Sekarang tiap-tiap malam berita pasal perhimpunan BERSIH ini keluar di tv. Sampaikan sebelum berita tu bermula, aku dah boleh agak berita mana yang akan dibaca dulu.

Hurmm..
Sebelum aku teruskan, aku nak mention satu perkara dulu. Perkara ini perlu aku highlightkan sebab aku tak nak mana-mana wakil dari mana-mana parti menulis komen dalam keadaan yang extreme tak tentu pasal.

Aku cerita pasal aku, bukan pasal kumpulan yang akan berarak pada 9hb Julai ini. So bacalah dengan keadaan yang santai dan logik. Kalau nak lebih matang, baca dalam keadaan yang lebih rasional. Sebab apa yang kita buat hari ini, akan turut mempengaruhi minda anak-anak di masa akan datang.

Di bawah ini adalah 10 sebab mengapa aku rasakan TIDAK PERLU untuk turut sama berarak ke perhimpunan BERSIH yang turut mendapat reaksi dari PERKASA dan PATRIOT 9hb Julai ini:

1. Aku duduk di Malaysia. Kalau tak suka, dah tentulah orang akan kata macam ni: “kalau kau tak suka Malaysia, buat apa duduk di sini? pergilah duduk kat negara lain..” Sama ada kalian percaya atau tidak… di sebalik semua yang berlaku ini, akan ada satu pihak yang mendapat keuntungan berlipat kali ganda daripadanya? Ini politiklah beb!

2. 9hb Julai itu jatuh pada hari Sabtu, cuti hujung minggu. Aku rasa lagi berbaloi untuk aku habiskan hari yang begitu indah dengan keluarga sendiri. Pelik juga dengan sesetengah kawan aku kat sini… bila anak-anak ajak pergi jalan, dia kata takde masa. Tapi untuk berarak macam ni, boleh pulak.

3. 9hb Julai tu aku ada job lah, ambil gambar di Kulai. So baik aku tambahkan rezeki yang Tuhan nak beri, ada jugak pekdahnya sebab kalau aku susah, bukan orang atasan di perhimpunan tu yang akan datang tolong aku pun. Orang kata musuh jangan di cari, rezeki jangan di tolak.

4. Aku bukan duduk di KL. Aku duduk di JB. Aku kena beli tiket bas.. dan aku kena cari tempat tinggal. Kalau aku tumpang member lain, aku dah macam menyusahkan mereka. Bukan aku menumpang untuk berkongsi rezeki dengan tuan rumah, tapi sebab nak berarak je. Penat laahh..

5. Aku akan jadi seorang yang pemarah, hangin satu badan dan aku akan dapat musuh baru. Dari tak kenal, jadi kenal.. tapi kenal sebagai seorang musuh, walhal dulu aku minum semeja dengan orang tu. Di sebabkan dia di pihak lain, aku pun di pihak lain… maka aku akan bermasam muka dgn member sendiri.

6. Blog aku akan jadi blog politik. Sebab lepas aku balik dari perhimpunan tu, of courselah aku akan upload dan story semua yang aku nampak. Kadang-kadang bendanya kecil.. tapi bila dah diceritakan dalam blog, giler panas jadinya. Umpama sekam yang dicampak pemetik api Zippo yang sedang menyala… semakin marak!

7. Jangan cakap pasal KETELUSAN PILIHANRAYA, semangat NASIONALISME atau PATRIOTIK dengan aku bila tiba bab perhimpunan sebegini. Kalau nak ketelusan dalam pilihanraya, dah makin banyak negeri di kuasai pembangkang. Kalau nak bercerita pasal semangat nasionalisme, tu haaaa… belilah barangan buatan Malaysia dulu. Dan kalau nak berpatriot, lagi baik didik anak-anak kat rumah untuk berjaya dalam hidup.

8. Aku boleh agak klimaks kepada perarakan ini. Akan ada yang di sembur dengan gas pemedih mata, akan ada yang disembur dengan air, akan ada sesi tolak menolak, akan ada yang memaki hamun… dan akhirnya aku kena pergi farmasi untuk beli ubat batuk dan juga ubat sakit tekak. Asyik menjerit je, mana tidaknya.

9. Aku rasa bangsa aku akan jadi bangsa yang makin hancur semangat perpaduannya. Kat sana nanti, aku bukan bergaduh dengan pendatang haram, aku bukan bertekak dengan tentera penceroboh Amerika Syarikat, malah aku tak berlari mengejar peragut pun. Yang pasti aku akan berentap dengan polis, parti-parti lain, FRU, bomba…. yang majoritinya adalah bangsa aku sendiri… percaya tak?

10. Aku juga nampak bangsa lain akan duduk melihat semua ini sambil tersenyum minum beer, hisap rokok, ketawa terbahak-bahak. Negara lain juga akan jadikan isu ini sebagai satu berita panas untuk kepentingan sendiri. Wal hasil balik asal, aku datang ke sana untuk apa sebenarnya?

11. Yang ke-11 ini biarlah kalian sambung kat bawah.. di ruangan komen. Sila… sila… aku nak jugak tau pendapat kalian semua… heh!


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 76 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. zam said:

    aku tak pegi dan aku takde masa nak pegi…. sebab aku oncall hahahaha… tapi kalau aku tak oncall adakah aku akan pegi??? jawabnyer takde le…. hehehe…..baik pegi surau lagi bagus….

