Saya ada seorang ayah.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh disiarkan: August 26, 2008 online

Saya ada seorang ayah.
Ayah saya baik.
Ayah saya gentleman.
Ayah saya romantik.
Ayah saya hensem.
Ayah saya macho.
Ayah saya memang best.

Saya ada seorang ayah.
Ayah saya rajin.
Ayah saya cool.
Ayah saya suka membaca.
Ayah saya suka mengaji.
Ayah saya memang best.

Saya ada seorang ayah.
Ayah saya kuat berdiskusi.
Ayah saya kuat beraksi.
Ayah saya kuat menguji.
Ayah saya kuat menyanyi.
Ayah saya memang best.

Saya ada seorang ayah.
Ayah saya pandai berbahasa.
Ayah saya boleh berbahasa Melayu.
Ayah saya boleh berbahasa Inggeris.
Ayah saya boleh berbahasa Boyan.
Ayah saya boleh berbahasa Arab.
Ayah saya boleh berbahasa Hindi.
Ayah saya boleh berbahasa Hokkien.
Ayah saya semakin best.

Saya ada seorang ayah.
Semua yang saya bilang tadi adalah cerita masa dia muda.
Sekarang ayah sudah tua.
Ayah sudah beruban.
Ayah sudah berubah.
Ayah semakin cool.
Ayah semakin tabah.
Ayah seperti biasa, semakin best.

Saya ada satu cerita.
Cerita ini pasal ayah saya lagi.

Satu petang saya bertanya kepada ayah:
“Ayah sedang tengok cerita apa?”

Ayah pun menjawab:
“Ayah sedang menonton American Next Top Model!”

Kan saya dah cakap di atas dari tadi.
Ayah saya memang best!

Hello, boleh tolong saya?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh disiarkan: August 17, 2008 online

freeblogging.gif
(p/s: ini bukan harta aku- gambar hiasan saje)

Rasa-rasanya fikiran aku dah tak karuan dengan Portable USB Modem.
Bila difikirkan, memang aku perlukan gadget sebegini sebab bila nak demo package atau services kat client, aku cuma boleh tunjukkan statik page yang aku “hibernate” kan dari rumah. Agak kurang professional’kan?

Bukan itu sahaja, aku juga dah mula berangan tentang betapa senangnya kerja “online” aku jika aku boleh blogging dimana-mana pun yang aku suka. Tidak kiralah pada bila-bila masa pun yang aku mahu, gadget ini sememangnya akan dapat menambah dan merubah keseronokan serta stail aku bekerja. Kalau rasa boring di rumah, aku boleh start enjin kereta dan lepak di tepi Danga Bay. Kira berblogging di tepi laut’lah nie kiranyer… :) Nak buat demo online pun mudah.

Jadi sebagai orang tidak pandai dalam mencari sesuatu yang “agak” baru, aku ingin sekali mendengar pendapat kengkawan dan semua pengunjung blog ini berkenaan perkara di atas. Aku tahu ramai yang bijak pandai dalam memberikan idea yang bernas dan juga recommendation tentang portable modem ini sebab instinct aku kuat mengatakan ramai yang dah pakai gadget bebas berinternet tersebut’kan?

Sebelum aku memberikan 3 brand gadget USD modem ini, ingin aku berikan sedikit sebanyak spesifikasi, penggunaan dan system yang aku guna untuk laptop Compaq aku:
(Baca selanjutnya :) …)

Sedikit dan sebanyak mengenai tut…tut…tut.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku, Spesifik - Tarikh disiarkan: August 1, 2008 online

Agak selamba jugak tajuk yang aku pilih untuk entri kali ni. Bukannya apa… aku ada menerima 2-3 mesej melalui Contact Form yang bertanyakan sedikit sebanyak tentang diri aku. Wahahaha… jadi ini adalah serba sedikit tentang diri aku yang rasanya boleh dikongsi kot.

Mata:
Rabun (berkaca matalah, lagi mau tanya :) )

Warna mata:
Dulu warna air teh, sekarang dah jadi kopi. Peliklah.

Warna rambut:

Bila pendek, nampak hitam.
Bila panjang, nampak perang.

Keturunan:
Sebelah emak aku punya atuk punya bapak memang orang Cina.
Sebelah emak aku punya nenek punya bapak memang orang India.

Tinggi:
Aku tak pernah ukur (dah dekat 10 tahun). Last sekali aku ukur dalam 180+ cm kot.

Status:
Belum berkahwin. Bujang. Bagaimana?
(Baca selanjutnya :) …)

Interview dengan wartawan akhbar ***** edisi selatan.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku, Berita - Tarikh disiarkan: July 16, 2008 online

Interview: Malam ni.
Topik: Domaining.
Bila publish: Nanti aku beritahu.

