Lu apahal?

Hamba Allah: “Orang tidur, lu sibuk menatap PC, apa kejadahnya lu buat nie?”
Aku: “Cari duit…”
Hari: Selasa.
Bulan: Jun 2008.
Masa: 2:28 pagi.
Rabaknya mata…..
Lagu Untuk Ibu dan Ayah.

Tak banyak yang aku nak katakan untuk Hari Ibu esok. Cuma apa yang aku tau, aku hanya ada ada sorang ibu dan sorang ayah sahaja dalam dunia yang fana ini.
Lagu ini aku tujukan pada semua anak-anak di dunia ini terutamanya pada mereka yang rasanya belum puas berbakti pada ibu ayah masing-masing. Tapi sebelum aku paparkan music video untuk ibu dah ayah (bersempena Hari Ibu esok), elok rasanya bagi aku untuk berkongsi sedikit amalan yang masih lagi aku amalkan sehingga hari ini.
Baiklah, sementara ibu dan ayah korang masih lagi hidup, sayangilah ibu dan ayah korang. Oh yaaa.. lagi sekali aku tekankan, bukannya aku ingin berlagak tetapi aku MASIH LAGI AMALKAN 10 perkara di bawah terhadap ibu bapa aku:
(more…)
Entri untuk KITA sempena Hari Buruh.

Esok adalah hari buruh/pekerja kan?
Sepatutnya esok hari adalah hari yang paling besar dalam dunia. Tiada hari yang lebih besar dari hari esok sebab semua orang terlibat pada hari itu. Mereka yang ada pekerjaan tidak boleh lari dari ditarik hidungnya supaya mengingati tanggal 1hb Mei. Aku, kau, mereka dan sesaper sahaja berhak mendapat right masing-masing dalam hari itu. Tak kiralah sama ada kita baru bekerja ataupun sudah 50 tahun bekerja, ini adalah hari KITA.
Tapi macam mana kita nak merayakan hari nih?
Saper yang patut dirayakan?
Raya yang macam mana?
Seronok ker merayakan hari pekerja nie?
Aku sendiri pun kadang-kadang tak faham kenapa hari buruh/pekerja nie diasaskan.
Apa pekdahnya?
Apa kejadahnya?
Berkesan ke hari ini untuk orang yang mengaku diri seorang pekerja?
Siapakah pekerja sebenarnya?
Pekerja kontrak, pembancuh simen? penyambut tetamu? salesman? webmaster? driver lori? pengkaji meteor? lawyer, majistret? blogger? blogger pun bekerja jugak kan?
Actually, aku pernah bekerja di Carrefour dan juga Jaya Jusco tapi tak pernah terlintas di fikiran aku mengatakan yang hari buruh/pekerja ni satu hari yang beshh. Lagi rasa tertekan adalah sebab orang lain sibuk rilek kat rumah, aku sibuk kat tempat kerja. Helo… ada sesaper yang boleh bagi aku satu “ayat” yang cantik mengenai hari buruh/pekerja ni?
Macam yang aku katakan tadi, ini adalah entri untuk kita. “What’s up with you people?”
Pendapatan sampingan - itulah adsense!!!

Dulu masa mula-mula buat adsense, setakat melihat angka kosong ataupun “telur” kat account adsense aku tuh, memang standard-lah kan. Itu memang perkara biasa setiap kali aku membuka account adsense aku. Kadang-kadang tu tak sanggup rasanya nak melihat “telur” tu. Pernah jugak aku ketawa melihat nilai kosong. Pagi kosong, tengah hari kosong.. malam pun kosong!
Orang lain dapat beratus-ratus ringgit sebulan, aku jangankan ratus … nak dapat satu hari seposen pun Masya-Allah… azab sungguh!
Tapi aku bukan jenis cepat menyerah.
Selagi aku tak dapat sebab-musabab yang logik mengenai income adsense aku, aku akan terus mencari, menggali dan berkorban. Kini, setelah bertungkus lumus study tentang keyword dan jugak seo, ternyata pengorbanan itu tidak sia-sia. Malah, semakin tinggi semangat aku untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan sampingan di internet ini.
(more…)
Blogger jenis apa engkau ini? - review aku untuk Suhaimi Sulaiman.

Waktu aku sibuk menekan papan keyboard Dell ini, aku baru sahaja habis menonton satu rancangan talkshow dari blogger untuk blogger kelolaan Suhaimi Sulaiman di channel Awani Astro (30hb April 2008- 11.00 pagi). Sebenarnya, tajuk rancangan talkshow itu ialah Perspektif Kita, cuma aku yang tambah “dari blogger untuk blogger” sebab brader Suhaimi Sulaiman jugak seorang blogger (ayat aku sendiri).
Brader Suhaimi ni sebenarnya dah lama gak berblogging, sejak dari tahun 2005 lagi. Macam aku jugak. Tapi bezanya brader Suhaimi nie berblogging untuk life dia, aku plak blogging untuk life aku dan jugak life orang lain (bear with me, I will tell you later). So dalam episod kali ini, tajuknya memang menarik iaitu “Apabila rakyat lebih percayakan blog berbanding media arus perdana”. Fuhhh…. dasat beb. Aku suka dengan tajuk ni. Fact and figure.
(more…)