Ingin beriklan? Sila klik di sini

Semalam adik-adik kita telahpun mengambil keputusan SPM masing-masing. Ada yang gembira dan ada yang kecewa. Ibu bapa pula ada yang menangis sebab terlalu gembira, tapi ada juga ibu bapa yang berduka.

Hurmm… tidak kisahlah apa yang berlaku, kehidupan ini harus diteruskan. Lagipun, bukan boleh buat apa… benda dah berlaku.

Dik,
Dulu abang ada berkongsi mengenai kisah sewaktu menjadi pelajar SPM dalam blog ini. Dalam entri itu, semuanya berkisar kepada apa yang telah berlaku pada diri abang. Pendek kata cerita itu lebih menjurus kepada kegagalan dan kealpaan.

Dik,
Dulu abang tidak pernah mempunyai peluang untuk masuk ke universiti. Abang tahu itu semua di sebabkan oleh keputusan SPM abang yang tidak seberapa.

Tetapi abang tetap berbangga kerana 2 adik lelaki kandung abang berjaya juga mencecahkan kaki mereka masing-masing ke menara gading. Emak dan ayah abang cukup bangga dengan mereka berdua.

Dan hari ini abang ingin berkongsi cerita mengenai apa yang ditulis oleh abang-abang dan kakak-kakak adik yang lain.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Liabiliti yang memotivasikan diri.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Motivasi - Tarikh diterbitkan: February 24, 2010 online

Ada seorang rakan lama yang dah hampir 10 tahun tak jumpa (Ali – bukan nama sebenar). Dia baru sahaja berfacebook dan kebelakangan ini dia agak terperanjat apabila tiba-tiba jer “terdedah” dengan terminologi ‘blogging”.

Hari tu, dia ada bertanya dan sempat juga mengeluarkan statement yang lebih kurang macam ni:

“Sehari kalau tak sebut perkataan blogging, tak boleh ke? Sikit-sikit blogging… sikit-sikit blogging… aku dah menyampah dengar menatang blogging ni . Apa kalau takde blogging ni boleh mati ke? Naik “muak” pulak aku mendengarnya!”

*Sigh…

Soalannya:
Jika kamu adalah seorang blogger yang hidup dan menjana pendapatan dari aktiviti blogging, apa yang kamu rasa ya? :(

Marah?
Panasss?
Makan hati?
Atau cooool….?

Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Aku pernah menulis perihal niche blog network sebelum ini di sini. Dan hari ini aku ingin meneroka lagi semangat juang yang perlu ada pada seorang blogger yang ingin menjana kehidupan dari aktiviti bloggingnya.

Jika kamu ingin menjadi seorang full time blogger, kamu mestilah mempunyai sifat seperti seorang TUAN TANAH yang tahu menilai hartanah kamu untuk jangka masa yang panjang.

Niche blog network merupakan hartanah online yang harus di develop… sama seperti projek perumahan yang dibina oleh pemaju perumahan. Pada waktu mereka ingin meneroka sesebuah tanah, ianya sungguh kelihatan “messy” dan kotor.

Itu belum di campur dengan tekanan dan perancangan teliti yang harus di ikuti demi dateline yang harus di kejar. Semuanya memerlukan masa dan pengorbanan.

* Jadi apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang blogger yang ingin menjana pendapatan dari aktiviti bloggingnya?
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Kenapa nampak macam susah untuk buat duit dari blogging?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi - Tarikh diterbitkan: January 29, 2010 online

Kamu tension?
Masih lagi gagal menjana sebarang pendapatan dari aktiviti berblogging?
Langsung rasa seperti dunia ini semakin gelap dan hati sudah semakin tawar hendak terus berblogging?!!

Wooo… woooo…rileks… rileks.
Janganlah macam tu. Cool`lah sket… tapi tidak mengapa kerana untuk hari ini, mungkin aku ada sesuatu yang boleh membuatkan kamu “keluar” dari perasaan yang sungguh mencengkam jiwa itu….heheheh

Tetapi sebelum aku sambung, apa kata sambil kamu teruskan bacaan kamu itu, dengarkanlah sekali lagu dari kumpulan Temptations ini… barulah ringan sedikit kepala. Lagipun aku rasa entri ini lebih kepada motivasi kot… lalalalala~~~
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Inilah rumah banglo dan BMW saya.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi - Tarikh diterbitkan: December 29, 2009 online

Dulu, itulah antara ayat yang cukup perit untuk di dengar oleh telinga ini. Ayat ini selalunya datang dari kawan-kawan yang cukup hebat menjana duit dari program yang entah aku sendiri tak tau kesahihannya. Hilangkan diri selama 6 bulan, kemudian jumpa sahaja… dah tunjuk rumah dan kereta besar.

banglo

Tapi dalam situasi yang tertekan tuh, ada satu perasaan positif yang kesannya masih lagi di rasai sehinggalah ke hari ini. Iya, aku ingin sekali mengucapkan ayat yang sama kepada mereka semula dan “azam” itu sungguh teguh… hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Setiap dari kita mempunyai impian dan harapan. Kalau kita tidak ada impian, kita bukanlah orang yang berwawasan. Dr Mahathir dulu juga mempunyai impian, begitu juga dengan Tony Fernandez dan Tan Sri Al-Bukhary. Impianlah yang membawa mereka ke mercu kejayaan.

