rohaizad dot com » Bahasa

Jiwa kacau seorang blogger
Dalam merentasi batas-batas dunia blogging, selalunya kita terlupa dengan asal dan juga tujuan berblogging. Berblogging yang dulunya dihiasi dengan rasa ingin tahu seringkali membuatkan dunia ini indah. Indahnya rasa itu seolah menjumpai sebuah jalan yang baru dalam hutan belantara… jalan yang belum orang lain lalu.

Apabila sampainya kita di sebuah kawasan dalam hutan yang mempunyai peluang untuk dibangunkan, rasanya memang cukup seronok. Seronoknya seperti seorang peneroka yang menjumpai sebuah tanah yang subur. Sesuai untuk bercucuk tanam.

Dialah hero dan dialah ketua.

Cuma di dalam berblogging, itu tidak lari dari terjumpa sebuah blog yang seronok untuk di baca hasil dari “blog walkingnya”

Bagaimana seronok itu boleh hadir?

Ia hadir sebab dia memahami apa yang ditulis, dia tahu apa yang hendak di sampaikan dan dia SERASI dengan gaya tulisannya sendiri.

Sebenarnya blogging juga mempunyai hutan belantaranya yang tersendiri. Hutan yang dipenuhi dengan URL blog yang kian bertambah dari masa ke semasa. Jika sesat di dalam hutan itu, maka itulah yang dinamakan Information Overloaded. Keliru.

Indahnya rasa menjadi blogger lebih kurang sama dengan giannya seorang pembaca akhbar yang menunggu catatan wartawan kesayangannya setiap hari. Paling tidak pun, gian pada ruangan kartun yang seringkali membuatkan paginya dipenuhi dengan senyuman.

Seterusnya?

Sekarang peneroka itu dan blogger itu telah bertekad untuk membangunkan tanah yang diteroka tadi. Masing-masing berusaha untuk menabur dan menyirami benih itu dengan harapan tanaman itu akan membawa kebaikan.

Tidak cukup dengan itu, di dirikan juga batas untuk pengaliran air yang sempurna dan di siapkan pelindung supaya binatang buas tidak mengganggu.

Sama.

Blog perlu di siram dan di baja. Blog juga perlu di bangunkan sepertimana pagar yang melindungi tanaman peneroka itu tadi. Cuma terdapat perbezaan di antara binatang buas di kebun itu dengan apa yang ada di blog.

Di kebun, batas di dirikan dengan tujuan tanaman mendapat takungan air yang sempurna. Tetapi di blog, batas itu tidak kelihatan. Yang pasti, buasnya keadaan di blog berpunca dari jiwa kacau seorang blogger itu sendiri.

Batas yang ada dalam berblogging adalah penulisannya. Apabila batas (penulisan) yang ada di gunapakai untuk mengadu-domba orang lain, maka fitnahlah yang akan muncul. Apabila penulisan itu di terbitkan dengan maksud yang tidak baik, maka sudah pasti batas itu akan runtuh dengan sendiri.

Peneroka tidak memerlukan pembaca untuk menilai tanamannya kerana hasil dari ladangnya (makanan) sudah pasti untuk perut manusia. Tetapi blog memerlukan pembaca untuk menilai semua hasil tulisannya kerana makanan yang disediakan bukanlah untuk perut, tetapi MINDA….