Gilerlahhhh …. !!!
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: January 30, 2012 online
Mak aiihhh… memang tak boleh blah…

Mak aiihhh… memang tak boleh blah…

Baru kelmarin aku berkongsi mengenai “melaporkan” dan “mengkisahkan” dalam entri yang bertajuk “Bila kita rasa semuanya sama…“. Dan hari ini aku nak cerita lagi mengenai kesinambungan cerita itu..
Aku akan straight to the point. Sekarang kalian fokus pada apa yang dikatakan sebagai KESERONOKAN. Bila blogger menerbitkan susuatu entri yang “mengkisahkan” apa yang dia rasakan betul, apa yang akan menambahkan lagi rasa seronok itu ialah bila pembacanya menyokong apa yang di tulis!
Sebab apa?
Sebab blogger itu akan rasa yang dia benar-benar berkongsi. Iya… berkongsi rasa yang sama.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Pengalaman ini aku kutip sewaktu pergi ke Melaka masa cuti hari raya China kelmarin. Walaupun pengalaman ini boleh dikatakan stereotype bagi sesetengah pemandu, tapi bagi aku tajuk yang aku pilih ni memang aku tujukan khas untuk mereka-mereka ini.
Perjalanan dari JB ke Melaka bagi mereka yang selalu ulang-alik kedua-dua tempat itu sebenarnya tidaklah seperit sepertimana yang diceritakan di media massa. Seumur hidup, kalau nak diceritakan pasal kesesakan di PLUS antara JB dan KL sebenarnya tidak berlaku di PLUS JB Melaka.
Paling dahsyat pun, kesesakan akan berlaku bila dah masuk PLUS Negeri Sembilan seperti di Nilai, Seremban dan area sekitarnya. Tahun Baru Cina tahun tahun lepas menyaksikan aku tersekat kat situ. Bayangkan, dekat 2 jam aku tersangkut dari R&R Ayer Keroh ke sempadan Melaka – Negeri Sembilan. Bukannya jauh pun!
Semua blogger mempunyai corak blogging mereka sendiri.
Ada yang blogging dengan cara mencerca… ada yang berblogging dengan cara nasihat menasihati… ada yang berblogging dengan sehumble-humble’nya… ada yang berblogging dengan cara yang amat kerek (berlagak)… dan ada yang berblogging dengan IKHLAS.
Janga tanya kenapa semua itu wujud sebab hanya tuan punya blog je yang tahu. Apa pun yang dihuraikan, semua blogger mempunyai satu persamaan… iaitu KESERONOKAN.

Hey… manusia ni kalau tak seronok, dia takkan buat sesuatu perkata itu berulang kali. Blogger pun sama juga… kalau tak pasal duit, mesti sebab kepuasan. Dua-dua perkara ni memang mendatangkan keseronokan.
Berblogging sebab duit, jangan ceritalah dia punya suka… sebab “duduk depan laptop, dapat duit”. Berblogging sebab ketagih dengan komen yang diterima, pun dasat gak sebab dia akan rasa dirinya famous. Bila famous, apa pun boleh jadi (baik atau buruk je kesudahan blog masing-masing… itu terpulang).
Ustaz ke, Perdana Menteri ke, Chef ke, Guru Besar ke, Imam ke, peniaga produk bayi ke… bila blog masing-masing mendapat sambutan, semakin senanglah mereka laksanakan apa yang dihajati.
Kalau ada blog hiburan, lagi senang mendapat tajaan (sponsor). Kalau ada blog pasal auto (kenderaan), lagi senang nak mendapat perhatian. Kalau buat jualan melalui blog, seronoknya bukan main sebab tak payah bayar sewa bulanan. Kalau blog agama… mudah untuk sampaikan ajaran. Lebih kurang begitulah…
PERSOALAN
Tapi itu yang kita nampak di blog orang lain.
Masalahnya sekarang apa yang kita nampak di blog sendiri?
Haaaaaaa…. ini adalah satu soalan yang menyampah untuk di baca. Sebab sampai sekarang, kita masih merasakan ada di antara blog kita masih tidak mendapat perhatian orang.
Pernah kita tanya kenapa blog kita tu macam “mati”?
Pernah kita tanya orang yang datang ke blog kita, apa yang “kurang”?
Tidak’kan?
So apa sebenarnya yang berlaku?
Sebab kita rasa dunia blogging dah “sama”. Tak macam dulu lagi…
BACK TO BASIC
Orang yang datang ke blog kita nampak dan sedar apa yang kita tuliskan… apa yang kita coretkan. Kalau kita jenis blogger yang suka copy paste isu semasa, then itulah yang pembaca akan nampak. Mereka akan nampak kita sebagai “wartawan online”.
Bila kita rasa diri kita tidak ubah seperti seorang “wartawan online”, maka disitulah semuanya akan “sama”. Apa yang kita buat hanyalah semata-mata “melaporkan”, bukan “mengkisahkan”.
Tapi tak bermakna apa yang kita buat itu salah. Kita cuma berkongsi. Bukan ke itu blog kita.. suka hati kitalah. Asalkan tidak “mengadu-domba” ataupun menabur fitnah antara si A dan si B… cukup.

