blog ini beroperasi?
Dalam satu temubual yang dilakukan bersama pemilik rangkaian blog Envanto, iaitu Collis Ta’eed, beliau menyatakan salah satu faktor yang menyebabkan blog-blog beliau mempunyai lebih 1 juta pelawat setiap bulan, adalah kerana beliau meniru apa yang media konvesional lakukan, iaitu strategi kalendar editorial.
Kalendar Editorial Mengekalkan Fokus
Kalendar editorial digunakan oleh akhbar-akhbar tempatan mahupun antarabangsa, bagi merancang artikel dan juga mengekalkan fokus. Ia juga berfungsi bagi membantu artikel yang dirancang untuk kekal fokus, agar selari dengan matlamat dan visi akhbar itu.
Tanpa kalendar editorial, syarikat akhbar akan menghadapi kesukaran untuk menerbitkan artikel setiap hari. Dalam kes blogging, kita juga boleh menggunakan strategi ini. Kita perlu wujudkan kalendar editorial agar entri blog kita dapat kekal fokus, dan tidak lari daripada matlamat asal blog.
Kalendar Editorial Mencipta Konsistensi
“97% blog gagal kerana tidak konsisten.” – Collis Ta’eed
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

