Sekarang ni mana-mana kita pergi, sibuk orang berkata pasal pelaburan. Ada yang busy dengan pelaburan silver… ada yang busy dengan pelaburan emas dan ada yang busy dengan pelaburan saham. Kalau tak percaya, pergilah tengok kat Facebook tu haaa…

Dalam pada aku memikirkan tentang perkara ni, banyak lagi perkara yang aku juga fikirkan di sebalik semua ini. Pernah aku bertanya pada diri aku sendiri. Adakah aku ini jenis orang yang suka melabur untuk dapatkan pulangan lumayan ataupun aku ni orang yang suka ambil peluang di dalam lumayannya pulangan yang ada itu?

Haaa… kalian mesti pening dengan ayat aku kan?
Tapi itulah yang aku nak kongsikan.

Kalau diberi pilihan, aku takkan melabur secara “FOKUS” untuk emas seperti mana yang orang lain buat. Sebab aku rasa aku ada pilihan yang lain. Maksudnya, kalau diukur dengan income ciput yang aku perolehi sekarang, rasa macam tak berbaloi untuk keluarkan certain amaun untuk profit yang aku dah boleh agak nilai logiknya.

Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Berhati-hati dengan mesej palsu yang boleh memesongkan akidah?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: August 20, 2011 online

Ini adalah antara mesej yang sedang rancak disebarkan melalui sms dan juga Facebook:

“Salam.
From dato’ dr mazlan, our head of astrology dept. Tonight at 3.25am macca time the moon will circle around the Kaabah this will have an effect on the sky. The sky will have blue light. This will be the time of acceptance of prayers. This is happening after ten million years. Pls inform everybody by passing this. 3.25am mecca time. Malaysia time will be 8.25am. So London time will be at 00.25am”

“Dr Mazlan, astrologi, bulan mengelilingi kaabah, 10 juta tahun sekali, doa dimakbul, sebarkan”

Semua ini karut.
Jangan percaya. Kenapa?
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Sedikit untuk sebanyak mungkin…

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: August 18, 2011 online

Nur Khairiyah Binti Ahmad
No. 7, Jalan Jasa 8, Taman Mutiara Rini,
81300 Skudai, Johor.

Kepada yang berkenaan;                                  04 Ogos 2011

___________________________________

Assalamualaikum wrt. wbt.

Tuan/Puan/Dato’/Datin,

PER: MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI PEMBIAYAAN KOS RAWATAN PERUBATAN ANAK

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, anak saya Puteri Nur Iman Qasrina Binti Mohammad Shafiq, No kad pengenalan [100510-01-0152] adalah pemegang kad OKU berdaftar, No pendaftaran MD : 01/01/11/000081 telah mengalami sawan ketika berusia 2 minggu selepas dilahirkan dan dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail selama 21hari. Diagnosis ialah global developmental delay with ,cortical blindness secondary to celebral infarction with hypoxic ischemic injury.Keputusan EEG yang dilakukan juga mengesahkan beliau mengalami infantile spasm. Sehingga sekarang masih mengalami sawan dan masih dalam peringkat awal penggunaan ubattopiramate dan tyroxin.

3. Justeru itu, pihak kami memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk menghulurkan sumbangan bagi kami melakukan rawatan di Kuala Lumpur Hyperbaric Center yang beralamat di No.3, Taman Tasik Titiwangsa,53200 Kuala Lumpur. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh KL Hyperbaric, kos rawatan penyakit beliau adalah sebanyak RM8,000 bagi 40 kali rawatan dan kos tersebut tidak termasuk bagi khidmat perundingan, ujian imbasan dan sebagainya.

4. Bersama surat ini disertakan beberapa salinan dokumen seperti maklumat peribadi, rekod perubatan serta lain-lain maklumat yang berkaitan. (Rujuk lampiran)

5. Sumbangan tuan/puan boleh disalurkan kepada beliau melalui Akaun Maybank bernombor151258620005 atas nama Puteri Nur Iman Qasrina Binti Mohammad Shafiq.

6. Segala jasa baik dan perhatian yang diberikan mudah-mudahan akan mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

……………………………………..

Ibu : Nur Khairiyah Binti Ahmad

H/p : 016-7322757

Aku kenal ibu ayah kepada Puteri Nur Iman Qasrina ini. Cukup baik orangnya. Kami pernah kerja bersama-sama sekitar tahun 2009 dahulu di Segamat. Kalau ada lebih, jom kita menderma…. Insya Allah, asalkan ikhlas.

p/s: semoga Ramadhan ini dapat melembutkan hati kita untuk menjadi seorang yang suka memberi…. amin ~

Biarlah seperti dulu….

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: July 22, 2011 online

Ada yang rasa kurang selesa bila blog ini mula memasukkan cerita politik sebagai salah satu hidangan kepada pembacanya. Juga ada yang rasa tidak menjadi satu keseronokan bila blog yang dulunya penuh dengan satira blogging kini sudah berbaur politik.