Aku juga mempunyai impian.
Dan impian itulah yang “mendayung serta mengemudi” bahtera perjalanan hidup aku. Kadang-kadang ada rasa bersyukur sangat kepada Tuhan yang telah memberikan kesusahan pada kehidupan yang lepas. Ini adalah kerana kesusahan itulah yang membuatkan impian itu tidak pernah terpadam.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Dik, bertenanglah dan fokus serta tawakkal – never stay in the comfort zone.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi - Tarikh diterbitkan: November 18, 2009 online

Hari ini anak-anak dan adik-adik kita akan diuji fokus mereka.
Hari ini anak-anak dan adik-adik kita akan diuji semangat mereka.
Hari ini anak-anak dan adik-adik kita akan diuji adrenalin mereka.
Hari ini anak-anak dan adik-adik kita akan diuji tawakkal mereka.

Dan hari ini, aku akan menulis sebagai seorang abang kepada semua adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan SPM. Yup, satu saat dalam kehidupan yang boleh di katakan penting.

Dik,
Dahulu abang juga adalah seorang pelajar. Abang bersekolah tadika, bersekolah rendah, bersekolah agama, bersekolah menengah. Dalam perjalanan setiap satu peralihan, abang pernah menjadi pelajar yang boleh di katakan cemerlang kepada diri abang sendiri.

Tetapi setelah UPSR dan PMR, abang sudah mula merasakan yang semuanya mudah. Ini adalah kerana abang pernah berkata dalam hati kecil ini bahawa abang “boleh buat”. Waktu itu, abang memang tidak tahu perbezaan di antara CONFIDENT dan OVER CONFIDENT.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Air mata Ramadhan – apakah ertinya bagi seorang blogger?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi - Tarikh diterbitkan: September 4, 2009 online

menangis.jpg5-6 tahun yang lepas, aku adalah seorang insan yang boleh tahan kurang jahilnya terhadap dunia IT.

Jahilnya aku pada waktu itu hanya Tuhan sajalah yang tahu. Pernah satu tahap, ada member tanya apakah ID untuk YM… so dengan confidentnya aku terus senyum kambing (cover air muka). Malah kambing pun tak senyum macam aku.

Bayangkan, YM pun aku tak tahu pada waktu itu….huhuhuu sedih betul. Yang aku tahu pada waktu tu hanyalah bermain free games di MiniClip.com.

Dan apabila zaman menganggur mula menyelubungi kehidupan, aku semakin terpanggil untuk melihat dunia internet dengan lebih jauh. Duduk di rumah… surfing sana, surfing sini… bloghoping dari satu blog ke blog ke blog yang lain untuk menghabiskan masa yang ada sambil-sambil belajar mengenai dunia blogging.

Kemudian semakin hari, aku rasakan dunia blogging semakin berkembang pesat. Semua peluang aku rembat dan segala sumber aku sumbat ke dalam minda. Aku berada di dalam dunia aku sendiri.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Antara kemahuan dan juga alasan.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi - Tarikh diterbitkan: August 27, 2009 online

KEJAYAAN adalah hasil kombinasi usaha, doa dan pengorbanan. Tidak kiralah dalam apa jua yang kita lakukan, pada aku ketiga-tiga perkara ini amat penting kerana hidup kita ini bukanlah indah selalu. Kalau hidup ini indah selalu, maka sudah tentu kita tidak akan di maki oleh bos kita, di ejek oleh rakan sekeliling dan dipandang hina oleh orang yang lebih kaya dari kita.

KESUSAHAN dan KEMISKINAN pula adalah satu motivasi yang paling HEBAT sekali dalam kehidupan seorang manusia manakala BODOH SOMBONG pula adalah perkara paling bodoh dan yang paling mudah untuk dilakukan. Aku bukan berfalsafah tidak tentu pasal tapi aku berkata dari pengalaman. Kalau tidak percaya, tanyalah orang sekeliling dan juga diri sendiri.

kejayaan.jpg

Tapi apakah yang dimaksudkan dengan KEJAYAAN sebenarnya?

Baiklah, mungkin ramai yang telah sedia tahu apa makna kejayaan. Even kalau ditanya pada budak darjah satu pun mereka tahu sebab perkara sebegitu memang ada di ajar disekolah. Asal lulus periksa je, bermakna dah berjayalah tu.

Tapi itu di peringkat umur darjah satu. Untuk orang dewasa seperti kita, apakah maksud kejayaan yang kita inginkan?
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

← Catatan sebelumnya