Aku respek betul dengan Menteri Penerangan yang baru, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Mungkin korang belum lagi familiar dengan nama ini, aku pun begitu jugak. Tapi apa yang ingin aku sampaikan adalah “sikap terbuka” beliau dalam memahami apakah itu dunia seorang BLOGGER dan juga KUASA yang ada pada seorang blogger.
Suratkhabar Kosmo bertarikh 22hb Mac hari ini benar-benar bersangkut paut dengan semua blogger khasnya blogger Malaysia. Dalam artikel itu, beliau secara terus terang menyebut tentang peranan media alternatif sebagai medium penyebar maklumat. Hakikatnya, beliau mengatakan yang PENDAPAT PENULIS BLOG TIDAK BOLEH DIKETEPIKAN. Aku dah lama nak cakap benda nie tapi “tak kuat” untuk menyuarakannya.
Korang masih ingat lagi kes BLOGGER GOBLOK(BODOH) yang telah menggemparkan dunia blogging Malaysia tahun lepas?
(Baca selanjutnya
…)





