Bila kita rasa semuanya sama…
Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Tips - Tarikh diterbitkan: January 27, 2012 onlineSemua blogger mempunyai corak blogging mereka sendiri.
Ada yang blogging dengan cara mencerca… ada yang berblogging dengan cara nasihat menasihati… ada yang berblogging dengan sehumble-humble’nya… ada yang berblogging dengan cara yang amat kerek (berlagak)… dan ada yang berblogging dengan IKHLAS.
Janga tanya kenapa semua itu wujud sebab hanya tuan punya blog je yang tahu. Apa pun yang dihuraikan, semua blogger mempunyai satu persamaan… iaitu KESERONOKAN.

Hey… manusia ni kalau tak seronok, dia takkan buat sesuatu perkata itu berulang kali. Blogger pun sama juga… kalau tak pasal duit, mesti sebab kepuasan. Dua-dua perkara ni memang mendatangkan keseronokan.
Berblogging sebab duit, jangan ceritalah dia punya suka… sebab “duduk depan laptop, dapat duit”. Berblogging sebab ketagih dengan komen yang diterima, pun dasat gak sebab dia akan rasa dirinya famous. Bila famous, apa pun boleh jadi (baik atau buruk je kesudahan blog masing-masing… itu terpulang).
Ustaz ke, Perdana Menteri ke, Chef ke, Guru Besar ke, Imam ke, peniaga produk bayi ke… bila blog masing-masing mendapat sambutan, semakin senanglah mereka laksanakan apa yang dihajati.
Kalau ada blog hiburan, lagi senang mendapat tajaan (sponsor). Kalau ada blog pasal auto (kenderaan), lagi senang nak mendapat perhatian. Kalau buat jualan melalui blog, seronoknya bukan main sebab tak payah bayar sewa bulanan. Kalau blog agama… mudah untuk sampaikan ajaran. Lebih kurang begitulah…
PERSOALAN
Tapi itu yang kita nampak di blog orang lain.
Masalahnya sekarang apa yang kita nampak di blog sendiri?
Haaaaaaa…. ini adalah satu soalan yang menyampah untuk di baca. Sebab sampai sekarang, kita masih merasakan ada di antara blog kita masih tidak mendapat perhatian orang.
Pernah kita tanya kenapa blog kita tu macam “mati”?
Pernah kita tanya orang yang datang ke blog kita, apa yang “kurang”?
Tidak’kan?
So apa sebenarnya yang berlaku?
Sebab kita rasa dunia blogging dah “sama”. Tak macam dulu lagi…
BACK TO BASIC
Orang yang datang ke blog kita nampak dan sedar apa yang kita tuliskan… apa yang kita coretkan. Kalau kita jenis blogger yang suka copy paste isu semasa, then itulah yang pembaca akan nampak. Mereka akan nampak kita sebagai “wartawan online”.
Bila kita rasa diri kita tidak ubah seperti seorang “wartawan online”, maka disitulah semuanya akan “sama”. Apa yang kita buat hanyalah semata-mata “melaporkan”, bukan “mengkisahkan”.
Tapi tak bermakna apa yang kita buat itu salah. Kita cuma berkongsi. Bukan ke itu blog kita.. suka hati kitalah. Asalkan tidak “mengadu-domba” ataupun menabur fitnah antara si A dan si B… cukup.

Kalau nak buang rasa “sama” tu, buatlah pengisian blog tu lain sket. Cubalah untuk “mengkisahkan” pula, jangan sekadar “melaporkan”. Sebab dengan “mengkisahkan”, kita akan memerah kepala otak dan juga idea… sampai ke peringkat ubun-ubun kepala.
Umpama hendak pergi berperang, kita akan cuba untuk menulis mengikut pemahaman kita… sebab pembaca akan rasa apa yang kita tulis.
Tak payahlah nak perah kepala sampai tak tidur 2-3 malam, sekadar mempersoalkan kenapa “jiran sebelah yang bela 5 ekor kucing, tapi tak reti jaga sampai kucing-kucing yang dibela tu berak bersepah-sepah sampai berbau ke rumah kita” pun dah cukup touching untuk di baca!



nice sharing..
kdg2 pening nak tls artikel yg best2 smpi xde idea.. huhu..
rohaizad Reply:
January 27th, 2012 at 10:08 pm
haha… i have been there… and done that!
p/s: speaking nih..
dah bertahun2 hidup dgn blog ( 7thn) mcm sebati, blogger datang dan pergi dgn berbagai ragam tersendiri, itulah warna warninya.
kucing saya beranak atas siling rumah … itu juga cerita best utk dikongsi.
rohaizad Reply:
January 27th, 2012 at 10:09 pm
cehhh… kak jie nie, orang citer kucing.. terus bukak citer kucing… hahahahah
p/s: pantang dicabar menulis, dia terus tulis!
Kujie Reply:
January 27th, 2012 at 10:20 pm
blogger kan, dia mesti ada entri saling kait mengait. org tu ulas isu dari sudut A, utk kelainan kita kena ulas isu dari sudut B
kan tadi bg tau tak mau ‘sama’ hehehehe walaupun topiknya pasal kucing
rohaizad Reply:
January 27th, 2012 at 10:24 pm
tuh dia..!!!
Late entry today En Rohaizad? Pagi tadi i drop by, but nothing yet. But worth d wait, as always
rohaizad Reply:
January 27th, 2012 at 10:09 pm
You always be there Rose… I know… heh
Ramai blogger baru yang masih lagi mencari identiti dan mencari ilmu. Ada yang dapat visitor beribu sehari dah seronok tapi kemudiannya bising bila dihujung bulan hasil tak seberapa. Ramai yang berblog tetapi taknak belajar ilmu blogging.
Saya suka penulisan yang ada “roh” tersendiri. Macam bro pernah tulis dulu pasal air tangan penulis blog.. Kelainan tu yang sebenarnya sangat mahal.
biar blog tu ada nyawa. Baru ramai orang suka.
Inilah yang buat aku suka dtg sini ada pengisian…walaupun tuan blog tak pernah singgah bagi semangat hahaha…bila aku klik x(lepas baca) aku dapat sesuatu dan aku mula berfikir ada betulnya apa yg ditulis
Betul…ini kiranya blog mesti ada personal touch dan mesej unik tersendiri…baru ada follower tersendiri.
Aku sangat setuju dengan pos ko ni jat.Bernas dan padat
bertahun-tahun menulis dlam blog.. tetap tak habis pembelajaran mengenai blog
Saya masih mencari indentiti sendiri yang belum jumpa.
blogging tu jugak kerja jadi kena lah bersabar untuk melakukan kerja dan istiqamah.
Akhirnya dapat juga baca tips daripada orang lama.
mesti kucing jiran awak telah membuat onar, kan??
*ceteknya ilmu blog’ saye..
[...] mengenai “melaporkan” dan “mengkisahkan” dalam entri yang bertajuk “Bila kita rasa semuanya sama…“. Dan hari ini aku nak cerita lagi mengenai kesinambungan cerita [...]
Diulas pada January 29th, 2012 at 10:41 amBila semua nak paparkan perkara yg sama, its kind of boring. Tapi, kalau olahan dan pandangan berbeza mungkin sama tu hilang terus. Btw, mmg skrg nk berblog agak tandus idea. +_+
Jadi diri anda yang sebenar. Masukkan perasaan anda ke dalam apa yang anda tulis untuk pembaca bersama berkongsi apa yang anda rasa!
nak mencari identiti sendiri dalam blog sgat susah.. buleh tak bro bagi cdangan mcamna nak memudahkan…