Kalau nak buang rasa “sama” tu, buatlah pengisian blog tu lain sket. Cubalah untuk “mengkisahkan” pula, jangan sekadar “melaporkan”. Sebab dengan “mengkisahkan”, kita akan memerah kepala otak dan juga idea… sampai ke peringkat ubun-ubun kepala.
Umpama hendak pergi berperang, kita akan cuba untuk menulis mengikut pemahaman kita… sebab pembaca akan rasa apa yang kita tulis.
Tak payahlah nak perah kepala sampai tak tidur 2-3 malam, sekadar mempersoalkan kenapa “jiran sebelah yang bela 5 ekor kucing, tapi tak reti jaga sampai kucing-kucing yang dibela tu berak bersepah-sepah sampai berbau ke rumah kita” pun dah cukup touching untuk di baca!
Ini salah satu dari perkara nyata yang berlaku di hadapan mata. Walaupun mungkin sesetengah dari kalian tak bersetuju dengan apa yang aku kongsikan, tapi percayalah… kita orang Melayu ni mesti berubah.

Hari ini kereta Wira family aku yang berusia 11 tahun mengalami kerosakan. Ada problem pada bahagian “pulley”. So satu je cara untuk bawak kereta tu ke workshop Uncle Ah Tee ialah dengan towing sebab bukan dekat workshopnya…. nun di Pandan sana.
So lepas call Kurnia Insurans, towing truck pun sampai. Ayah aku ikut sebagai co pilot dalam towing truck tu, dan aku pulak follow dengan MyVi.
Sebenarnya Uncle Ah Tee ni dah lama kenal ngan family aku. Sejak dari family aku pakai Iswara lagi. Dulu dia bekerja dengan taukey lain, kemudian dia bukak workshop sendiri. Dari Iswara, sampailah Wira… bayangkan.
Yang menarik perhatian aku ialah SOALAN yang driver towing truck tu tanya pada ayah aku masa on the way ke workshop. Itupun ayah aku yang cerita pada aku… kalau tak, tak terfikir pulak nak share kat sini.
Budak tu tanya pada ayah aku, “kenapa pak cik tak hantar ke workshop orang Melayu?“

Okay.. pertama sekali jangan ada yang terperanjat kenapa tetiba je blog ini mula mencoret. Yang kedua, jangan ada yang bertanya kenapa blog ini tidak aktif. Dan yang ketiga, harap dapatlah baca cerita di bawah ini dengan hati yang tenang yea….
Sebenarnya sudah hampir 3 bulan blog ini membisukan diri. Bisu yang dimaksudkan bukannya pasal tuan blog ini sakit ke… atau apa ke, jauh sekali kalau sibuk dengan PRU 13 yang akan diadakan tindak lama lagi. Blog ini sunyi sebab pemilik blognya ingin “bercuti dari blogging”. Itu sahaja.
Iya… hidup seorang blogger HANYA akan mati jika blognya “tiada”. Selagi blognya ada…. selagi blognya boleh dilayari, dan selagi blognya wujud di browser internet, bermakna besarlah harapan untuknya sambung berblogging kembali.
BERCUTI DARI BLOGGING
Tapi terus terang aku katakan yang istilah “bercuti dari blogging” tu sebenarnya TIDAK WUJUD pun. Yang wujud hanyalah sifat “MALAS” dan juga “HILANG FOKUS”. Tak percaya?
Kalau tak percaya, cubalah korek artikel-artikel lama dalam blog ini berkenaan “blog yang tidak di update”. Itu sahaja isunya… tiada yang lain. Satu yang pasti memang aku “HILANG FOKUS” dalam 2-3 bulan kebelakangan ini.
Aku fokus pada perkara lain. Perkara yang lebih besar dari blogging. Tapi dunia aku masih lagi dekat dengan internet, buktinya Facebook aku bukan main hapdet lagi…. *sigh
TOUCHING
Ada yang menghantar email… ada yang menghantar sms, ada yang menghantar mesej… dan macam-macam lagi bertanyakan mengapa blog tidak diupdate. Gilerlah… memang touching betul. Tak sangka bila blog tidak berupdate, orang akan cari kita. Tak tau nak cakap macam mana. Terima kasih sangat-sangat/
Bukannya nak perasan, jauh sekali nak berlagak… tapi bila ada orang yang bertanya, terasa diri ini dihargai. Kalau aku tak rasa camtu, memang ada something wrong dengan aku, betul tak? Haruslahh… kan?
Tapi lepas ni tak lagi dah… blog ini dah “bernafas” kembali. Dunia blogging aku akan kembali bersemarak.
TAKUT
Iya… aku takut.
Sebab takut pembaca blog ini tekan butang pangkah kat penjuru atas belah kanan sinun. Marah dah tak sudi lagi nak datang ke sini. Manalah tau kan… kat Facebook aku bukan main hapdet lagi, tapi kat blog tak pulak.
p/s: tak pernah rasa takut camni sejak bergelar blogger…. huhu