Aku memang hangin!
Hangin betul aku dengan sikap sesetengah mereka ini yang sungguh HAPRAK dalam mengejar keuntungan.
Aku tahulah kamu semua ingin berniaga tapi janganlah sampai tiap-tiap hari kamu asyik memenuhkan inbox aku dengan sales letter kamu itu.
Semua orang tahu keberkesanan email marketing. Kita juga sudah sedia maklum yang mailing list adalah satu BONUS untuk kita menjual ebook melalui link affiliate masing-masing. Tapi mestilah kena pada masa, gaya dan caranya. Bukan main suka-suki je send kat inbox subscriber sendiri. Betul tak?
Sekarang, cuba kamu bayangkan jika kamu pula adalah seorang subscriber (melalui mailing list orang lain) dan perkara ini terjadi:
1. Semalam kamu telah dihantar sales letter, hari ni pun kamu dapat lagi sales letter tersebut.
2. Pagi ini kamu dapat sales letter untuk produk yang sama, petang karang nanti dapat lagi sekali sales letter itu!
Semuanya mengenai produk yang sama!
Apa ni?
Macam-macam alasan yang diberi untuk membolehkan sales letter itu dihantar sekali lagi. Pemberitahuan itulah, pemberitahuan inilah… macamlah kita ni sengal untuk dipermainkan sebegitu rupa. Takkanlah pasal nak kejar affiliate sales yang komisyennya tinggi, kamu sanggup memperjudikan “kredibiliti” kamu. Kalau macam ginilah caranya, aku takkan teragak untuk mengatakan semua email itu adalah SPAM!
Produk apa yang sibuk dijual itu?
Aku takkan beritahu produk apakah itu kerana bukan salah produk yang ingin dibincangkan di sini tapi attitude yang ditunjukkan oleh mereka yang menjualnya. Dulu sebelum mempunyai mailing list, macam-macam yang diberikan semata-mata untuk menambah koleksi email yang ada.
Dan aku sebagai rakyat Malaysia yang cuba untuk support usahawan internet tempatan, aku subscribelah jugakkan. Tetapi bila dah jadi macam ni, silap-silap mau aku unsubscribe balik. Kalau seorang yang unsubscribe, tak mengapalah. Tapi kalau banyak yang amik tindakan yang sama, tak ke pedih? Bila ini berlaku, bukankah mereka juga yang rugi nanti sebab mailing list mereka akan berkurang?
Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk tetapi kalau beginilah senarionya, makin haru birulah dunia internet Malaysia sebab mailing list yang ada telah diguna pakai dengan cara yang TIDAK sepatutnya!!!