Andai ku tahu …. (dah tahu dah!)

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang - Tarikh diterbitkan: February 12, 2012 online

Orang kita ni memang suka ikut budaya luar tanpa siasat dulu… okay, this is one of them:

TREND LETAK ANAK PATUNG DI BUMPER KERETA.

Saya teringat suatu perbualan dengan abang saudara saya semasa traffic jam di lebuhraya baru-baru ni. Pelbagai jenis kereta lalu melepasi kami dan abang saudara sy pun bertanya,

“Ha kau tahu tak, kenapa orang selalu letak anak patung bawah kereta dia?”

Saya lihat ada kereta lalu di hadapan, dengan anak patung Spongebob. Banyak dah orang buat, especially kereta sport. Ada tasmania devil, sylvester, tweety, pendek kata semua soft toy. kadang-kadang sampai buruk pun ada. Kesian tengok anak patung tu..

“Entah la,” saya duga. “Mungkin, nak bumikan elektrik semasa kilat kot?”

“Salah…”

“Sebab, ni budaya orang Thailand. Orang sana percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat dia mati. Takut nanti dia menganggu orang yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka pasang anak patung. Supaya roh kanak-kanak tu happy.”

“La ye ke,” kata saya. “Patutlah time saya pergi Bangkok dulu, diorg buat shrine tepi jalan. Kata tourist guide, kalau orang tu mati kat situ, buat kuil kat situ. Dia jadi penjaga jalan tu.”

“Ha tulah, orang kita ni suka ikut saja budaya luar. Asal cute je buat. Tak fikir pun sebabnya.”

Bila Google di sini saya mendapati perkara yang sama. Di sini pula, halaman blog pelancongan Thailand ni pula mengatakan bahawa trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Peehhh…nasib baik saya pun tak buat…, nanti rosak pula akidah percaya pada roh anak patung. Hari tu ada jgk terfikir nk buat mcm tu…, npk comelkan?? So…apa2 pun nk buat, kita rujuklah dgn mana2 sumber yg patut..supaya jgn nnt org ckp…

“nil ah dia..org yg suka beramal/mengikut….tapi takda ilmu…”

SEMOGA IANYA BERMANFAAT BUAT SEMUA
credit:MBakhri Ir

p/s: okay… aku nampak trend sengal ni kat JB. yang aku pernah wondering, kenapa anak patung yang sepatutnya jadi mainan budak kecil digantung tanpa tujuan? kasi anak patung tu pada anak yatim pun ada pekdahnya…. dan untuk mereka yang buat style camni, korang memang seorang trend follower yang entah apa-apa!


Ingin beriklan? Maklumat lanjut di sini

Sudah 30 komen diberi. Giliran anda pula!

  1. penyubiru said:

    laa..baru tau..ingatkan diorang buat tu sesaje jer nak bagi nampak cute ke apa kan..harap2 mereka yg suka ikut tren camtu,terbaca n3 ni..

    shafiqa Reply:

    benda yang x elok dijadikan trend…ish3…

    rohaizad Reply:

    Ikut tanpa tahu apa yang diaorang sendiri lakukan… kan?

  2. tips said:

    kereta sukan pon letak?
    tak macho le… ;)

    samdaddycool Reply:

    ‘kereta sukan’.. dah lama aku tak dengar ‘vocab’ tu.. :)

  3. Azman said:

    Yup pernah google pasal ni…org thailand byk buat untuk halau roh jahat.

  4. pacubob said:

    tq for the info bro….penah tgk tapi x penah nak amik tau pon psl apa tp skrg dh tau…..:)

  5. akubiomed said:

    Ini masalahnya mengikut sesuatu tanpa usul periksa.

    aimannajmy Reply:

    ya betul tu bro, kadang2 nampak cam patung tu kena jerut hang to death huhu

  6. cikgu hairul said:

    “kita” mudah sangat nak ikut apa yg orang buat membuta tuli. Sunnah Nabi yg kalau kita buat dapat pahala tu siap berdebat lagi tentang kesahihannya untuk taknak amalkan. Hai la “kita”…

  7. Baru semalam aku tengok ada kereta letak anat patung angry bird kat bawah keta.

    Ingatkan biasa-biasa je. Rupanya trend dari thailand. Mudahnya orang kita terpengaruh.

    aimannajmy Reply:

    kat belah SP ni aku tak nampak pun lagi, taktau la kot aku tak perasan.. depa bajet kiut la tu

  8. Yana said:

    Entahlah…
    Doa naik kenderaan tak ramai yang baca:-(

  9. abdfatah said:

    nak halau roh jahat rupanya…

    kalo orang jahat pulak nak halau macam mana? siren berdegar pun derang tak hirau dah… alih alih kereta entah ke mana yang tinggal patong tercongok dekat situ menandakan kereta kamu sudah dikebas orang jahat pulak dah…

    jangan lupa doa selamat untuk parking kereta…

  10. Tungku Moden said:

    Ingatkan boleh buat camtu..aku pun macam teringin nak buat.tapi wife kata, buat apa?haha

  11. Rizal said:

    aku ada tanya ustaz, ustaz ni ckp itu BUDAYA je, bukan agama, tapi dari budaya tu jadi kepercayaan orang thai tu…(ntah, dia yg cakap camtu..hehe)

    aku rasa diorang terpengaruh dengan toy story tu jek, bukan sebab lain…

    ada jek agama lain pecah kelapa, jadi bila kita pecah kelapa nak parut, adakah menyamai agama lain? (ustaz tu bagi perumpamaan lagi…)

    Wallah’ualam… :)

    Tungku Moden Reply:

    Baik kita dengar ckp ustaz..tapi birlah ustaz yang betul-betul layak keluarkan fatwa..mufti bagi pendapat, lagi bagus!

  12. izzat said:

    haha.. aku baru perasan 3 hari lepas.. aku pelik asal la dorang letak g2. rupanya.. hahahahahah

  13. Shukor said:

    Ooo…baru tau pasal benda ni. Thanks bro :)

  14. Long said:

    Sebelum nie perasan orang letak beg plastik atau tali. Sekarang nie dah jadi trend letak soft toys. Lepas nie letak apa pulak?

    ejoncb Reply:

    lepas ni letak rantai besi plak….hahaha

  15. mahal toy tu, belanja makan kat cafe pun dah lepas makan tengahari tu.

  16. zakisawie said:

    erm tak pernah perasan lak sebelum nie…. kalu lampu break yang kelip2 tu selalu le nampak… gantung soft toy never saw before… lagipun buat bazir je ….. baik buat isi minyak duit tu…

    rohaizad Reply:

    Ada… makin banyak sebenarnya… huhuh

  17. Cyza said:

    Oh itu macam ka? Aku pun memang tak tau. Tapi aku ada nampak kat kawasan dkt rumah aku van orang melayu bawak letak anak patung belakang bawah van tu…tak paham juga…

    rohaizad Reply:

    Banyak yang buat camni kat JB ni… giler betul

  18. Ome said:

    Terima kasih pada bro Ijad kerana memberi maklumat mengenai benda ini. Teman ingat ini trend kaki kereta sahaja..

    ps/ teman tak ikut pun ;-)

    rohaizad Reply:

    Wasting la kan…. baik kasi anak sendiri anak petung tu.. boleh gak diaorang bawak main …

  19. titan said:

    aku tengok, makin lama makin ramai yang buat benda-benda macam ni..

    rohaizad Reply:

    Ikut-ikutan je diaorang tu….