Haddoii…..

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Hiburan, Video - Tarikh diterbitkan: April 17, 2011 online

Video ni tak lama mana pun. Bukannya setengah jam, apa lagi satu jam. Tapi nak tunggu video ni tamat (tak sampai 3 minit), rasa lama giler.

Sakit jantung… menekan-nekan dibuatnya bila tengok orang yang joget dalam video ni. Azab rasa hati ni bila orang yang macam pro nak menari, tapi last-last dia sendiri macam menderita…. haha

p/s; just another lite funny video entry for the weekend… enjoy ya! :)

Ce citer…. ce citer!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Hiburan - Tarikh diterbitkan: March 10, 2011 online

Aku tengok kebelakangan ini, makin banyak kes cerai-berai yang pada aku menyampah untuk di baca kat dada-dada akhbar. Kes cerai-berai ni dah macam kes banjir, kemarau, kebakaran, accident dan juga kedai VCD kena serbu dengan pihak penguatkuasa. Mudah dan senang untuk dijadikan bahan cerita.

Paling terbaru aku baca kes isteri Jimmy Shanley yang di katakan nusyuz (tak mendengar kata/derhaka). Aku bukan nak kata, tapi kalau aku jadi Jimmy… tak kuar paper pun takperlah.

Itu belum kes yang perkahwinan masuk majalah, 7 hari 7 malam… paling grand, bila kuar TV3 dalam rancangan Nona. Tapi ending dia, cerai juga.

Yang menyampahnya bila aku baca cerita macam ni ialah masa bab tuding-menuding. Satu Malaya tau… adehh. Pada aku, diaorang ni janganlah ikut rentak media… media memanglah suka gilerssss dengan cerita macam ni. Lagi power cerita dalam kain orang, lagilah laku macam goreng pisang panas.

Yang si lelaki hentam si perempuan, yang si perempuan hentam si lelaki… lepas tu report kat rancangan yang aku benci kat TV* tu ******, kasi panas lagi cerita. Dulu masa suka, bukan main lagi.

Perempuan tu kata lelaki tu haram tak guna. Kalau dah di katanya lelaki tu tak guna, then dah tentu-tentulah dia tu awek kepada lelaki yang tak berguna…. kan? So mana pergi maruah diri? Letak kat tumit kaki ke?

Kalau dah macam tu gayanya, cabut… blah je, tinggalkan lelaki tu. Ini dipukulnya gong… panggil wartawan, kasi meletup kisah cinta yang tak kesampaian. Kalau dah tak tau salah siapa, Allah kan ada… mengadu terus!

p/s: sebab tulah aku tak suka cerita pasal hiburan, artis dan selebriti nih… takut dapat “saham”…

Ini baru betul Monday Blues…

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Hiburan - Tarikh diterbitkan: August 23, 2010 online

Minggu ini lagu raya mungkin akan mula ke udara di corong-corong radio. So nikmat berpuasa semakin best dan seronok. Semalam pula masa pergi ke Plaza Pelangi untuk shoot gambar Fashion Show Hari Raya organized by JB Cosmowealth Modelling, aura hari raya tu dah meluap-luap.

Sebenarnya ada 2 tempat yang buat Fashion Show Hari Raya semalam, satu di Plaza Angsana dan satu lagi di Plaza Pelangi. Tapi oleh kerana ada member di Plaza Pelangi (Zamri Zain) dan kebetulan dah lama giler tak pergi Plaza Pelangi, so hati ni pun terus ke sana.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Ini baru Monday blues…

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Hiburan - Tarikh diterbitkan: August 16, 2010 online


Nantikan sehingga player muncul

So long, it was so long ago,
But I’ve still got the blues for you…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1. Blues… blues juga… esok sebelum pukul 12.00 tengah hari, pastikan publishkan kisah kamu yang “terdesak” itu dan letakkan link entri kamu itu di bahagian komen pada entri ini.

2. Dugaan bulan puasa di Facebook agak menakutkan. Nak aje aku publishkan screenshot Inbox mengenai mesej wanita itu di blog ini. Gambar semua ada… valid. Aku tak kenal dia, tapi harapannya menggunung tinggi. Takut aku dibuatnya….

3. Semalam bakal abang ipar aku yang duk KL tu singgah ke rumah sebab ada kerja di JB. Siap berbuka dan solat jemaah Maghrib sekali dangan family aku. Nampak gaya makin sekepala aku dengan dia. Maybe ada JV dengan dia nanti… heh heh

4. Adik angkat aku sedang sakit nun jauh di sana. Kalau dia ada kat sebelah sekarang ni, boleh juga aku temankan dan dengar… rasa… kesakitan dia. Ya Tuhan.

5. Ingat nak buat majlis berbuka puasa beramai-ramai untuk area JB. Saper-saper pun boleh dan di persilakan hadir… (sedang survey tempat)

6. Doakan aku berjaya dalam misi bulan Ramadhan Al Mubarak ini yea. Amin…. :)

Monday Blues is coming again….

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Hiburan - Tarikh diterbitkan: August 9, 2010 online


(sila tunggu sehingga player di atas muncul)
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Lagu Cari Jodoh lagu ciplak?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Hiburan - Tarikh diterbitkan: June 25, 2010 online

waliband

Setiap kali blogger JB memenuhi konti radio internet FuhyooFM sebagai DJ (bidan terjun) sebelum ini, lagu ini kerap kali diperdengarkan atas permintaan ramai. Ini bukanlah gimmick tetapi memang lagu ini boleh dikira sebagai TOP 3 setiap kali segmen Permintaan Lagu di ke udarakan.

Sebagai seorang blogger yang pernah diberi peluang untuk menjadi anchor (DJ) di konti oleh pihak pengurusan FuhyooFM, pengalaman melihat sendiri permintaan untuk lagu ini seolah-olah satu kegilaan yang amat seronok untuk dirasai.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Tiz Zaqyah – cinta hati baruku.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Hiburan - Tarikh diterbitkan: December 28, 2009 online

Semalam seharian suntuk aku “rewang kendarat” di majlis perkahwinan jiran sebelah. Dalam kepenatan menjadi “orang dapur”, hati ini masih lagi kepingin untuk untuk meneruskan hobi blogging yang sudah sebati ini.

Aku boleh update blog ini mengenai apa sahaja. Aku boleh komen di blog orang lain supaya dapat tarik semula traffik ke entri aku yang terbaru itu nanti. Aku juga boleh menulis tentang niche blog ini yang semua sedia maklum. Atau paling tidak, aku boleh menulis mengenai Tiz Zaqyah!

Kenapa?
Tak percaya~~~?
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Cinta sejati seorang lelaki – pheeeewiiiiittt !

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Hiburan - Tarikh diterbitkan: October 29, 2009 online

Harap maklum dan SILA AMBIL PERHATIAN!

Kesemua lelaki-lelaki yang telah terlibat dalam perbincangan dan luahan rasa di bawah adalah mereka yang mempunyai nilai cinta yang sejati. Lelaki adalah pelindung wanita!!! Hahahahah!!
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

← Catatan sebelumnya