RM1000.00 dalam masa 1 minit (motivasi untuk blogger)

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Buat duit, Motivasi - Tarikh diterbitkan: July 27, 2010 online

Letak 1 link, dapat dekat RM500.00
Kalau 2 link, dapat dekat RM1000.00 !!

Smart sungguh bila dah tiba tahap macam ni. Dan inilah antara nikmat berblogging bila kita dah ada blog yang berjaya di develope dengan mantap. Susah-susah dahulu… smart-smart kemudian.

Nak baca cerita yang sebenarnya dan nak rasa keseronokan yang di alami, bolehlah tanya Abang Termizi kita tu… rezeki anak katanya :)

Klik di sini untuk membacanya.

p/s: Suka bila melihat rakan blogging kembali fokus… keep it up geng!

Meminjam kata-kata dari saudara Razif Yusof

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi, Orang - Tarikh diterbitkan: April 14, 2010 online

* Alkisahnya semalam sewaktu membuat aktiviti forum walking (bukan blog walking) di Wangcyber, terpandanglah satu thread mengenai cara minda berfikir di mana saudara Razif Yusof (semua orang kenal) ada menulis sesuatu di dalamnya. Menarik dan berminat untuk menjadikannya sebagai satu bacaan, maka inilah isi kandungan tulisan dari beliau:

*****************************************

Kejayaan adalah 80% Tabiat & 20% Ilmu.
Ilmu yg saya kongsi sama sahaja (bagi yg mengikuti) tapi yang membezakan kejayaan mereka ialah sikap & tabiat.

Hampir semua email / message / pertanyaan tentang fomula / teknik / kaedah bagaimana saya atau yg lain mencapai apa yg kami capai hari ini, semuanya mahu short cut tapi mindanya masih tidak berubah… masih berfikir seperti org miskin… mcm mana?

Minda Miskin?

turning

Saya dan mereka yg lebih dahulu mengahabiskan masa membaca puluhan / ratusan buku tentang sesuatu subjek yang ingin kami dalami. Menghabiskan ribuan malah puluhan dan ratusan ribu ringgit utk belajar sesuatu subjek supaya lebih efektif, pernah ditipu, perniagaan yg tidak menjadi dan sebagainya, kami bertemu belasan dan puluhan mentor untuk mendapatkan panduan.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Ada satu perkara yang selalu aku tekankan mengenai blogging. Dalam wawancara dengan radio internet www.FuhyooFM.com sebelum ini pun, aku pernah menekankan fakta yang sama. Ianya adalah satu perkara yang berulang kali aku katakan sejak dari dahulu lagi.

Untuk menjana pendapatan sampingan dari blog, kita harus tahu “kehidupan” yang ada di dalamnya. Maknanya make money from blogging atau buat duit dari blog bukanlah mengenai seberapa cepat kita menjana pendapatan darinya.

Sebaliknya apa yang harus disematkan di dalam diri seorang blogger itu ialah SEBERAPA CEPAT DIA DAPAT SEBATIKAN DIRINYA dengan dunia blogging.

Make money from blog is about how good we can blend ourself in the blogosphere itself. That’s the simple answer. Not more than that. Jika ada paksaan dan ikut-ikutan dari rakan-rakan lain, maka hasilnya pasti tidak akan seberapa.

Dan itulah yang membuatkan aku berasa happy di petang Isnin ini. Walaupun kepala ini masih lagi kusut, tapi tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat peserta Seminar Smart Blogging mula “menagih dollar USD” dari program-program make money from blogging.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Semalam adik-adik kita telahpun mengambil keputusan SPM masing-masing. Ada yang gembira dan ada yang kecewa. Ibu bapa pula ada yang menangis sebab terlalu gembira, tapi ada juga ibu bapa yang berduka.

Hurmm… tidak kisahlah apa yang berlaku, kehidupan ini harus diteruskan. Lagipun, bukan boleh buat apa… benda dah berlaku.

