Tips – membuat protected post menggunakan WordPress.org – berbaloi ke?
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Tips - Tarikh diterbitkan: July 6, 2011 onlineAku agak sibuk kebelakangan ini. Bukan sibuk disebabkan apa, tapi sibuk untuk belajar mengenai WordPress. Biasalah, blogger cabuk macam aku ni memang banyak lagi kena belajar. Always….
Sebenarnya aku nak mencari plugin untuk WordPress. Plugin yang aku nak cari tu mesti ada fungsi “private post” di mana hanya orang yang tertentu je boleh baca. Disebabkan plugin yang semudah ini boleh memberikan client aku satu kelegaan yang besar untuk company diaorang, so aku memang terdesak sangat nak cari plugin tu.
Di pendekkan cerita, pencarian aku itu telah membawa aku ke satu forum di luar negara. Satu persatu aku belek dan dalam banyak-banyak thread yang ada kat forum tu, aku terpandang satu thread yang agak menarik. Thread tu memfokuskan tentang “mengapa perlu ada blog sekiranya kita privatekan post yang ada dalam blog tu?”
Hoho…
Giler kentang punya topik. Memang panjang berjela ahli dalam forum tu berbalas pendapat. So nak tak nak, panjang jugaklah pembacaan aku pasal topik tersebut.
Antara persoalan yang panas di utarakan ialah:
1. Kalau suka sangat nak “private” post sendiri di blog, baik kongsikannya melalui EMAIL sahaja. Mengapa perlu publishkan di blog?
2. Kalau nak buat semua secara rahsia, baik jangan ada blog. BLOG itu universal.. untuk orang baca, bukan untuk orang tengok!
3. Blog adalah sebuah perkongsian PEMASARAN/BRANDING yang memerlukan komuniti untuk sebati di dalamnya. Kalau semua di privatekan, jangan buat blog… kerana ia akan membuat pengunjung/pembaca setia berkecil hati!
Haaaa… amacam?
Bila aku fikir dalam-dalam, betul jugak apa yang di katakan. Cuma bagi aku ada sedikit excuse untuk kes client aku.
Iya.
Dalam kes client aku, mereka TAK NAK gunakan blog untuk sebarang pemasaran. Mereka nak mencari something yang boleh membantu dalam urusan “networking dalaman”.
Networking dalaman?
Benar.
Untuk membayar upah seorang pakar network mencipta satu sistem “internal online report” yang boleh di baca oleh orang-orang tertentu dalam sebuah organisasi, itu bukan satu jumlah yang kecil. Boleh mencecah puluhan ribu ringgit!
So disebabkan aku sendiri bukan pakar IT ataupun network, WordPress telah banyak membantu. Ianya bagai satu anugerah yang Allah berikan. Sekarang WordPress sudah berada di tahap “sistem” yang sungguh marvellous.
Aku tak tipu.
Sekarang dengan hanya menggunakan function “protected” di dalam ruangan admin blog kita je, semua itu bisa di atur. Dan aku tau, ini adalah cara paling mudah, ringkas dan tidak membebankan client sendiri. Orang-orang yang tertentu sahaja boleh membaca online report masing-masing melalui blog-blog yang dibangunkan (di sinilah fungsi blog yang biasa kita lihat bertukar menjadi “luar biasa”).
Blog yang telah berubah menjadi “sistem dalaman” ini tidak memerlukan pembaca, tidak memerlukan marketing, tidak memerlukan pengiklanan dan juga sebarang familir stuff yang kita biasa tengok setiap hari. Tak kiralah Nuffnang ke, Advertlets ke, Adsense ke.. atau apa sahaja, semua itu tidak penting bagi mereka sebab kini, mereka menggunakan blog sebagai satu online tools.
Jadi berbalik kepada tajuk utama Membuat protected post – berbaloi ke?
Jawapannya mudah sahaja.
Tengoklah kepada penggunaan dan juga kehendak kita sebagai seorang pengguna WordPress. Kalau kita seorang blogger yang menggunakan WordPress untuk berblogging, janganlah selalu buat protected post. Kalau kalau kita gunakan WordPress untuk tujuan pembangunan yang lain, itu lain cerita.
So apa yang kalian lihat dalam entri bertajuk Protected: Ini tak boleh jadik semalam sebenarnya is nothing. Ia hanyalah satu trial error terhadap 3 persoalan panas yang aku senaraikan kat atas tadi.
Kalau tidak, takkanlah aku terima notis di Facebook dan juga email dari pembaca tegar ni semua (haha.. jangan marah haaa…! ):




Entri semalam tu takde siapapun yang membacanya sebab ianya KOSONG. Bila tiada yang membacanya, maka tiadalah komen. Tak percaya masukkanlah password: yahoo
p/s: sampai ke akhir thread tu, aku rasa aku tak perlu nak cari plugin yang power ataupun plugin yang berbayar untuk client aku. Pakai function “protected” yang telah disediakan oleh WordPress je… lagi senang!