Tunggu je la :)

Luahan hati rakyat Johor yang ingin diluahkan telahpun terluah!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku, Spesifik - Tarikh disiarkan: June 13, 2008 online

rusuhan.jpg

Aku adalah seorang rakyat yang suka berfikir.
Bila apa yang aku fikirkan itu logik dan inginkan sesuatu solution, maka selalunya aku akan berdiskusi dengan bapak aku. Tidak kiralah sama ada usulan dan idea itu datang daripada parti kerajaan mahupun parti pembangkang, aku tetap akan berdiskusi mengenainya. Selalunya waktu yang dipilih adalah ketika dan selepas makan tengah hari (emak aku selalunya akan jadi PEMERHATI.. cehhh!) .

Aku dan bapak aku selalunya berfikir dan bertindak secara rasional. Bukan semua yang datang dari kerajaan dan pembangkang itu betul dan begitulah sebaliknya. Cuma apa yang tidak seronok selepas sesuatu diskusi adalah tindakan yang akan kami lakukan. Most of the time, aku dan bapak aku hanya menyimpan dalam hati sambil berdoa yang salah dapat dibetulkan. Tetapi, apabila hasrat dan juga niat untuk memperbetulkan semua yang salah berada di luar bidang kuasa, maka itu yang akan menjadi satu tekanan. Iya… TEKANAN. Tekanan adalah stress!

Halooo… ingat menteri dan orang besar jer yang dapat stress ker?
Rakyat jugak kadang-kadang cukup stress, serik dan pressure melihat keletah “mangkuk-hayun” orang besar yang tak betul ni. Jangan ingat rakyat senang lenang melihat dan mendengar. Lagi banyak yang rakyat tahu, lagi tertekan hidup mereka. Apalagi bila semua janji dan sumpah yang diucapkan ketika warkah perlantikan di “buruk siku” kan oleh mereka yang sungguh “money oriented”.

Bukanlah niat aku hendak membawa tukul besi untuk mengetuk kepala ahli parlimen/kerajaan yang “mangkuk-hayun” di dalam kabinet itu, tetapi inilah perasaan dan juga hati seorang rakyat yang telah memangkah. Ingat, aku maksudkan orang yang ada di dalam kabinet… so maknanya kerajaan dan pembangkang pun aku hayun… tiada yang terkecuali.

Cuma bila ada di kalangan orang besar yang “BERJAYA” menyuarakan hati sebenar RAKYAT, aku sungguh terkesima. Aku rasakan apa yang aku dan bapak aku diskuskan telah terlaksana dan doa yang selama ini dipanjatkan telah termakbul. Bagi orang Johor ini adalah satu LUAHAN yang patut engkau simpan dan diskuskan lagi secara meluas. Hakikatnya, ini adalah satu PEKUNG yang tidak boleh disimpan lagi. SYABAS !!!!!!!!!!

Bacalah sampai habis….
(Baca selanjutnya :) …)

Lu apahal?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku - Tarikh disiarkan: June 9, 2008 online

mengantuk.jpg

Hamba Allah: “Orang tidur, lu sibuk menatap PC, apa kejadahnya lu buat nie?”
Aku: “Cari duit…”

Hari: Selasa.
Bulan: Jun 2008.
Masa: 2:28 pagi.

Rabaknya mata…..

Lagu Untuk Ibu dan Ayah.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku, Kenangan, Semalam, Video - Tarikh disiarkan: May 10, 2008 online

ayahibu.jpg

Tak banyak yang aku nak katakan untuk Hari Ibu esok. Cuma apa yang aku tau, aku hanya ada ada sorang ibu dan sorang ayah sahaja dalam dunia yang fana ini.

Lagu ini aku tujukan pada semua anak-anak di dunia ini terutamanya pada mereka yang rasanya belum puas berbakti pada ibu ayah masing-masing. Tapi sebelum aku paparkan music video untuk ibu dah ayah (bersempena Hari Ibu esok), elok rasanya bagi aku untuk berkongsi sedikit amalan yang masih lagi aku amalkan sehingga hari ini.

Baiklah, sementara ibu dan ayah korang masih lagi hidup, sayangilah ibu dan ayah korang. Oh yaaa.. lagi sekali aku tekankan, bukannya aku ingin berlagak tetapi aku MASIH LAGI AMALKAN 10 perkara di bawah terhadap ibu bapa aku:
(Baca selanjutnya :) …)

Catatan baru →← Catatan sebelumnya