Sibukkah menjadi seorang pelajar IPT?

Haaah…!
Ini satu topik yang amat menarik perhatian aku semasa aku membaca surat khabar Kosmo tadi. Agak menarik juga untuk aku letak sebagai tajuk bagi entri kali ini. Mungkin ramai yang sudah baca artikel ini di dalam surat khabar Kosmo ini tapi buat pengetahuan korang, aku sedikit pun tak baca artikel berkenaan. Ya… aku tidak baca artikel berkenaan dan terus membelek ke muka surat yang seterusnya.
Kenapa?
Kerana aku rasa apa yang akan disampaikan dalam artikel itu mungkin sama dan mungkin juga tidak dengan apa yang aku rasai semasa aku menuntut di Melaka dahulu. Sememangnya semua pelajar IPT pernah merasai apakah itu kehidupan di IPT. Dan aku tak dapat nafikan saat yang paling indah dalam kehidupan aku adalah ketika menjadi seorang pelajar IPT. Terlalu banyak yang masih terkenang dalam fikiran walaupun sudah hampir 10 tahun aku meninggalkan dunia IPT. Kalau korang sekarang ini masih menuntut di IPT, percayalah… korang masih belum tahu betapa manisnya nikmat hidup di IPT. Lebih-lebih bila engkau hidup di luar kampus (rumah sewa).
(more…)