Sebenarnya blog ini adalah blog general… cuma bila cerita yang sedang panas menggelegak sekarang menyentuh sentimen blogging pembaca setia blog ini, maka dengan rasminya rohaizad dot com akan memansuhkan (delete) cerita politik… starting now.

Mengapa?
Sebab kalau diberi 2 pilihan antara cerita politik dan pembaca setia blog ini, aku tetap akan PILIH pembaca blog ini. Haaaaaaaa… serious, I love you guys.

p/s: baru nak post pasal isu pembelian cincin Rosmah yang berharga berpuluh juta tu… sungguh meragukan bila dikatanya pakai duit simpanan… huhu

p/s/s: nantikan satu entri bersiri bertajuk “zaman aku kecil dulu”…. terbaekk punya!

Astro… oh Astro….

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: July 2, 2011 online

Aku terjumpa ni di Facebook dan juga di internet… any komen?

KABINET pada hari ini memutuskan stesen televisyen berbayar Astro tidak boleh menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Kabinet, yang membincangkan isu itu pada mesyuaratnya, berpendapat Astro tidak wajar menaikkan sebarang tarif berkaitan perkhidmatan mereka.

p/s: Astro untuk beratus juta… takkanlah nak naikkan harga lagi kot… ceehhhhh!!

Komen-komen menarik mengenai perhimpunan 9hb Julai nanti… haha

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: June 29, 2011 online

Kadang-kadang kita ni blogger, hiburan kita tidaklah seindah mana. Tapi bila kita jadikan blogger lain dan pembaca kita sebagai kawan, maka kita akan happy dengan apa yang mereka tulis.

Sama juga bila kita ajak pembaca kita untuk mengambil bahagian dalam entri yang kita terbitkan. Sumpah… aku makin seronok dengan perangai pembaca dan pengunjung blog ni. Tak tipu punya……. pun ~

Kita memang takkan dapat agak apa yang mereka kata. Sebab masing-masing ada pandangan sinis yang mereka sendiri tahu. Bahagian yang paling menarik sekali bila pembaca kita betul-betul sporting dan selamba je tulis apa yang terlintas dalam kotak fikiran mereka.

Dan sebagai rekod, ada di antara komen yang di hantar untuk entri 11 sebab mengapa aku tidak perlu pergi ke perhimpunan 9hb Julai 2011 telah berjaya membuatkan aku tersengih, tersenyum simpul dan juga ketawa sorang-sorang… wakaka.

So di bawah ini adalah antara komen terbaik yang aku pilih (kalau tak masuk dalam list ni, jgn kecil hati ya… kalian semua adalah “pemenang”… haha):
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Sekarang tiap-tiap malam berita pasal perhimpunan BERSIH ini keluar di tv. Sampaikan sebelum berita tu bermula, aku dah boleh agak berita mana yang akan dibaca dulu.

Hurmm..
Sebelum aku teruskan, aku nak mention satu perkara dulu. Perkara ini perlu aku highlightkan sebab aku tak nak mana-mana wakil dari mana-mana parti menulis komen dalam keadaan yang extreme tak tentu pasal.

Aku cerita pasal aku, bukan pasal kumpulan yang akan berarak pada 9hb Julai ini. So bacalah dengan keadaan yang santai dan logik. Kalau nak lebih matang, baca dalam keadaan yang lebih rasional. Sebab apa yang kita buat hari ini, akan turut mempengaruhi minda anak-anak di masa akan datang.

Di bawah ini adalah 10 sebab mengapa aku rasakan TIDAK PERLU untuk turut sama berarak ke perhimpunan BERSIH yang turut mendapat reaksi dari PERKASA dan PATRIOT 9hb Julai ini:
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Jika benar bagai di kata, ini baru pembaziran namanya!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh diterbitkan: June 15, 2011 online

Benda FREE tapi kos yang terlibat ialah RM1.8 juta untuk buat FANPAGE kat Facebook!!!

Tak kiralah siapa kerajaan yang memerintah, UMNO ke, PAS ke, DAP ke, PKR ke… tapi kalau betul semua ini, aku cuma nak satu je:

*SILA SERET MEREKA YANG MENIPU ini ke MUKA PENGADILAN… dan TAMPILKAN DIRI orang yang pandai belaka tu semua serta mintak mereka ni tunjukkan semua KOS yang TERLIBAT! Ini FREE social site laaa… mana ada kos nak maintain server, sistem dan yang mengarut tu semua… haddoiii

Apa kejadahnya sampai RM1.8 juta????

p/s: ada cara tak untuk paparkan artikel aku ni kat berita perdana? aku nak seluruh rakyat Malaysia tau… geram betullah….

← Catatan sebelumnya