  2. Fazreen said:

    9/7 tu beli wayang bawa family tengok transformers 3 pun best juga

  3. Cikgu Hairul said:

    Walau saya duduk KL, memang saya tak kan pegi. Sebab masa tu dah tentu jalan masuk KL akan dibuat sekatan yang teramatlah ketat. Ura-ura LRT nak tutup pun ada. Buat apa nyusahkan diri… Biar gegak gempita bumi Malaysia laungan BERSIH sekalipun, ibarat anjing menyalak Bukit.. percayalah! Bukan tak pernah ada perhimpunan seumpama itu. Ada yang berubah? Bukit pun kata… ada aku kesah..

    rohaizad Reply:

    Giler.. TERBAEKKK punya komen so far!!!
    Yezzaaa…!

    iskandar Reply:

    hahaha.. manusia mmg perosak bumi.. bukit, gunung, pokok, jalanraya sume rilek je.. haha (^^,)

  4. zik said:

    tak pergi pun bro… ada kursus …tapi bukan kursus kahwin..keh2..

  5. Izwan said:

    jadi non-partisan senang sket bro.. duk johor eh.. ada masa mungkin leh berjumpa.. :)

  6. Dila.13 said:

    yang ke-11.. kalau pegi memeriahkan majlis merepek ini, ada potensi friendly team MAS dengan team BPL akan dibatalkan sebabnya pihak pengurusan kelab akan rasa KL ni tak selamat. rugi je berhabis duit beli tiket dan jersey baru kelab BPL musim depan :P btw, En Rohaizad, MU datang julang piala ;)

    Firdaus Latib Reply:

    Fikir jauh ke depan cik Dila nie. Bagus-bagus.

    Dila.13 Reply:

    Bukan berfikiran jauh dah ni. Ini berfikir untuk diri sendiri & negara juga. Kalau mereka datang, ‘saham pelancongan’ negara juga yang naik, En Firdaus! Hehehe..

  7. As said:

    Aku sgt2 sokong alasan ke-10 tu jad…Tambahan lagi satu, kesian dekat peniaga2 kecil…Kawan aku pun ade dekat situ…Perarakan yg lepas menyebabkan dia rugi banyak…Nak cover balik modal bukan senang…Makan tahun tu…Tapi org nak buat onar sehari dah bleh settle.

    Hope anak bangsaku makin celik…jgn ikut perasaan sgt…pikirkan kepentingan pihak yg x bersalah ape2 jugak…Jgn sbb sekor nyamuk, abis satu kelambu kena bakar…Jgn sbb marah kat parti tertentu, bisnes peniaga kecil rosak, imej negara tercemar, ekonomi negara terjejas dan sebagainya…Berfikir di luar kotak politik sekali sekala walaupun kalian sgt sensitif dgn isu politik!

    iskandar Reply:

    dalam berita da ade bgtau.. sape2 peniaga kecil kat area berkenaan diminta mendapatkan khidmat lawyer.. rasenye mcm2 persiapan lagi dibuat.. ehehe.. tp xtau la ape jd nnti.. (^^,)

  8. aku tak pergi dan tak akan pergi program cam nih kalo buat perarakan untuk islam ok lah dan kalo2 mati tgh berarak mati syahid ok gak nih mati dalam keadaan sia sia dan hidup dengan keadaan yang tak bersyukur. Yang pasti nye org bukan islam pasti akan bersuka ria melihat sesama islam bergaduh di jalanan. Sesiapa nak pergi tuh pikir2 lah baik gi buat perarakan untuk flotilla palestin lagik baik

  9. pacubob said:

    yg nasib baeknye saya tiada di dalam negara time tu tp yg x brp nasib baeknye ade kat negara yg kene tsunami & radiasi…..:(

  10. Nasrul Hanis said:

    walaupun saya menyokong hak demokrasi dan begitu juga anda.. saya merasakan himpunan ini bukan jalan yang terbaik.. terpulang pada pendapat masing2 :)

  11. mazuki said:

    aku xpergi sbb tak tahu sangat apa motif dan keuntungan pada diri sendiri kalau pergi pon

  12. Safwan Seth said:

    lepas perhimpunan BERSIH, confirm kotor,,kotor dengan sampah, sebab tu memang perangai rakyat malaysia.

  13. lotstockies said:

    aku pun tak suka perhimpunan cmnei..tak berfaedah langsung bg aku..baik dok umah..selamat n aman n sejahtera..:)

  14. aku ada 2 sebab kenapa aku tak boleh pergi:

    1. aku dok jauh nun seberang laut beribu batu dari KL
    2. perhimpunan bersih ni apa sebenarnya? sorry dah lama tak baca satkabo :D

  15. ejoncb said:

    konfem sy tak pergi, sbb sy kan pmpuan, nanti nak kene berasak-asak ntah dgn sape, takut ada org amik kesempatan pulak!! hahaha

    hurmmm..hehehe…yang penting..kalau saya org PAS atau org BN sekali pun sy takkan menyokong sebarang perhimpunan besaran yang telah atau bakal di adakan kerana
    1- memberi gambaran buruk mengenai negara Malaysia pada org luar. Mereka mungkin menganggap Malaysia tak aman kerana baru aje berlaku rusuhan di negara-negara Islam lain untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada dan lihatlah sendri kesannya. Dalam zaman Islam dipandang serong ni lebih baik bersatu dari berpecah untuk mengiyakan pendapat masing-masing. Dan juga tak perlu melakukan sesuatu perkara yang boleh memberi ruang untuk spekulasi dalam keadaan dunia yan tak berapa aman dah ni. Supaya Malaysia kekal aman. Amin..
    2- saya tak percaya perhimpunan secara rusuhan/perhimpuan aman akan membawa perubahan besar pada negara kerana bagi saya perubahan harus berlaku bermula dari diri dan keluarga bukan dgn politik atau perhimpunan biarpun akan ambil masa 50 tahun sekali pun. perubahan beransur lagi baik dan senang untuk di -adapt dari perubahan mendadak secara paksa..
    3- perhimpunan yang aman boleh bertukar menjadi ganas kerana kebiasaan normal, akan ada “kepala pengat” yg akan cuba mempengaruhi emosi satu perhimpunan yang pada mulanya aman.tgk la match bola pun jadi mcm mana.
    4- mengganggu perjalanan trafik dan kegiatan harian jer, sejak bila pulak Rakyat Malaysia ni suka berdemonstrasi ni? byk kerja lain lagi berfaedah boleh di buat dari demostrasi.
    5- biarlah polis pergi cari pernjenayah atau jaga benda lain dari kene tambah kerja jaga perhimpunan ni…haha
    6- Matlamat yang baik tak semestinya menghalalkan cara!

