Setiap blogger biasanya akan mempunyai hubungan dan “skandal” yang rapat dengan domain. Jika ada orang mengatakan yang domain itu tidak penting, maka dia bukanlah blogger yang tegar.
Setiap domain yang dibeli berpotensi untuk menjadi satu aset yang sungguh bernilai. Malah lebih bernilai dari aset hartanah. Walaubagaimanapun, apabila kita membeli sesuatu domain… tidak bermakna kita harus menggunakan domain tersebut. Menyimpannya pun tidak mengapa kerana domain yang bagus sentiasa ada demand di pasaran.
Yang seronoknya dengan potensi domain ini ialah kos yang di perlukan terlalu murah berbanding nilai jualannya. Sebab itulah jika ada mana-mana pihak yang ingin menjual domain pada kadar harga yang murah, kita haruslah mengambil peluang untuk membelinya.
Bukan setakat orang perseorangan, malahan offer dari Godaddy juga tidak harus dilepaskan. Sebenarnya blog ini juga selalu berkongsi tawaran dari Godaddy sebelum ini. Antaranya ialah: Baca selanjutnya… sila klik di sini!
Esok adalah permulaan bagi bulan yang terakhir untuk tahun 2009. Bermakna 1hb Disember esok akan menghitung kesemua hari dalam setahun ini kerana tinggal hanya lebih kurang 31 hari sahaja lagi untuk menyambut tahun baru 2010 (Masihi).
Jadi bersempena dengan tahun baru dan juga Hari Raya Aidil Adha ini, blog rohaizad dot com ingin menganjurkan satu contest atau peraduan untuk semua blogger, IM dan juga semua rakyat Malaysia amnya. Menariknya, peraduan ini merupakan satu peraduan yang JULUNG kalinya di adakan!
Hadiah untuk pemenang bagi peraduan ini amat menarik kerana 3 PEMENANG pertama akan mendapat SATU DOMAIN dan SATU AKAUN HOSTING PERCUMA setiap seorang. Di bawah adalah butir-butir untuk bakal pemenang: Baca selanjutnya… sila klik di sini!
En Rohaizad, apakah pendapat encik mengenai program GDI?
Mengapa En Rohaizad tidak membuat program GDI?
Saya lihat program GDI semakin mendapat sambutan….“
Sebenarnya program ini dah lama dah. Cuma di Malaysia sahaja baru panas. Tapi takperlah, sekarang giliran En Rohaizad pula ingin bertanya:
Kalau En Rohaizad ingin menubuhkan satu group baru GDI di Malaysia, adakah ianya akan mendapat sambutan?
Jika benar, En Rohaizad hanya memilih 10 orang sahaja untuk GROUP PERTAMA`nya. Selepas group pertama ini dibangunkan dengan sukses, barulah 10 orang kedua akan di bentuk (group ke-2). Group by group.
Kesimpulannya, ada sesiapa di sini yang sudi untuk duduk di bawah group Rohaizad?
Jawapannya ada di dalam kotak komen di bawah. Dipersilakan….
Ini adalah teknik terbaru Scammer Laknatullah yang berjaya menerobos ke kotak email aku semalam.
Dalam email tersebut, terdapat satu perkara yang membuatkan aku dan mungkin juga orang lain hilang BERIBU DOLLAR USD dalam masa seminit sahaja.
Yang menariknya mengenai penipuan/scam ini ialah TEKNIK SERAMPANG DUA MATA yang digunakannya.
Aku sendiri hampir tidak perasan kerana scammer ini telah meletakkan link “billing@godaddy.com” dibahagian atas email tersebut. Kebetulan, aku baru sahaja membeli 4 lagi domain sebelum itu.
Email scam ini agak lain dengan email scam yang pernah aku terima sebelum ini. Kalau sebelum ini sekali imbas je dah tahu itu adalah scam email tetapi kali ini, it’s too goo to be true.
Tiada apa yang perlu aku syaki kerana emailnya sungguh cool untuk di baca. Siap ada transaction details lagi.. ahahahah. Tak percaya, sila lihat di screenshot di bawah: Baca selanjutnya… sila klik di sini!
Siapa tahu, mungkin ini adalah promo code yang terakhir dari Godaddy untuk tahun 2009`kan? Tapi untuk penjimatan, ada baiknya kalau kita membelinya kerana harganya masih lagi murah berbanding harga biasa.
Setelah bangun subuh pagi tadi, aku telah mendapat satu lagi promo code pembelian domain di Godaddy.
