Godaddy $1.99 domain kembali lagi !!!!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Domain, Internet - Tarikh diterbitkan: April 27, 2009 online

199domain.JPG

Jam di laptop sudah menunjukkan pukul 1.25 minit pagi dan jika tidak kerana aku perasan mengenai promo code ini, mungkin USD15.00 aku sudahpun melayang. Ada yang mengatakan bahawa promo ataupun coupon code ini hanya sah di awal April 2009 dan ada juga kenyataan yang mengatakan promo code ini hanya laku untuk 5000 domain yang didaftar dalam bulan April ini sahaja.

Untuk rekod, aku juga ada mendengar mengenai offer $1.99 ini. Dan 2 hari lepas, aku juga ada membacanya di forum-forum yang mengatakan pembelian domain menggunakan promo code ini sudahpun tamat tempoh. Anehnya walaupun ramai yang mengatakan promo code ini sudah tidak boleh digunakan lagi, tetapi mungkin nasib menyebelahi aku kerana aku berjaya membeli domain www.techfile.org pada harga $2.19 sebentar tadi!

Jadi bagi mereka yang ingin mencuba, silalah memasukkan promo code 199DOMAIN ke dalam “Apply Code” kolum sebelum proses final checkout nanti. Happy blogging !!!

Adsense For Domains – pendaftaran untuk publisher Malaysia sudah dibuka!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit, Domain - Tarikh diterbitkan: February 18, 2009 online

Tadi Taukey baru sahaja YM aku. Dia suruh aku check kat dashboard Adsense. Memang betul pendaftaran untuk program Adsense For Domains sudah dibuka untuk kita di Malaysia. Kalau ada masa, aku akan review sket nanti.

Tapi bagi mereka yang telah terlepas mengenai catatan Adsense For Domains dan ingin mencuba program ini, kamu bolehlah dapatkan panduan dan juga tip yang telah aku sediakan. PERCUMA !!

1. Tips menambah pendapatan adsense melalui domain
2. Adsense For Domains – tips untuk membeli domain.

Thanks Taukey!

p/s: Tak sabarnya nak BUAT DUIT! Yeee haaaa….!!!!

Godaddy domain $0.99 kembali lagi !!!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Domain, Internet - Tarikh diterbitkan: February 17, 2009 online

godaddy_coupon_code.gifJam menunjukkan pukul 5.06 pagi (kenapalah mata aku tak ngantuk nihh…adehh) waktu Malaysia dan aku rasa catatan ini perlu diterbitkan walau apa kemungkinan sekalipun kerana aku tidak pasti sampai bilakah promosi ini akan dilanjutkan. Fuhhh… dasat giler ayat aku pagi-pagi buta ni.

Iya… Godaddy secara senyap-senyap telah releasekan satu lagi COUPON ataupun PROMO CODE untuk domain dot com yang BERHARGA $0.99!!!

Jika ada yang ingin mendapat penjimatan extreme, silalah beli domain impian kamu semua sekarang. Seperti yang aku kata tadi, aku pun tak tahu bila ianya akan berakhir.

Mungkin esok, lusa, tulat, hari ini ataupun mungkin sebentar sahaja lagi. Aku sudah pun membeli satu lagi domain pada kadar penjimatan extreme ini (tapi hanya untuk satu domain sahaja bagi setiap satu account yea :D ).

Mana yang ada lebih dari satu akaun di Godaddy tu, janganlah lepaskan peluang ini untuk beli domain banyak-banyak sikit. Saper nak promo code tu, sila request di ruangan komen. Jeng…jeng..jeng… !!

*** UPDATE!!
Promo code untuk domain ini telahpun diletakkan dalam kotak komen di bawah :D Takde gimik lagi dah… ekekekeke

Adsense For Domains – tips untuk membeli domain.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Domain, Tips - Tarikh diterbitkan: February 3, 2009 online

Seperti mana yang pernah aku ceritakan dalam catatan “Tips menambah pendapatan adsense melalui domain“, aku rasa masanya sudah tiba untuk aku mengotakan janji itu setelah sekian lama tertunda dan sengaja ditunda.

Sebenarnya ramai yang merasakan bahawa Adsense For Domains ini adalah satu program yang baru. Bagi aku, fakta ini ada juga benarnya kerana jika dipandang pada satu segi, belum banyak lagi cerita mengenai kejayaan Adsense For Domains yang kita dengar sehingga ke hari ini, betulkan? Malahan ramai juga yang kata Adsense For Domains ini sesuatu yang kekok bagi mereka.

Tapi itu semua telahan kita sahaja. Hakikatnya, AFD (Adsense For Domains) adalah satu perkara yang sudah lama tetapi ianya terhad dan terbatas kepada publisher yang tertentu dengan jumlah traffik yang tertentu dan juga pada kebolehan domain yang tertentu. Dari sinilah Google membuat keputusan untuk membesarkan dan mengkomersialkan lagi program AFD ini.