    p/s : saya copy respons saya dari komen saya di blog dnobiz

    Budak Taiping Reply:

    1. Sdri Ejoncb, Perhimpunan BERSIH 2.0 tidak bertujuan menjatuhkan kerajaan sedia ada sebaliknya untuk penambah baikkan Sistem Pilihanraya di Malaysia. Ertinya, kami mahu menukar kerajaan sedia ada melalui Pilihanraya, jadi sistem pemilihan itu yg kami mahu bersihkan.

    1. Demonsrasi bukan sahaja di negara Arab tetapi sering berlaku di Eropah. yg penting apa mesej & matlamat. Kalau mesej utk dapatkan pengiktirafan perkahwinan sesama jantina maka ia wajib ditolak. Ia tidak menjatuhkan imej negara, lihatlah kemajuan Eropah & kunjungan pelancong tetap ramai biarpun mereka sering berdemo.Mesej BERSIH amat baik utk masa depan gemilang Malaysia.

    2. Perubahan perlu dilakukan di semua peringkat. Bagi diri & keluarga pun perlu perubahan, bagi lanskap nasional pun perlu penambah baikkan. Percayalah, BERSIH 2.0 akan aman sebagaimana BERSIH 1.0 2007 jika keamanan wujud & disuburkan.

    3. Ejoncb, dlm bolasepak apabila pengadil dilihat tidak adil & pasukan pilihan anda ketinggalan gol, maka emosi anda akan menyala.

    Berbeza dgn BERSIH yg bermula pukul 2 petang selepas solat Zohor berhimpun di 3 point utama yg ditetapkan dan berjalan kaki ke Istana Negara melalui jalan2 yg ditetapkan dibawah kawalan Polis & Unit Amal, serah memo kpd wakil DYMM Agong & pulang jam 5 petang … Selesai, InsyaAllah aman & damai !

    4. Memang byk kerja2 lain yg kami pun ingin lakukan, ejoncb & BERSIH adalah sebahagian kerja2 yg berfaedah itu. Jgn bimbang, perhimpunan ini tidak akan diadakan setiap minggu.

    5. Matlamat BERSIH baik, ejoncb & cara yg digunakan BERSIH juga baik iaitu saluran demokrasi.

  16. ejoncb said:

    tambah sikit : saya rasa apa yang mereka nak sampaikan dah sampai dah melalui tv dan media lain, org dah aware ape bersih dan ape yg diperjuangkan. rasanya, cukuplah setakat awareness tu sampai pada semua pihak pun dah memadai, stop setakat tu saje, tak perlu teruskan dgn perhimpunanan ni lagi kerana jika fikirkan kepentingan masyarakat, plg utama kena fikir masyarakat sekitar tmpt perhimpunan bakal berlangsung.

    I LOVE MALAYSIA as I love my mother!

    Budak Taiping Reply:

    > Masayarat peniaga kecil & besar perolehi keuntungan sebelum & selepas Perhimpunan itu nanti dgn jumlah kehadiran kira2 100,000 peserta. Banyak RM akan diraih oleh taukey restoran, gerai, pasaraya, pemandu teksi & sebagainya

    > Kesesakan jalanraya akan berlaku tetapi berdasarkan pengalaman BERSIH tahun 2007, Le Tour de Langkawi, Perarakan Kemerdekaan Malaysia & pelbagai festival yg melibatkan penggunaan jalanraya, polis pasti dpt mengurangkan traffic-jam dan menentukan jalan2 alternatif.

    ejoncb Reply:

    Agak-agak lepas tu sampah yang di generate kat area perhimpunan tu dorang bersihkan sendiri ke tunggu perbandaran bersihkan juga yer? Kalau dpt bersih kan sendri bagus gak, baru lah org kata, luar dalam sume pun pentingkan kebersihan. Sendirian berhad bertanggungjawab mcm tuh baru boleh ubah negara. betol tak? Kalau still kotor jugak, tak de beza pun la perhimpunan ni dgn perhimpunan mana-mana pun.

    kebersihan sebahagian dari iman.

    > itu masyarakat perniaga kecil dan besar punya keuntungan pada masa tu, bagaimana pula dgn keuntungan jangka masa panjang bagi para peniaga lain terutama sektor pelancongan gara-gara perhimpuanan ni yer? Kerana contohnya masa perhimpuanan baju merah kat thailand, kalau saya, saya taknak pergi tempat yg di rasakan boleh menggugat keselamatan saya ( bukan bermakna saya nak ckp perhimpunan Bersih ni ganas). Tapi mungkin persepsi org luar tak seperti kita.