Walaupun sebelum ini aku selalu memberikan info sebegini di dalam blog, tetapi kali ini aku telah mengambil keputusan untuk memberikannya secara eksklusif (PRIVATE) kepada semua subscribers dan peserta coaching sahaja (320 subscribers akan mendapat email ini).
Mengapa aku tidak menerbitkannya di dalam blog seperti biasa?
1. Ramai pembaca mengatakan mereka terlepas peluang untuk membeli domain murah ($1.99) kerana lambat membacanya di blog rohaizad dot com (sebab itulah aku terus menggunakan email).
2. Dalam usaha aku ingin menghantar email, tentulah aku memerlukan email ID. Jadi sesiapa yang subscribe blog ini adalah mereka yang sudah pasti bertuah kerana telah memberikan email mereka pada aku. Itulah untungnya menjadi subscriber blog rohaizad dot com.
3. Promosi sebegini selalunya berlangsung dalam beberapa jam atau mungkin hanya satu hari dan mungkin juga beberapa hari. Tiada siapa yang tahu. Aku sendiri pun tidak berani memberikan jaminan. Jadi, pemberitahuan melalui email adalah langkah yang paling pantas untuk menghebahkannya.
4. Mungkin ini adalah satu lagi cara untuk saya menghargai subscribers blog aku sendiri.
Promo code bagi promosi kali ini ialah *********. Dengan promo code ini, kamu layak untuk membeli sebarang domain DOT COM (dot com tuhhhh) pada harga $1.99 (dicampur dengan ICAAN fees = $2.19).
Untuk membelinya, Godaddy hanya membenarkan pembayaran melalui Credit Card. Jika tiada Credit Card, kamu bolehlah menggunakan DEBIT CARD. Aku sendiri membeli domain baru tadi dengan Al Rajhi Debit Card.
Jadi bagi mereka yang ingin mendapatkan tips dan promo items, silalah isikan email kamu di dalam kotak yang telah disediakan di bahagian kanan blog ini. Dan jika kamu memberikan email yang tidak wujud, maka itu sudah pasti di luar kemampuan aku juga.
Tapi bagi yang “baru” subscribe dan inginkan promo code ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
1. Selepas kamu subscribe, sila pergi ke ruangan Hubungi.
2. Di bawah perkara “Subscribe”, sila kirimkan email yang kamu gunakan untuk subscribe tadi supaya dapat aku hantar promo code ini. Aku tidak mahu kirimkan email yang sapa pada subscriber yang sebelumnya.
2. Aku akan kirimkan sebelum pukul 12.00 tengah hari (minta-mintak promo code ini bertahan sampai tengah hari -terpaksa keluar berjumpa client sebentar lagi).
Happy domaining!!!
p/s: Michael Jackson dan meninggal. Siapakah pengganti beliau? Adakah ini FOUNDER breakdance yang baru?
Farah Fawcett (trio Charlie Angels) juga dah meninggal… mesti gempar blog NICHE ENTERTAINMENT hari nih!!!!
Jam di laptop sudah menunjukkan pukul 1.25 minit pagi dan jika tidak kerana aku perasan mengenai promo code ini, mungkin USD15.00 aku sudahpun melayang. Ada yang mengatakan bahawa promo ataupun coupon code ini hanya sah di awal April 2009 dan ada juga kenyataan yang mengatakan promo code ini hanya laku untuk 5000 domain yang didaftar dalam bulan April ini sahaja.
Untuk rekod, aku juga ada mendengar mengenai offer $1.99 ini. Dan 2 hari lepas, aku juga ada membacanya di forum-forum yang mengatakan pembelian domain menggunakan promo code ini sudahpun tamat tempoh. Anehnya walaupun ramai yang mengatakan promo code ini sudah tidak boleh digunakan lagi, tetapi mungkin nasib menyebelahi aku kerana aku berjaya membeli domain www.techfile.org pada harga $2.19 sebentar tadi!
Jadi bagi mereka yang ingin mencuba, silalah memasukkan promo code 199DOMAIN ke dalam “Apply Code” kolum sebelum proses final checkout nanti. Happy blogging !!!
Tadi Taukey baru sahaja YM aku. Dia suruh aku check kat dashboard Adsense. Memang betul pendaftaran untuk program Adsense For Domains sudah dibuka untuk kita di Malaysia. Kalau ada masa, aku akan review sket nanti.
Tapi bagi mereka yang telah terlepas mengenai catatan Adsense For Domains dan ingin mencuba program ini, kamu bolehlah dapatkan panduan dan juga tip yang telah aku sediakan. PERCUMA !!