Ajinomoto pun buatlah….

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: February 1, 2012 online

Baru sekejap tadi jenguk ke dalam Sponsoreviews, nampak pulak job dari Ajinomoto.. tergelak jugak bila nampak… tapi jangan pandang ringan budget diaorang, $100.00 dollar tuhhhh…

p/s: company yang established macam tu pun guna pemasaran internet… inikan pula kita!

Jual points untuk dollar.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Buat duit - Tarikh diterbitkan: August 23, 2011 online


(klik untuk imej yang lebih besar)

TNX ni kalau dilonggokkan blog yang dah tak aktif ke dalam sistemnya, still lagi boleh bantu kita untuk jana pendapatan tambahan.

Esok akan transfer semua points ini ke Paypal. Dapatlah dalam USD40.00 (RM150)… alhamdulillah, boleh buat modal untuk servis kereta sebelum raya nanti.

Korek maklumat lanjut di sini.

Job dari Contextual-Style.com lagi

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Buat duit - Tarikh diterbitkan: August 3, 2011 online

Baru bukak email pagi ni. Lepas bukak email, nampak satu email dari Contextual-Syle.com. Tersenyum je melihatkan email tu sebab dah tau ada job yang akan diberikan.

Nampaknya ada peningkatan job dari program ini. Bulan lepas pun dapat gak… dan diharapkan lepas ni, lebih banyak job yang akan masyuk, sebab raya pun dah nak dekat.

Kadang-kadang tu tertanya-tanya jugak apa sebenarnya kriteria yang dipandang oleh advertiser. Sebab bukan semua advertiser kita boleh detect needs mereka. Walau macam mana pun, semua peluang untuk buat duit melalui program-program seperti ini hanya boleh dikecapi once bila kita dah submit blog kita pada mereka.

Pendek kata, bila blog kita ada dalam sistem database marketplace mereka, barulah ada peluang untuk memburu job. So sekarang soalannya, dah submit blog ke belum?

Syarat utama mesti blog English… tak kisahlah blogspot ke… apa ke… janji update dan bukan blog spam.

Buat duit dengan Blogrolled

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Buat duit - Tarikh diterbitkan: July 19, 2011 online

Program ini lebih kurang sama dengan program yang lain. Walaupun program ini memang simple and senang giler untuk dihandle, tapi banyak juga saingan dari blog-blog yang ada. Dan jika blog kita ada Pagerank (PR), lagi bagus. Apa yang perlu kita lakukan ialah cuma perlu daftar, then submit blog yang kita ada.

Lepas kita submit blog, tunggulah approval dari mereka. Sebarang request dari advertiser akan diberitahu melalui email. Bila dapat email dari mereka, cepat-cepatlah terima dan letakkan link yang diminta. Then tunggu payment di akhir bulan nanti.

Seperti biasa, blog kita mestilah berbahasa Inggeris sebab pengiklan pun di kalangan mereka yang duduk kat barat sana. Buat apa mereka nak layan blog Melayu sebab tu semua tak masuk pun dalam target list mereka…. so kenalah faham industri yang ada ni.

Apa pun, tak salah kalau kita mencubakan?
Aku pun mencuba jugak… dan semalam ada satu email yang dihantar oleh pihak Blogrolled. Beginilah contoh email yang akan diterima bila blog kita mendapat request dari advertiser:


(klik untuk besarkan imej)

Good luck geng… adioosss!

Buat duit dengan TNX – nampak semakin okay?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Buat duit - Tarikh diterbitkan: July 16, 2011 online

Dalam perniagaan, persaingan memang ada. Ada kalanya, persaingan diwujudkan untuk mengawal pasaran dan juga untuk memberikan kelegaan pada pelanggan.

Dalam dunia blogging, blogger juga boleh menjadi pelanggan secara tidak langsung. Cuma bezanya blogger dalam dunia blogging tidak akan menjadi pelanggan yang membeli, tetapi menjadi agen pemasaran untuk mengaut keuntungan di antara dua belah pihak. Orang tengah….

Dulu, program menjual link ini memang mendapat sambutan. Dengan hanya satu company yang “conquer” market iaitu Text Link Ads, pastinya blogger mendapat lebih banyak peluang untuk mengaut keuntungan.

Aku tak dapat nafikan sampai ke hari ini, program Text Link Ads adalah satu-satunya program BUAT DUIT DENGAN BLOG yang paling lumayan pernah aku sertai. Develop blog, kemudian develop pagerank. Bila blog dapat pagerank dan diterima dalam marketplace, maka dapatlah aku income dari mereka.

Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Buat duit dengan Amazon!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh diterbitkan: June 30, 2011 online

Orang kata tak kenal maka tak cinta. Begitu juga dengan hubungan kita sesama blogger. Tapi janganlah pulak bila dah kenal kita kena jugak bercinta… heh.

Okay, semalam aku ada buat satu entri mengenai pendapat dan komen pembaca blog ini mengenai isu semasa. Secara keseluruhannya, aku boleh katakan memang pembaca blog ini unik… lain dari yang lain.

Tak kisahlah siapa mereka, atau apa pun latarbelakang mereka… bila dah duduk dalam ruangan komen, rasa macam dah kenal lama… haha (tak kenal , maka tak cinta).

Sememangnya blog memang boleh merapatkan ukhwah. Maknanya kalau ada yang nak kenal satu sama lain pun, tak menjadi masalah. Tapi percaya atau tidak, blog juga boleh memberikan kita satu peluang untuk mengintai peluang… yezzaaa!

Hari ini aku nak kongsikan satu cerita menarik. Ini bukan lawak atau cerita dongeng… ini betul-betul.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Mencari pendapatan tambahan

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku, Buat duit - Tarikh diterbitkan: June 27, 2011 online

Orang tua-tua selalu berkata “kalau duit tu senang kita dapat, maka senanglah juga duit tu keluar… tapi kalau duit tu memerlukan kita membanting tulang, makan akan terasa sangat duit yang keluar tu, walaupun seringgit”.

Memang ini adalah pepatah yang aku selalu bawak ke mana-mana. Pepatah ini kalau di perhatikan maksudnya secara dalam, akan wujud satu perasaan “sedar diri”. Maksudnya, kita harus beringat sebelum terkena.

Menjadi seorang manusia yang tidak mahu menyusahkan orang lain adalah satu perkara yang aku selalu idamkan. Biarlah orang hanya kenal kita dengan riak muka tersenyum riang, dalam masa yang sama orang luar seperti rakan-rakan tidak tahu masalah yang kita hadapi.

Lagipun, ia sungguh relevan dengan ayat klise yang kita selalu dengar “kalau kita susah, bukan orang lain yang akan datang tolong kita… kita yang kena tanggung sendiri”. Lebih baik kita hidup dengan cara yang kita sendiri boleh blend di dalamnya.

Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Buat duit dengan Contextual-Style.com

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Buat duit - Tarikh diterbitkan: June 13, 2011 online

Lama giler tak dapat job dari Contextual-Style.com. Bukan di reject dari program ini tapi program ini dia lain sedikit. Kalau dia nak bagi job, dia bagi…. kalau dia tak nak bagi job, pun ikut suka hati.

Selalunya program sebegini bergantung pada sales team mereka sendiri. Kalau promosi yang dibuat itu bagus dan dapat menarik perhatian pengiklan, maka adalah job untuk bloggers. Kalau sebaliknya, itu yang menjadikan blogger seperti kita lesu dan tak boleh buat apa-apa. Haha….

Baca selanjutnya… sila klik di sini!

← Catatan sebelumnya