    Tapi , kalau nak buat, buat lah, bukan suara majoriti pun sebenarnya perhimpunan ni. Lagipun isu mcm ni rasanya tak patut di heboh-heboh kan sampai org luar tahu, yang buruk, imej negara sendiri, yg akan nampak turun karisma, pemimpin negara sendiri. Undang-undang untk di patuhi bukan di langgar.

    cuba imagine di masa depan, kalau kerajaan tuntuk pada permintaan dgn cara mcm ni, tak mustahil, apa-apa saje nanti , bila ada mana-mana pihak yang tak puas ati, akan buat perhimpunan juga. rasanya tak perlulah membudayakan benda ni.

    sekali bincang tak de kesan, bincang lagi, bersabar la, sabar pun separuh dari iman jugak. Kerajaan Malaysia tak sekejam dan sekorupt di negeri arab sana. Jadi tak perlu buat teruk mcm satu malaysia bersetuju bahawa SPR tak cukup bersih.

    buat perhimpunan menyokong pengurangkan sampah kat malaysia ker, cintai alam ker, elok jugak, boleh satu padu kan semua org dari mana-mana parti atau pihak sekali pun. Elakkan la buat benda yang makin memecahkan mcm ni. benda yang berbaur politik ni, 2-2 side akan nampak keburukannya. 2-2 pihak rugi.

    malaysia Reply:

    kita kena lihat sejarah…demo bukan budaya kita? lihat masa dulu masa Malayan Union ditubuhkan. Rakyat tak puas hati,rakyat desak british melalui demo. Demolah yg memerdekakan kita. SPR banyak menyeleweng dan berat sebelah, semua org tahu tapi xda nk bersuara sbb takut. fikir2kan.

  17. Taukey said:

    Perhimpunan kat sekolah lagi aku escape, apa tah lagi perhimpunan macam ni. hahahahahaha

  18. [...] sebagai rekod, ada di antara komen yang di hantar untuk entri 11 sebab mengapa aku tidak perlu pergi ke perhimpunan 9hb Julai 2011 telah berjaya membuatkan aku tersengih, tersenyum simpul dan juga ketawa sorang-sorang… [...]

  19. hamzah303 said:

    Komfom aku tak pergi ….siapa nak pergi tu pikirkanlah baik-baik
    1.Apa tu bersih !!!
    2.Apa nak dibersihkan dan siapa pula nak dibersikan
    3.Kalau ikut-ikut tu tak payahlah baik duduk rumah lagi baik
    4.Yang saya nampak hanya org MELAYU dan INDIA je yang suka buat demo
    5.Bangsa lain dirumah aje tersenyum sambil minum beer , hisap rokok dan ketawa melihat kebodohan orang MELAYU bangsa ku sendiri dan INDIA buat demo jalanan sedangkan yang merancang meraka tu… yang bodohnya kita tak berfikir
    5.Hanya orang kita MELAYU yang rugi…

    Budak Taiping Reply:

    1. BERSIH adalah gabungan NGO’S & parti2 politik yg memperjuangkan penambah baikkan perjalanan Pilihanraya di Malaysia agar Adil, Bersih dan Telus dari penipuan, berat sebelah & penyelewengan.

    2. Yg ingin dibersihkan adalah anasir2 kotor dlm Sistem Pilihanraya di Malaysia dan yg ingin dibersihkan ialah Suruhanjaya Pilihanraya malah Parti2 politik yg menyertai Pilihanraya

    3. Setiap rakyat berhak utk hadir & berhak utk tidak hadir. Kebaikan yg banyak dpt kita nikmati apabila Sistem Pilihanraya di Malaysia Bersih, Adil & Telus

    4. Sebenarnya ramai org Cina turut sertai Demo tetapi tidak disiarkan oleh media kerana bimbang lebih ramai org Cina sertai Demo2 yg dianjurkan.

    5. Perhimpunan aman, demonstrasi dan tunjuk perasaan bukan sahaja diamalkan oleh bangsa Melayu tetapi menjadi amalan rakyat dari negara2 demokrasi sedunia. Bangsa Arab, Eropah, Amerika, Afrika dan Asia berdemonstrasi selaras dgn peruntukan dlm demokrasi. Sila tonton Berita Dunia jam 11 malam di TV1.

    ejoncb Reply:

    Masalah nya, yang menyokong ni dtangnya dari parti pembangkang,jadi dah jadi berbaur ke-politik-an. Kalau tak diberi kebenaran, maka apa hak anda untuk meneruskan juga? undang-undang untuk di patuhi kan.

    ditakdirkan satu masa nanti, kerajaan bertukar tangan ke pembangkang sekarang, agaknya apakah tindakan pihak ni jika ada rakyat yg mahu berdemonstrasi kerana tidak puas hati mengenai sesuatu isu dan pihak pemerintah masa tu ambil masa lama untuk settle? Adakah kami akan diberi kebenaran untuk membuat perhimpunan setiap masa tanpa sabar menunggu?

    rohaizad Reply:

    LIKE !!!!

    malaysia Reply:

    ditakdirkan satu masa nanti, kerajaan bertukar tangan ke pembangkang sekarang, agaknya apakah tindakan pihak ni jika ada rakyat yg mahu berdemonstrasi kerana tidak puas hati mengenai sesuatu isu dan pihak pemerintah masa tu ambil masa lama untuk settle? Adakah kami akan diberi kebenaran untuk membuat perhimpunan setiap masa tanpa sabar menunggu?

    Ya, apasalahnya.Ini sahaja cara kita nak sampaikan suara, dengan berdemo. Untuk org atasan sedar kita tak puas hati. Kalau nak gunakan saluran yang betul, jwabnya bertahun2.Kalau kita tak buat macam ni, org atsan fikir apa yg mereka buat betul.

