Teka-teki… mau join?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging - Tarikh diterbitkan: July 20, 2011 online


(klik untuk imej yang lebih besar)

Seperti biasa, aku dapat satu lagi email dari advertiser lepas solat Maghrib tadi…. alhamdulillah. Ini adalah satu bentuk pengiklanan direct contact yang amat disukai oleh blogger-blogger.

Selalunya email yang datang macam ni membawa kelebihan bagi pihak blogger kerana mereka ini umpama orang yang terdesak ataupun “desperate” untuk meletakkan iklannya di blog kita. Bukan disebabkan blog kita ini hebat, tapi ini masalah dia sudah “berkenan”.

Orang kata kalau kita dah berkenan ngan seseorang, orang tu tak mandi pun kita cakap wangi… lebih kurang cam gitulah dengan kes ini. Tang mana yang dia berkenan mengenai blog kita tu, hanya dia sahaja yang tahu. Dipendekkan cerita, dia dah berminat dengan blog kita… so kita terima sahajalah. Rezeki….

Dalam email ini, dia ada mintak aku untuk propose harga untuk banner yang dia mahukan. Terdapat beberapa saiz banner yang dia nak iaitu:
160×600
240×400
300×250
336×280
728×90
468×60

Menariknya, advertiser ni sanggup nak bayar on a monthly basis. So kalau ada sesiapa pembaca blog ini yang nak mencuba teka-teki untuk jumlah bayaran bulanan bagi setiap saiz banner tu, bolehlah letakkan di dalam ruangan komen ya…

HINT:
Blog yang advertiser tu berkenan cuma mempunyai pagerank 1 sahaja… heh

Buat duit dengan Blogrolled

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Buat duit - Tarikh diterbitkan: July 19, 2011 online

Program ini lebih kurang sama dengan program yang lain. Walaupun program ini memang simple and senang giler untuk dihandle, tapi banyak juga saingan dari blog-blog yang ada. Dan jika blog kita ada Pagerank (PR), lagi bagus. Apa yang perlu kita lakukan ialah cuma perlu daftar, then submit blog yang kita ada.

Lepas kita submit blog, tunggulah approval dari mereka. Sebarang request dari advertiser akan diberitahu melalui email. Bila dapat email dari mereka, cepat-cepatlah terima dan letakkan link yang diminta. Then tunggu payment di akhir bulan nanti.

Seperti biasa, blog kita mestilah berbahasa Inggeris sebab pengiklan pun di kalangan mereka yang duduk kat barat sana. Buat apa mereka nak layan blog Melayu sebab tu semua tak masuk pun dalam target list mereka…. so kenalah faham industri yang ada ni.

Apa pun, tak salah kalau kita mencubakan?
Aku pun mencuba jugak… dan semalam ada satu email yang dihantar oleh pihak Blogrolled. Beginilah contoh email yang akan diterima bila blog kita mendapat request dari advertiser:


(klik untuk besarkan imej)

Good luck geng… adioosss!

Cantik nombornya….

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Internet - Tarikh diterbitkan: July 17, 2011 online

Blog ini pernah mencecah ranking Alexa pada kitaran 80,000 tahun lepas. Kemudian merosot ke 110,000 – 120,000 akibat dari kurangnya entri panas.

Tapi hey.. berblogging bukan pasal Alexa, tapi dah memang suka berblogging… nak buek camno kan? Apa pun, tak mustahil untuk mendapat ranking itu semula pada bulan Ramadhan ini… heh heh

Buat duit dengan TNX – nampak semakin okay?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Buat duit - Tarikh diterbitkan: July 16, 2011 online

Dalam perniagaan, persaingan memang ada. Ada kalanya, persaingan diwujudkan untuk mengawal pasaran dan juga untuk memberikan kelegaan pada pelanggan.

Dalam dunia blogging, blogger juga boleh menjadi pelanggan secara tidak langsung. Cuma bezanya blogger dalam dunia blogging tidak akan menjadi pelanggan yang membeli, tetapi menjadi agen pemasaran untuk mengaut keuntungan di antara dua belah pihak. Orang tengah….

Dulu, program menjual link ini memang mendapat sambutan. Dengan hanya satu company yang “conquer” market iaitu Text Link Ads, pastinya blogger mendapat lebih banyak peluang untuk mengaut keuntungan.

Aku tak dapat nafikan sampai ke hari ini, program Text Link Ads adalah satu-satunya program BUAT DUIT DENGAN BLOG yang paling lumayan pernah aku sertai. Develop blog, kemudian develop pagerank. Bila blog dapat pagerank dan diterima dalam marketplace, maka dapatlah aku income dari mereka.

Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Aku agak sibuk kebelakangan ini. Bukan sibuk disebabkan apa, tapi sibuk untuk belajar mengenai WordPress. Biasalah, blogger cabuk macam aku ni memang banyak lagi kena belajar. Always….

Sebenarnya aku nak mencari plugin untuk WordPress. Plugin yang aku nak cari tu mesti ada fungsi “private post” di mana hanya orang yang tertentu je boleh baca. Disebabkan plugin yang semudah ini boleh memberikan client aku satu kelegaan yang besar untuk company diaorang, so aku memang terdesak sangat nak cari plugin tu.

Di pendekkan cerita, pencarian aku itu telah membawa aku ke satu forum di luar negara. Satu persatu aku belek dan dalam banyak-banyak thread yang ada kat forum tu, aku terpandang satu thread yang agak menarik. Thread tu memfokuskan tentang “mengapa perlu ada blog sekiranya kita privatekan post yang ada dalam blog tu?”

Hoho…
Giler kentang punya topik. Memang panjang berjela ahli dalam forum tu berbalas pendapat. So nak tak nak, panjang jugaklah pembacaan aku pasal topik tersebut.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Pop up dah hilang….

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging - Tarikh diterbitkan: July 3, 2011 online

Thanks… banyak-banyak pada semua pembaca yang telah memberikan komen. Yup, rasanya memang dari iklan YMAds sebab lepas iklan tu di buang… blog ini kembali normal.

Mana pulak datangnya?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging - Tarikh diterbitkan: July 3, 2011 online

Pelik laaa… sejak 2 hari lepas, aku perasan blog ini dah kena penyakit pop up. Mana datangnya pop up ni pun, aku tak tau…. misteri betul. Siapa lagi yang perasan?

Anyone?

Tips blogging – tak perlu ikut idola.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Tips - Tarikh diterbitkan: June 23, 2011 online

Seorang blogger yang tidak ketahuan cara menulis seringkali mempunyai masalah dalam mencari identitinya sendiri. Dalam dunia blogging, ini adalah salah satu dari konflik yang ramai orang sedar tetapi masih ramai yang tidak mampu untuk menghadapinya.

Mengikut pengalaman aku sendiri, boleh katakan hampir 70% dari blogger akan keliru dengan apa yang dia ingin sampaikan dalam blognya. Sehinggalah pada satu tahap, dia akan terjumpa dengan satu blog yang kena sangat dengan jiwanya.

Maksudnya di sini, ada sebuah blog yang telah benar-benar mengetuk pintu hatinya untuk selalu datang ke blog itu. Selalunya blog yang berjaya mengetuk hati pembaca adalah blog yang dapat menyentuh hati pembacanya.

Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Catatan baru →← Catatan sebelumnya