
Sound direct?
Iya…. takde nak corner sana-corner sini lagi dah….!
Hurm… dah lama tidak luahkan perasaan dalam blog sendiri. Hari ini aku nak luahkan perasaan ini sebab aku rasa terpanggil untuk meluahkannya. Nothing is relate with a politic okay… kalau PAS, PKR, DAP buat perkara ni pun, aku akan tetap tibai dan akan terus bersuara.
*********************
Saya tidak perlukan email 1 Malaysia kerana banyak sebab. Dan saya pasti sebab saya terlalu banyak. Walaubagaimanapun, saya hanya akan senaraikan 5 sahaja sebab yang membuatkan saya tidak memerlukannya.
1. Saya dah ada email sendiri. Saya mempunyai lebih dari 50 akaun email gMail dan satu email Yahoo. Itu belum lagi di campur dengan email dot com sendiri (seperti contact@rohaizad.com). Phewww….
2. Saya rasa membazir sahaja wang rakyat sebanyak lima puluh juta ringgit (saya akan tulis mengikut angka sebenar = RM 50,000,000.00) itu di gunapakai untuk sesetengah golongan sahaja. Iya… orang tua di kampung-kampung bukannya pakai email pun.
3. Baru menang pilihanraya kan?
Saya rasa baik duit itu diberi kepada orang-orang tua yang hidup di luar bandar. Naiktaraf kehidupan rakyat luar bandar di luar sana. Sekolah-sekolah… anak peneroka yang terpaksa ikut hutan untuk menuntut ilmu. Ini tidak…. bila ada duit, lain pulak yang di labur.. nanti bila projek kampung terbengkalai, saya takut alasan yang stereotype di pakai lagi… “budget tak cukup”.
4. Saya tak nampak relevannya syarikat yang tak berapa kukuh untuk handle sistem email ini. Even Google dan Yahoo yang dah gah itu pun bagai nak rak jaga sistem email masing-masing dari di cerobohi. Bukan tidak yakin dengan syarikat tempatan, tapi saya rasa baik tak payahlah.
5. Saya tidak nampak relevannya projek ini. Itu keinginan…………… bukan keperluan rakyat !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
p/s: ayuh, join kempen ini…. siapa yang sedang baca entri ini, mereka automatik telah di tag… buatlah 5 sebab di blog masing-masing dan jelaskan mengapa kalian tidak memerlukan email 1Malaysia dengan dana RM 50,000,000.00 itu!
p/s/s: latest update.. di sini !!