    UjangKC Reply:

    salam…
    memang kebanyakkan Majlis Tertinggi parti pembangkang, tapi yang hadir adalah golong guru, pensyarah dan ramai lagi dari ahli umno kerajaan dan memang mereka mengetahui politik kotor kerajaan. Undang-undang mengatakan haram, tapai kalau minta permit bolehkah polis mengeluarkan permit tersebut? 100 % tak akan keluarkan. kita cuma minta 8 permintaan yang di janjikan oleh SPR( Suap Pakai Ringgit) perhimpunan menjadi hura-hara di sebabkan polis yang bertindak menyebur gas, air kimia kalau tak tahu bertanya takut sesat jalan. tak tahu mengaji cari guru jangan belajar sendiri sebab belajar mengaji sendiri adalah sama berguru dengan syaitan.

  20. Rasanya ada saluran lain yang lebih efektif dalam menyuarakan hasrat tersebut. Nanti mereka yang tak bersalah pun menjadi mangsa..hoho

    Budak Taiping Reply:

    > Ya Firdaus, kami akan menghantar Memorandum kpd DYMM Agong. Sebelum ini isi kandungan Memorandum telah dibentang di Parlimen, SPR, Media & Kerajaan Malaysia tetapi tidak berhasil.

    > InsyaAllah tiada individu yg tidak bersalah akan menjadi mangsa selagi mana Perhimpunan itu dikawal dgn aman & anasir2 subversif dicegah lebih awal.

    > Difahamkan ramai anggota keselamatan diarahkan oleh Kerajaan Malaysia utk memastikan Perhimpunan BERSIH 2.0 berjalan aman & tenteram.

    UjangKC Reply:

    Aku sokong 100%

    malaysia Reply:

    sebab dah xda cara lain. guna cara yang betul, org tak layan. kita kena desak, kita kena tunjuk. niat kita elok, nk perbetulkan benda yang salah. Kita nak SPR guna sistem biometrik untuk undi, buang undi pos yang banyak silap dan salah.

  21. upin & ipin said:

    Terpulang pd hak masing2.. :D
    cuba renung betul2 nape adanya bersih.. cuba cari info dari segala sudut.

    rohaizad Reply:

    Betul… memang terpulang pada hak masing-masing. Entri ini pun di terbitkan untuk menyokong hak masing-masing.

  22. reezluv said:

    yang rasanya pasti akan jadi..blog-blog politik akan meloncat2 dan melonjak2 entri blog maki dan maki orang sana sini..

    lepas tu akan masuk berita hantar memorandum bagai..erm..entah la…tapi…BERSIH ke?

    Budak Taiping Reply:

    > Benar Reezluv, politik di Malaysia hari ini dicemari dgn maki hamun, fitnah, kelucahan melampau & aneka kekotoran yg menjijikan

    > Saya yakin politik Islam dpt memimpin kita seluuh rakyat Malaysia ke arah politik yg lebih suci & memimpin kita ke Syurga Ilahi.

    > Ya, kami akan menghantar Memorandum kpd DYMM Agong. Sebelum ini isi kandungan Memorandum telah dibentang di Parlimen, SPR, Media & Kerajaan Malaysia tetapi tidak berhasil.

  23. akubiomed said:

    Tidak cukup dengan BERSIH di blog sekarang pula dengan BERSIH fizikal. Apa pun tak boleh.

  24. zack said:

    Aku tak pergi sebab hari tuh aku kerja daaa….

    errrr… apakata daripada buat perhimpunan tuh, lebih baik kita ramai2 gi solat jemaah kat masjid… amacam? ada masa???

    Budak Taiping Reply:

    > Tahniah Zack, teruskan kerja anda & ramai di kalangan Pakatan Rakyat juga tdk dpt hadir kerana urusan kerja masing2.

    > InsyaAllah solat berjemaah akan didirikan beramai2 pd 9 Julai 2011 samada di Masjid Jamek, Masjid Negara, Pejabat Agung PAS di Jln Raja Laut & dimana2 yg bersesuaian

  25. denaihati said:

    bro ini kerja orang ketiga yang nak pastikan Islam Melayu tidak akan bersatu sampai bila-bila. Lawyer yg anjurkan tu dulu yg bawa kes Lina Joy. kesian orang kita ni kan.

    Budak Taiping Reply:

    > Benar, peguam Ambiga adalah salah seorang yg terlibat dlm kes Lina Joy & PAS sering menyuarakan kebimbangan Isu Murtad samada di dlm Parlimen, Sidang DUN, Ceramah Umum serta media massa

    > Di dlm BERSIH 2.0, Ambiga tidak perjuangkan Isu Murtad tetapi mendokong 8 permintaan BERSIH 2.0 yg akan diusulkan kpd DYMM Agong 9 Julai nanti

  26. iskandar said:

    rasenye ramai gak bekas pengikut BERSIH yg dah insaf dan cuba menolak BERSIH nih.. dorang lebih tau apa sebenarnya BERSIH ni dan apa kerugian yg dorg dpt.. tapi kalo dorg dah rekrut org baru.. tak tau la camne.. ada baiknya sum peniaga berdekatan ambil khidmat peguam la… senang nak dakwa.. sebab dorg jadi mangsa perbuatan haram penganjur perhimpunan tuh..

    lagi satu.. sape2 yg join tu bole msg saya ok.. nak tau gak dorg byr brape kat korg.. kalo ribu2 mau tak kita pon join. hahaha (^^,)

    Budak Taiping Reply:

    > Sy peserta BERSIH 1.0 tahun 2007 akan terus sertai BERSIH 2.0 tahun 2011, begitu juga sahabat2 sy yg lain

    > Memang benar ramai anak2 muda baru yg sertai Pakatan Rakyat akan turun ke KL 9 Julai nanti di atas kerelaan & pebelanjaan sendiri

    > Peniaga wajar teruskan perniagaan spt biasa kerana 100,000 peserta BERSIH 2.0 ingin singgah makan minum di restoran, shopping di SOGO & lepak2 di KLCC sebelum & selepas Perhimpunan Aman itu nanti

    > Maafkan kami kerana tidak sediakan elaun perjalanan, nasi bungkus, t-shirt percuma & lain2 insentif spt yg sering dinikmati Pemuda & Puteri Umno. Kehadiran kami atas pebelanjaan sendiri.

    malaysia Reply:

    jgn fikir terlalu singkat, peniaga rugi, sana sini rugi. Kalau kita tak buat mcm nie,sampai bila org atas akan buat tak tahu. Satu perhimpunan ini mungkin akan menyelamatkan berbillion2 ringgit dari rasuah terang-terangan pihak atasan. Beli kapal selam, kapal selam takboleh menyelam.

