Dulu dan sekarang - realiti dan bukti.
Amaran: Jika anda tidak mempunyai masa untuk membaca entri ini, harap simpan niat anda kerana ini adalah entri yang terpanjang sekali dalam sejarah penubuhan Rohaizad.com!!!

Pada saat aku menulis entri ini, aku baru sahaja pulang dari sembahyang Jumaat. Ayah aku sedang makan dan emak aku sedang duduk berehat. Entah macam mana terkeluar pula cerita tentang perniagaan lintah seperti yang aku ceritakan pada entri yang sebelumnya.
So sekali lagi aku sengaja minta pendapat emak dan ayah aku mengenai perniagaan lintah ini. Manalah taukan, hari Jumaat ni kan ker Sayyidul ‘ Ayyam… PENGHULU bagi segala hari. Dan feedback yang aku terima adalah seperti yang aku jangka. Respond yang aku dapat saling tak tumpah saperti restu. Jadi semangat untuk menjadi seorang usahawan lintah semakin berkobar-kobar dan yang pasti perniagaan ini tidak sekalipun menjejas kerja aku sekarang (usahawan internet).
Sebenarnya, situasi sebegini seringkali mengingatkan aku pada saat aku “jatuh dahulu”. Pada waktu itu aku berumur 26 tahun (2005) dan aku sendiri tertunggu-tunggu bilakah saat seperti sekarang ini (hari ini) begini akan muncul semula dalam hidup aku. Aku inginkan satu kejayaan dan aku ingin sangat mengecapinya sekali lagi (setelah jatuh-bangun beberapa kali). Kalau boleh, kejayaan kali ini biarlah untuk selamanya dan kejatuhan yang lepas biarlah yang terakhir.
(more…)
Rewang kerja kahwin - adat atau cara hidup?

Hari ini adalah hari Sabtu 24hb May 2008.
Hari ini adalah hari pertama cuti sekolah.
Hari ini adalah satu hari yang best bagi semua anak-anak di Malaysia ini.
Hari ini adalah hari di mana si ayah akan membawa pulang membawa isteri dan anak-anak mereka bertemu atuk, nenek dan juga opah mereka di kampung.
Hari ini juga adalah hari yang paling keramat bagi orang yang hendak kahwin esok!
Seperti biasa, kenduri kahwin adalah satu lagi lambang keseronokan hidup berteman. Hari yang dianggap sebagai hari pertabalan raja sehari ini sebenarnya adalah satu petanda penghujung kisah berteman mereka dan pada waktu yang sama, ia akan jadi hari pertama untuk mereka berkongsi hidup. Iya… berteman dan berkongsi hidup adalah 2 perkataan yang membawa yang amat berlainan. Bagi mereka yang akan berkahwin, harap mereka dapatlah memahami maksud dan konsep 2 perkataan ini. Jangan sesekali ada rahsia selepas berkahwin kerana itu adalah petanda bahawa tahap kepercayaan antara sesama engkau belum lagi cukup kuat.
Kenduri kahwin juga adalah satu majlis yang amat membawa erti kepada emak dan bapak pengantin. Bapak pengantin akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan semua keperluan di “hadapan” akan lengkap selengkapnya termasuklah team-team rewang. Walaupun bertindak seperti mandur, tapi bapak pengantin akan selalu dilayan dengan baik oleh team rewang. Order sahaja, pasti akan terlaksana. Kalau pada zaman aku dulu sampailah sekarang ini, bapak pengantin akan buat apa sahaja supaya jemputan yang datang berasa selesa. Malah, kalau perlu di “tolak hujan”, maka ilmu tolak hujan pun akan di “order”.
(more…)
Malam yang indah.

Entri ini tiada kena mengena dengan blogging tips, SEO, adsense mahupun internet marketing.
Apa yang akan aku tulis ini adalah satu rasa yang aku sendiri nak luahkan. Bukan bermakna aku jiwang (uwekkk
) tapi, sejantan mana pun seseorang lelaki itu, bila tiba satu ketika yang membuatkan fikirannya melayang terkenangkan kisah lalu hidupnya, alamat “ter - sentimental - lah” dia secara automatik tanpa disuruh.
Dan itulah yang berlaku pada aku sekarang ini (adehhh…12.27 tengah malam nih) dan kalau engkau nak rasakan apa yang aku rasa, aku harap engkau dapat mainkan sekali video ketika engkau membaca entri ini. Kalau boleh lagi, bacalah entri ini pada waktu malam yang sunyi. Iya.. aku maksudkan malam yang betul-betul sunyi dan mainkanlah lagu ini bersama. Ini kerana itu sahaja caranya bagi engkau untuk rasa apa yang aku rasakan. Aku gerenti “perasaan” itu akan datang.
(more…)
Lagu Untuk Ibu dan Ayah.

Tak banyak yang aku nak katakan untuk Hari Ibu esok. Cuma apa yang aku tau, aku hanya ada ada sorang ibu dan sorang ayah sahaja dalam dunia yang fana ini.
Lagu ini aku tujukan pada semua anak-anak di dunia ini terutamanya pada mereka yang rasanya belum puas berbakti pada ibu ayah masing-masing. Tapi sebelum aku paparkan music video untuk ibu dah ayah (bersempena Hari Ibu esok), elok rasanya bagi aku untuk berkongsi sedikit amalan yang masih lagi aku amalkan sehingga hari ini.
Baiklah, sementara ibu dan ayah korang masih lagi hidup, sayangilah ibu dan ayah korang. Oh yaaa.. lagi sekali aku tekankan, bukannya aku ingin berlagak tetapi aku MASIH LAGI AMALKAN 10 perkara di bawah terhadap ibu bapa aku:
(more…)
Kalaulah mimpi boleh di visualkan…

Sekarang jam tepat menunjukkan 12.00 tengah malam.
Aku masih lagi tersengguk-sengguk di depan meja komputer nie sambil tersenyum membalas email, gChat dan juga YM! yang bersepah di paparan skrin monitor aku. Kadang-kadang tu lain yang di taip, lain pulak orang yang menerima.
Bila tengah discuss pasal SEO dengan budak dari negara India, tak pasal-pasal member sekolah lama yang dapat…. sedang cerita pasal politik Malaysia, domain buyer aku yang kat Canada tu plak yang tercengang bila melihat nama Dr Mahathir ngan Pak Lah muncul kat YM dia… cerita pasal blogging, budak forum Digitalpoint plak yang terperanjat. Aku memberi, diaorang kenalah menerima…. kacau jiwa aku malam nie.
Program esok untuk temankan member aku ke Kota Tinggi pun aku terpaksa cancelkan. Alamat lusalah dapat temankan dia pergi nengokkan kolam baru ikan keli ngan lintah dia. Nasiblah ko Mizi…. adehh, kacau betul jiwa aku.
Kesemua 25 blog aku hari ni pun aku tak habis update. Separuh jer yang aku buat sebab takde mood langsung. Satu-satunya perkara yang aku buat dan menggembirakan hati aku hari ni ialah aku memotong rambut pada tahap G.I-2. Memang sah jiwa aku kacau !!!!
(more…)
