Pendapatan sampingan - itulah adsense!!!

Dulu masa mula-mula buat adsense, setakat melihat angka kosong ataupun “telur” kat account adsense aku tuh, memang standard-lah kan. Itu memang perkara biasa setiap kali aku membuka account adsense aku. Kadang-kadang tu tak sanggup rasanya nak melihat “telur” tu. Pernah jugak aku ketawa melihat nilai kosong. Pagi kosong, tengah hari kosong.. malam pun kosong!
Orang lain dapat beratus-ratus ringgit sebulan, aku jangankan ratus … nak dapat satu hari seposen pun Masya-Allah… azab sungguh!
Tapi aku bukan jenis cepat menyerah.
Selagi aku tak dapat sebab-musabab yang logik mengenai income adsense aku, aku akan terus mencari, menggali dan berkorban. Kini, setelah bertungkus lumus study tentang keyword dan jugak seo, ternyata pengorbanan itu tidak sia-sia. Malah, semakin tinggi semangat aku untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan sampingan di internet ini.
(more…)
Blogger jenis apa engkau ini? - review aku untuk Suhaimi Sulaiman.

Waktu aku sibuk menekan papan keyboard Dell ini, aku baru sahaja habis menonton satu rancangan talkshow dari blogger untuk blogger kelolaan Suhaimi Sulaiman di channel Awani Astro (30hb April 2008- 11.00 pagi). Sebenarnya, tajuk rancangan talkshow itu ialah Perspektif Kita, cuma aku yang tambah “dari blogger untuk blogger” sebab brader Suhaimi Sulaiman jugak seorang blogger (ayat aku sendiri).
Brader Suhaimi ni sebenarnya dah lama gak berblogging, sejak dari tahun 2005 lagi. Macam aku jugak. Tapi bezanya brader Suhaimi nie berblogging untuk life dia, aku plak blogging untuk life aku dan jugak life orang lain (bear with me, I will tell you later). So dalam episod kali ini, tajuknya memang menarik iaitu “Apabila rakyat lebih percayakan blog berbanding media arus perdana”. Fuhhh…. dasat beb. Aku suka dengan tajuk ni. Fact and figure.
(more…)
Berapakah income aku setakat 15hb April?
Hari Jumaat sebenarnya adalah hari yang paling aku suka.
Aku tak taulah kenapa tapi memang hari Jumaat selalu membuatkan aku rasa cool. Boleh dikatakan kalau hari Jumaat jer, tension aku jugak akan berkurangan. Stress pun hilang cenggitu jer… apalagi kalau kepala nie rasa letih semacam. Mungkin pasal nama bapak aku Jum’at kot.
Dan hari ini aku ingin berkongsi satu info yang agak peribadi. Aku harap info ini akan dapat membangkitkan semangat dan juga motivasi bagi semua blogger di Malaysia ini untuk lebih gigih dalam mencari rezeki yang halal di Internet.
Jadi inilah income aku dari 1hb April hingga 15hb April 2008.
(more…)
Naikkan PAGERANK blog baru anda- HADIAH HARI CUTI!

Woooiitt, hari ni adalah cuti umum untuk orang Johor!!
Jadi, aku ada hadiah untuk semua pengunjung blog rohaizad dot com. Bagi mereka yang baru sahaja set up blog atau pun site masing-masing, mungkin ini adalah satu bonus yang korang akan suka. Atau mungkin korang dah lama memblogging tapi masih tidak punyai pagerank, ini adalah masa yang paling sesuai untuk korang berbuat demikian.
Seperti yang kita ketahui, pagerank adalah satu lambang “keegoan internet” yang sentiasa diburu oleh kebanyakan pemilik web dan blog. Walaupun Pagerank itu tidak melambangkan apa-apa kepada sesetengah blogger mahupun webmaster, tetapi evolusi pengiklanan telah berjaya meletakkan pagerank ke satu level yang entah aku sendiri pun tak faham. Walaupun bunyinya agak sinis (sebab aku sendiri pun pun buat DUIT dengan “license to PR”), tetapi terus terang aku katakan traffic sebenarnya lebih penting.
(more…)
Evolusi COLI dan evolusi ADSENSE.

………………………………………………………………………………………..
Aku rasa terpanggil untuk mengulas perihal evolusi coli hari ini kerana ada sesuatu yang aku ingin kongsikan kepada korang semua. Untuk semua pembaca dan pengunjung setia blog rohaizad ini, pastikan korang dapat apa mesej yang aku nak sampaikan.
Buat pengetahuan korang semua, COLI telah banyak memberikan aku klik untuk adsense sejak 2-3 bulan lepas. Bukanlah aku nie gila seks ataupun suka melihat coli perempuan, tapi ada sesuatu yang menarik mengenai coli dan juga kuasa SEO. Mungkin korang pening dengan ayat aku nie tapi jangan takut, teruskanlah membaca kerana banyak lagi idea dan info yang korang boleh cungkil.
(more…)
