BuluhMas diarah tidak ambil ahli baru - mengapa?
- Penulis: rohaizad - Kategori: Berita - Tarikh disiarkan: October 14, 2008 online
| Abu Bakar berkata, langkah itu bertujuan mengemaskinikan akaun syarikat bagi memudahkan BNM menyiasat syarikat itu yang didakwa melanggar Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang melarang individu menerima dan mengambil deposit tanpa lesen. “Dalam tempoh tiga bulan ini, kita menghentikan operasi membayar upah dan pengambilan ahli baru sehingga siasatan selesai manakala operasi lain berjalan seperti biasa. “Kita berharap siasatan dapat diselesaikan lebih awal kerana banyak pemilik syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) bergantung kepada BuluhMas,” katanya ketika ditemui di luar Ibu Pejabat BuluhMas di Taman Raden Jaya di sini hari ini. |
Ermmm… cuba baca balik artikel penuh mengenai berita terbaru BuluhMas ni sebab aku rasa ada sesuatu yang menarik perhatian.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, pihak Bank Negara Malaysia tidak akan menghentikan perniagaan BuluhMas Mart dan apa yang akan dibuat sekarang oleh Bank Negara Malaysia sekarang ini hanyalah untuk menyiasat aktiviti kemaskini akaun syarikat.
Satu perkembangan yang agak mengejut sebab aku mati-mati ingat yang BuluhMas akan terus di”banned” dan lebur. Dan banyak-banyak cerita yang terkeluar di suratkhabar Utusan hari ini, takde plak diceritakan mengenai 3 lagi syarikat lain iaitu Jazmeen, Noradz dan Eastana. Apalah agaknya yang terjadi pada mereka-mereka itu semua?
Apa-apapun, kita tunggulah cerita selanjutnya. Dan aku ada satu simpulan bahasa yang aku jumpa di internet tadi:
Apabila si manja “gigit jari”, “gigit telunjuk” dan “hisap jari”, dia tidak memasukkan apa-apa ke dalam mulutnya kerana dia sebenarnya kecewa tidak mendapat gula-gula.
*** Aku semacam merasakan bahawa akan ada perkara sebaliknya yang akan terjadi. Jeng…jeng…jeng…