Aha.. Rupanya buat testing untuk client.. Tapi logik juga tak perlu buat blog kalau nak letak Protected. Langgan aje Autoresponder untuk blast email ke target readers diorang. Reason being, nanti nak kena blast email untuk beri password kat readers jugak, betul tak, En Rohaizad? Jadi kenapa nak susah2 buat keje 2 kali?
rohaizad Reply:
July 6th, 2011 at 11:48 am
kan?
baik buat sekali kerja je.
kabu Reply:
July 6th, 2011 at 7:05 pm
NI dah macam cerita astronaut us dgn cosmonaut ussr.
“.
Dulu ada problem nak tulis catitan kajian kat angkasa.
Kat bumi NASA buat kajian berjuta dolar sampai dapat cipta pen yg bole tulis graviti sifar dan dalam air. Hebat org US ni kepala hotak geliga.
Yang si cosmonaut rusia ni guna pensil je lagi sempoi. Tak payah belanja juta2an. “Macam pernah kecoh kejap dulu pasal belanja jutaan nak maintain fb
Penyelesaian mudah untuk masalah mudah.
Tq sifu, dah ada modal nih…
Uiks, baru terperasan… FIRST!!
rohaizad Reply:
July 6th, 2011 at 11:47 am
gilerrr… haha
Dila.13 Reply:
July 6th, 2011 at 11:49 am
Bukan senang nak dapat 1st comment kat rohaizad.com, okay! bertahun jugak baru dapat sekali. hahaha
semalam try login guna password hentam kromo..konon2 nak hacklah..ternyata salah.. nak mesej.. segan lah pulak.. haha
rohaizad Reply:
July 6th, 2011 at 11:48 am
Jangan buat kerja tak baik.. Tuhan marah. Haha….
dah agak dah mesti ijad tgh try something..
ceh. saspen betul, bro. hehe
hehehe…aku ingat aku sorang je bagi email kat bro ijad. ada juga yang lain. puas semalam aku try nak access post tu.
oh rupenya testing je, tapi kalau nak private bukan kah boleh guna private forum sahaja
hahaha..untuk org-org tertentu jek..:P….private…:D
tertanya2 pula jadinya, bila tetiba ada protected post. hehe. not bad for test market yer. ghe
Oh entri ijad selalu ada kejutan dan fresh punya,ingatkan tadi lepas lihat “fungsi private post”saya trus terfikir adakah ijad tidak lagi mau kongsikan blognya kpd umum,suspense seketika..
Aku juga nak cari pluggin yang boleh dibaca oleh orang2 tertentu. Kira macam aku bg tgk post tu kpd org yg bayar sahaja. Sebab, dlm blog aku ada bagi programming elektrik yang berharga ratusan ringgit, tp aku bg free je. Yg berharga lebih ratusan ringgit, aku nak jual je.
Ingatkan Ijad dah taknak bagi aku comment kat blog dia dah.. yelah..mentang2 aku kat atas sekali dalam carta pengulas terlampau…hikhikhikh
Dah entry tu diprotect pun ada juga yang nak baca.. cam tu la keterujaan pembaca blog rohaizad ni. pantang ada post mesti nak baca, siap nak hack password lagi tu. hehehe.
Untuk system internal macam ni, Drupal atau Joomla lebih sesuai sebenarnya. Cuma kena peruntukkan masa untuk belajar je la..
Loh .. gitu ya .. den ingat apo jadi eh peel semalam
aku igtkan ijad tengah berkongsi luahan hati melalui blog untuk orang yang tersayang, phewwww
rupa2nya proses percubaan, aku dah cuba mcm2 password tp tak boleh tu yg fed up then tag ko dekat facebook..hahaha
skrg dah terjawab apa yg difkirkan semalam
Protected post nie sesuai untuk tujuan bisnes…contoh kalau nk create curiosity dikalangan pembaca/bakal pelanggan baru…kalau diorg nk tahu juga..diorg kene la subscribe ke, beli sesuatu ke..atau apa2 je la action kene buat.
Mmg kita boleh hantar emel secara private..tp bila guna protected mcm nie..org yg bukan sub pun akan teringin nk baca juga. Itu matlamatnya. Org akan panas dan mula bertindak utk dptkan juga password nk baca benda tue. Nak tak nak kene la join sub juga.
Sy pun ada pasang plugin protected post nie…tp blum ada idea mcm mana nk guna. Belum ada planning.
baru-baru ni aku ada juga buat post yang ada password. tapi bukan yang mcam bro buat… aku cuma letak password untuk yang aku nak sembunyi jak