  27. Sang Hamba said:

    kalo setakat sebab politik mmg xkan pergi tp kalo sebab ISLAM.. mesti pergi walaupon terpaksa merangkak.

    Budak Taiping Reply:

    Tahniah Sang Hamba, tuntutan BERSIH 2.0 selaras dan sesuai dgn Politik Islam

    Terpulang kpd Sang Hamba kerana anda berhak hadir dan berhak tidak hadir

    Ke Arah Pilihanraya Yang Adil Dan Telus

    ejoncb Reply:

    Adakah anda menuduh pilihan raya yang berlaku sebelum ni tidak telus dan adil?

    “kalau spr bersih, kita dh menang semua kerusi satu malaysia” – kata md sabu saya quote dari nightline. (wallahua’lam kalau bukan itu yg di kata)

    Yakinnya beliau,, nak laksana politik ISLAM? terap dulu dalam ahli-ahlinya supaya cinta ISLAM dan keamanan. kalau 100 000 org ni semuanya boleh jadi umat Islam/ahli Malaysia yang bagus, dan berjaya membimbing ahli keluarga,kerabat dulu , tak perlu perhimpunan pun kita akan ada generasi yang BERSIH zahir & batin.

    bukan tak menyokong perjuangan itu, tapi caranya saya tak setujui.. Sbb perkara ni bukan for the best interest of every citizens of Malaysia. Kalau of best interest of Malaysian, semua parti politik dan NGO akan bersetuju. Lagipun, semua yang menyokong ni rasanya merasakan ketidak-adilan kerana kemenangan bukan berpihak pada mereka lagi. Tunggu lah, Insyaallah kalau anda di pihak benar dan ikhlas dgn perjuangan untuk kesejahteraan rakyat, akan datang kemenangan tersebut. ;b

    UjangKC Reply:

    kemenangan perlu dengan usaha.. bukan denagn melihat. cara yang di gunakan adalah jalan terakhir dah guna semua platfrom dah… tak dak ada jalan daa..h…

    ejoncb Reply:

    Atas dasar apakah anda merasakan pilihan raya yang berlaku sebelum ni tidak telus dan adil? kenapa anda perlu bersangka buruk pada sesama manusia? Anggaplah mereka pun umat Islam yang beriman selagi tak datang dan disaksikan depan mata ke-munafik-kan mereka.

    “kalau spr bersih, kita dh menang semua kerusi satu malaysia” – kata md sabu saya quote dari nightline. (wallahua’lam kalau bukan itu yg di kata)

    Yakinnya beliau~~~~ terap dulu dalam ahli-ahlinya supaya cinta ISLAM dan keamanan. kalau 100 000 org ni semuanya boleh jadi umat Islam/warga Malaysia yang betul-betul melaksanakan misi BERSIH ni dlm hidup mereka, dan berjaya membimbing ahli keluarga,kerabat dulu , tak perlu perhimpunan pun kita akan ada generasi yang BERSIH zahir & batin.

    bukan tak menyokong perjuangan itu, tapi caranya saya tak setujui.. Sbb perkara ni bukan for the best interest of every citizens of Malaysia. Kalau of best interest of Malaysian, semua parti politik dan NGO lain dan saya sendiri pun akan bersetuju. Lagipun, semua yang menyokong ni rasanya merasakan ketidak-adilan kerana kemenangan bukan berpihak pada mereka lagi. Tunggu lah, Insyaallah kalau anda di pihak benar dan ikhlas dgn perjuangan untuk kesejahteraan rakyat, akan datang kemenangan tersebut. ;)

    wan n co Reply:

    betul ke bro? jangan cakap je? hehehe

  28. Zyrontyez said:

    aku x minat..sape2 nak gaduh, korang punya pasal..

    Budak Taiping Reply:

    Sy tdk setuju dgn anda, Zyrontyez. Kita dlm sebuah bahtera, anda duduk di tingkat atas & sy di tingkat bawah, jika ada seseorang menebuk lantai bahtera hingga air masuk dan tengelamkan bahtera itu, bukan sy seorag yg karam tetapi anda turut sama tenggelam.

    Begitulah kita hidup di dunia ini, kena ambil tahu perihal sekeliling, nanti kita pun turut binasa angkara kerosak yg dilakukan org lain

    Zyrontyez Reply:

    kita ambil tahu..tapi ikut orang. ape pun, saya xnak serius ngan politik..

  29. Aku takkan pergi mana mana demontrasi melibatkan parti politik. Tetapi jika melibatkan agama Islam, aku akan berada di hadapan.. Politik adalah kotor. Memang takkan BERSIH sebab ia adalah agenda yang dirancang Yahudi untuk menghancurkan umat Islam.