Dan kita sebagai seorang publisher adsense, apa yang perlu kita tahu dan apa yang boleh kita lakukan?
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

YP.com dijual kepada Yellow Pages dengan harga USD3,850,000.00.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita, Domain, Internet - Tarikh diterbitkan: December 31, 2008 online

yp.JPG

YP.com domain telah dijual kepada Yellow Pages dengan harga yang sungguh seronok untuk dikongsi bersama. Inilah yang dikatakan “end user” yang sebenar. Bermakna selepas ini YP.com tidak akan didagangkan lagi di dalam dunia domaining. Tiada lagi istilah reseller price untuk domain YP.com ini.

Walaupun domain ini sudah lama didagangkan pada peringkat reseller price, tetapi kali ini jerat dan umpan yang dikenakan benar-benar mengena. Huruf YP sememangnya sungguh sinonim ddengan nama “Yellow Pages”. Tiada satu huruf pun di dunia ini yang sesuai melainkan YP.

Mari kita baca laporan penuh mengenai pembelian domain ini:
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

2009 Godaddy Promo Code and Coupon List.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Domain, Internet - Tarikh diterbitkan: December 27, 2008 online

Aku dapat promo code ini dari seorang member di DP. Bagi mereka yang inginkan tawaran berbaloi untuk domain baru masing-masing, bolehlah gunakan promo code di bawah:

*****************************************
DIJAMIN BERBALOI UNTUK WANG ANDA!
*****************************************

ZINE1 for 10% off.
ZINE2 for $5 off any $30+ purchase.
ZINE25 for $25 off any purchase of $100.
ZINE3 for $7.49 .com domains.
MTECH1 to get 10% off anything.
MTECH2 to get 20% discount when you spend 50 dollars or more.
MTECH330 to get 30% off .com domain names.

******************************************
ATAU BOLEH GUNAKAN YANG INI JUGA!
******************************************
OYH3 – $3 off / $6.95 any .COM (renewals too).
BTPS7 – 20% any order of $50 or more.
BTPS255 – 25% off any order of $100 or more.
OYH1 – 10% off whatever.
OYH2 – $5 off a $30 purchase.
BTPS50 – 50% off .co.uk domains.
BTPS4 – 10% off anything.
chill1 – 10% off.
chill2 – $5 off $30.
chill3 – $6.95 .coms.
hash1 – 10% off.
hash2 – $5 off $30.
hash3 – $6.95 .com registration.
gdd1101c – 10% off any order of $40 or more.
RRTV1 – 10% off whole order.
RRTV2 – $5 off orders of $30 or more.
RRTV3 – Get your domain for one year for only $6.95.
best1 = 10% off any order.
best2 = $5 off orders $30+.
best3 = $7.49 .COM domains and renewals.

Opsss… ada lagi.
Promo code: gdp1227c. Ini adalah untuk dot info discount sahaja. 30% off on .info domains renewal which means $6.99 only. Kupon dot info ini akan tamat pada January 14, 2009.

Tips untuk menambah pendapatan adsense melalui domain.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit, Domain - Tarikh diterbitkan: December 18, 2008 online

adsensefordomain.jpgIngin menambah pendapatan?
Ingin melihat peningkatan adsense anda?
Atau ingin mencuba sesuatu yang baru?

Ini adalah satu lagi cara baru yang akan diperkenalkan oleh Google di mana semua pengguna internet akan mendapat faedah daripadanya.

Nama program yang akan diperkenalkan oleh Google ini adalah Adsense For Domain. Kaedah ataupun cara ini sebenarnya telah lama dipraktikkan oleh banyak Registrar Domain Company (iCANN licensed) termasuklah big boys seperti Sedo, WhyPark, Parked.com dan Godaddy.

Kamu juga boleh mendapat manfaatnya terutamanya jika kamu mempunyai banyak domain (seperti aku 200 domain). Senang cerita, bagi sesiapa yang mempunyai domain yang banyak, peluang pasti akan terhidang di hadapan mata. Tapi itu tidak aku merekomen sesiapa di sini untuk membeli domain yang banyak selepas ini kerana memilih dan membeli domain juga ada “seni”`yang tersendiri.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Jualan Penghujung Tahun Domain dot info di rohaizad dot com.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Domain, Internet - Tarikh diterbitkan: December 13, 2008 online

Semalaman aku sibuk mengemaskinikan domain portfolio aku bagi tahun 2008 ini. Dalam usaha untuk memudahkan aku menyediakan portfolio tahun 2009 yang akan datang, aku berhasrat untuk menjual sebahagian dari domain-domain yang aku rasakan boleh dijual.

mydomain-logo.gif Mengapa domain-domain ini hendak dijual?
Seperti yang aku katakan di atas, proses pengemaskinian domain portfolio aku sedang dilakukan. Tambahan lagi, domain ini akan expire pada pertengahan Januari 2009. Jadi jika kamu rasa domain ini boleh dipelbagaikan dan boleh dibuat keuntungan daripadanya, maka rebutlah peluang ini kerana ianya akan dilelong pada harga yang rendah.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Catatan baru →← Catatan sebelumnya