    Aku respek dengan orang Jepun, mereka langsung tidak taksub dengan parti politik. Patriotisme mereka juga sangat tinggi.Malah mereka sanggup mati demi menyelamatkan generasi muda mereka. Sekarang logi nuklear bocor tu diuruskan oleh golongan tua. Mereka meminta generasi muda menjauhinya. Andainya mereka mati, generasi muda akan terselamat.

    rohaizad Reply:

    Aku sukalah dengan cara ko Sham… banyak betul cara pemikiran ko yang sama ngan aku… huhu

    p/s: nanti kita buat joint venture nak…? (kasi keluar satu produk yang blogger Malaysia suka… heh heh)

    Budak Taiping Reply:

    Di dlm Islam ada subjek politik malah Rasulullah SAW adalah tokoh politik yg unggul dlm mengetuai kerajaan Islam Madinah. Begitu juga sahabat2 Rasulullah SAW spt Abu Bakr & Ummar.

    Kenyataan sdr politik adalah kotor memang sering disebut2, maka Islam tampil utk membersihkan politik kotor itu

    Bukan sekadar politik, Islam membersihkan bisnes kotor, perbankan kotor, adat kotor, tradisi kotor, ibadah kotor dll kepada yg suci & bersih

    PAS berjuang ke arah itu tetapi belum tercapai kerana politik Islam yg suci perlu dokongan yg kuat dari majoriti ummat Islam di Malaysia

    Jika Umno perjuangkan politik Islam yg suci, percayalah PAS akan dibubarkan & kami sertai Umno beramai2

    ejoncb Reply:

    takkan bersih selagi pihak yang memperjuangkan politik ISLAM itu sendri tidak berani menyatakan yang benar jika ia memihak pada kerajaan dan menyatakan yang salah jika ia memburukkan pihak mereka. Jika yang hak dan batil ini ditegak walaupun org kata mati anak, barulah jadi perti ISLAM sebetulnya, bukan pada nama..

    pernah UMNO mengajak PAS bersatu tapi di tolak atas alasan UMNO = united Mungkar NO? . please la.. mengata sesama ISLAM mungkar dan munafik, tapi lebih suka bersama dan bergabung tenaga dgn kfr zimmi untuk menentang ISLAM? lebih baik bersatu dan betulkan dari dalam. 2 pihak berlawanan takkan saling mendegar pendapat kerana 2-2 pun ego. Bersatulah dan betulkan dari dalam barulah kesan tu sikit-sikit tapi lama-lama nampak.

    Zyrontyez Reply:

    aku suka gak:)..politik itu ok. masalahnya politik di Malaysia dibawa ngan cara kotor..
    pengikut politik pula terlalu taksub ngan parti sendiri dan apa yang parti lawan buat, semua salah..

  30. Budak Taiping said:

    Saya akan sertai Perhimpunan Aman 9 Julai 2011 di bawah naungan BERSIH 2.0

    > di dlm amalan demokrasi, dibenarkan berhimpun secara aman seperti diamalkan di UK, bekas penjajah kita di mana rujukan perundangan & Perlembagaan Malaysia hari ini adalah dari UK.

    > saya telah sertai BERSIH 1.0 pada 2007, saya berjalan dari Pejabat Agung PAS di Jln Raja Laut hingga ke SOGO, melalui Dataran Merdeka, Masjid Negara hingga ke Istana Negara

    > Perjalanan saya tidak disiarkan di TV kerana ia AMAN, yg sering disiarkan ialah insiden di Masjid Jamek. Pasukan keselamatan menghalang pergerakan peserta dgn meriam air & gas pemedih mata

    > Permintaan BERSIH 2.0 adalah penambah baikkan perjalanan pilihanraya selaras dgn peruntukan undang2, tidak lebih dari itu. Permintaan itu telah lama diminta sejak sebelum saya sertai politik lagi ( 1998 )

    > 8 permintaan BERSIH 2.0 telah disuarakan secara bersemuka dgn SPR, disuarakan di Parlimen & melalui media massa tetapi tidak mendapat respon yg jelas drp SPR & kerajaan Malaysia

    > Permintaan BERSIH 2.0 ke arah penambah baikkan bukan satu tuntutan yg melampau atau di lua kemampuan kerajaan untuk menunaikannya

    > Kita sering terbaca di media mengenai pelbagai permintaan drp parti2, NGO’s,pesatuan2 & pertubuhan2 di Malaysia terhadap kerajaan. Kerajaan sbg bapa pastinya akan menunaikan permintaan “anak2nya” selagi mana ia mampu melakukannya

    > Setiap rakyat berhak hadir & berhak utk tidak hadir pd 9 Julai 2011 nanti

    > Ramai sahabat yg tidak tahu apa itu BERSIH 2.0. Kita sekarang di alam siber, kenyataan sebegitu tidak sesuai utk warga internet. Apa boleh mengetahui apa sahaja yg berlaku sama ada di Artik aau di Antaratik

    > Maaf kerana mencemar ruang ini kerana saya sokong BERSIH 2.0. Harap Rohaizad tak kisah :)

    rohaizad Reply:

    Rohaizad dot com memang tak kisah… no problem sebab semua orang ada pendapat tersendiri. Mengenai Perhimpunan Aman 9hb Julai ini, memang tetap takkan di hadiri sebab objektif kali ini dah terlalu menyimpang dari yang dilakukan pada 2007. Banyak sangat pihak yang nak menangguk di air keruh. Dah tak “bersih”…

  31. Emm, anda tak hadir sebab objektif BERSIH 2.0 dah menyimpang … Okey!

    > Ini bermakna anda setuju BERSIH berhak anjurkan Perhimpunan Aman, yg anda tak setuju adalah objektifnya dah lari

    > Anda juga setuju objektif asal BERSIH dan anda tak setuju penyelewangan objektif BERSIH kali ini

    > Anda setuju dgn perbezan pendapat & hak utk berhimpun secara aman. Ini sudah cukup baik pd anda yg berpengaruh di alam siber & semoga dpt mendidik warga Malaysia tentang demokrasi yg dianuti oleh dunia politik di negara ini

    Zyrontyez Reply:

    secara jujur, saya sokong perhimpunan ini. walaupun saya x hadir..perhimpunan ni jadi haram sebab polis x bagi permit, bukan penganjur x minta..
    kerajaan takut ngan bayang-bayang sendiri. demokrasi sebetulnya membenarkan perhimpunan secara aman. ia takkan mengganggu gugat keamanan sesebuah negara..

  32. agak hairan jugakfenomena bersih ni…aku ingat kalau kerajaan buat tak kisah jer lagi baik dari control macam ni…anggap jer perhimpunan bersih tu macam india usung patong dia org gi batu cave masa thaipusam..biar dan bagi polis kawal cam biasa..pas tu masa serah memo pada agong …buang jer memo dia org tu dalam tong sampah…mana dia org tau..kerajaan patut ber kata “ada aku kesah”korang nak buat apa pun sebab malaysia ni kerajaan yang punyaa…tapi skrg ni kerajaan tak gitu..buat pulak tindakkan yang bodoh..hingga kan pakai baju kuning pun jatuh haram..hampehhhh

  33. aimannajmy said:

    mak aiih letih bijik mata dok baca sampai abih komen2 semua ni huhu.. yang penting aku malas nak pi, pastu katakanlah aku gigih nak pi, pastu kalo time riot aku kena tgkp dek polis.. satu hal la pulak nak kena berjawab ngan polis la bagai..itu ini.. bek aku dok rumah blogging dengan tenang huhu.. andai kata pembangkang dah pegang kerajaan nanti… yaaa itu baru betul2 BERSIH…

  34. paCat said:

    Melayu mudah snagat lupa. Bak kerajaan mahupun pembangkang. Yang goyang kaki sambil minum teh dan gelak tawa riang adalah CINA.

    Tak puas hati dengan sesuatu politik tu.? Masuk politik. Join dalam parti. Betulkan mana yang silap.

    Jangan cakap pandai, hasil takda. Bapak aku pernah cakap macam ni,

    “Mungkin mereka belum rasa bagaimana perihnya bila Komunis datang. Aku ada diwaktu 13 Mei dulu, aku jugak ada diwaktu ibu aku mati dipancung oleh kaum Cina di tahun 1969 itu dulu.

    Mula-mula BERSIH, lepas tu agenda lain dimasukkan. Aku tak percaya setakat AMBIGA tu cuba nak kata Pilihanraya tak bersih. Dia siapa nak persoalkan.? kalau tak bersih, kenapa sampai 4 negeri pembangkang berjaya tawan.

    Cakap guna otak, bukan lutut.”

    Amacam, hensem kan bapak aku cakap.? Melayu sekalian, bangunlah.

    Sebelum kau bertanya, apa sumbangan negara mampu beri kepada kau, kau sepatutnya malu, dan bertanya, APA SUMBANGAN KAU KEPADA NEGARA KITA.?

    rohaizad Reply:

    TERBAEKKKKKK !!!!!

    iskandar Reply:

    cara la bro.. haha.. “yg bising tu tin kosong, yg diam tu ubi berisi”.. hehe (^^,)

  35. Mohd henry said:

    itu lah manusia,
    suke membuat sesuatu perkara yang kononnya untuk kebebasan, keamanan, menjaga hak2.
    walhal semua tu mainan politik semata2
    kenapalah mereka tidak membuka mata dan minda untuk berfikir secara rasional,
    percaya tak katanya perhimpunan “bersih”
    sure nt bersepah tempat lokasi. bukan ke itu bengong!!!
    sure jalan2 banyak akan ditutp sehingga mengangu keselesaan org lain yang inginkan keselesaan.
    dimana erti keamanan,dan perpaduan yg seharusnya mereka tegakkan.
    yang salah itu mereka tukar menjadi betul, yg sememangnya betul ditindas.
    sayang kan pemikiran mereka terlalu banyak
    diracuni.
    lebih baik mereka2 ni daftar jadi penjaga keamanan negara lagi bagus, semangat macam ni lah yg diperlukan. tapi hampeh bukanye diorang ni nak, tau takut mati kene tempak di sempadan2 tu.
    pembangkang atau siapa yg menang itu tak penting asalkan melayu bersatu, untuk apa jika melayu itu sendiri berbalah sesama mereka, siap yang untung??? mereka2 itu jugak kan!!!
    maka pikir2 lah ye. chowwwww.

  36. Terus terang, aku tak sempat nak memikir kan benda-benda ni. Aku nak kan kesejahteraan dan keamanan di negara sendiri… So far, la ni aku cuma jaga pelajaran aku serta biz dan family aku.

  37. Sang Hamba said:

    ada org ckp ngn aku.. sekarang kita dh jauh ngan Islam.. cara kita makan, tido, kencing dll. dan org tu ckp ngan aku kalo nk Islam ni naik balik ada 2 cara je.. kasi bersihkan segala yg bertentangan ngan Islam. PERANG or BALA
    aku akui mmg betol org tu ckp.. lg 1 dia ckp jgn wat loan yg de interest.. dosa tu.. RIBA..
    aku tunduk je org tu ckp sbb aku dh jauh tersimpang dh.. korang cmne plak?

  38. hhh said:

    perhimpunan ni zaman2 dulu ok la masa tv ngan suratkhabar belum luas.. skang ni tak praktikal la.. buat je perhimpunan dalam dewan sebarkan kat media.. kan da jadi. tujuan perhimpunan ni mmg ade. tapi cara dia? da macam mat rempit ngan perusuh plak da.