Dik,
Dulu abang ada berkongsi mengenai kisah sewaktu menjadi pelajar SPM dalam blog ini. Dalam entri itu, semuanya berkisar kepada apa yang telah berlaku pada diri abang. Pendek kata cerita itu lebih menjurus kepada kegagalan dan kealpaan.

Dik,
Dulu abang tidak pernah mempunyai peluang untuk masuk ke universiti. Abang tahu itu semua di sebabkan oleh keputusan SPM abang yang tidak seberapa.

Tetapi abang tetap berbangga kerana 2 adik lelaki kandung abang berjaya juga mencecahkan kaki mereka masing-masing ke menara gading. Emak dan ayah abang cukup bangga dengan mereka berdua.

Dan hari ini abang ingin berkongsi cerita mengenai apa yang ditulis oleh abang-abang dan kakak-kakak adik yang lain.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Liabiliti yang memotivasikan diri.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Motivasi - Tarikh diterbitkan: February 24, 2010 online

Ada seorang rakan lama yang dah hampir 10 tahun tak jumpa (Ali – bukan nama sebenar). Dia baru sahaja berfacebook dan kebelakangan ini dia agak terperanjat apabila tiba-tiba jer “terdedah” dengan terminologi ‘blogging”.

Hari tu, dia ada bertanya dan sempat juga mengeluarkan statement yang lebih kurang macam ni:

“Sehari kalau tak sebut perkataan blogging, tak boleh ke? Sikit-sikit blogging… sikit-sikit blogging… aku dah menyampah dengar menatang blogging ni . Apa kalau takde blogging ni boleh mati ke? Naik “muak” pulak aku mendengarnya!”

*Sigh…

Soalannya:
Jika kamu adalah seorang blogger yang hidup dan menjana pendapatan dari aktiviti blogging, apa yang kamu rasa ya? :(

Marah?
Panasss?
Makan hati?
Atau cooool….?

Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Aku pernah menulis perihal niche blog network sebelum ini di sini. Dan hari ini aku ingin meneroka lagi semangat juang yang perlu ada pada seorang blogger yang ingin menjana kehidupan dari aktiviti bloggingnya.

Jika kamu ingin menjadi seorang full time blogger, kamu mestilah mempunyai sifat seperti seorang TUAN TANAH yang tahu menilai hartanah kamu untuk jangka masa yang panjang.

Niche blog network merupakan hartanah online yang harus di develop… sama seperti projek perumahan yang dibina oleh pemaju perumahan. Pada waktu mereka ingin meneroka sesebuah tanah, ianya sungguh kelihatan “messy” dan kotor.

Itu belum di campur dengan tekanan dan perancangan teliti yang harus di ikuti demi dateline yang harus di kejar. Semuanya memerlukan masa dan pengorbanan.

* Jadi apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang blogger yang ingin menjana pendapatan dari aktiviti bloggingnya?
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Kenapa nampak macam susah untuk buat duit dari blogging?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi - Tarikh diterbitkan: January 29, 2010 online

Kamu tension?
Masih lagi gagal menjana sebarang pendapatan dari aktiviti berblogging?
Langsung rasa seperti dunia ini semakin gelap dan hati sudah semakin tawar hendak terus berblogging?!!

Wooo… woooo…rileks… rileks.
Janganlah macam tu. Cool`lah sket… tapi tidak mengapa kerana untuk hari ini, mungkin aku ada sesuatu yang boleh membuatkan kamu “keluar” dari perasaan yang sungguh mencengkam jiwa itu….heheheh

Tetapi sebelum aku sambung, apa kata sambil kamu teruskan bacaan kamu itu, dengarkanlah sekali lagu dari kumpulan Temptations ini… barulah ringan sedikit kepala. Lagipun aku rasa entri ini lebih kepada motivasi kot… lalalalala~~~
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Inilah rumah banglo dan BMW saya.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Motivasi - Tarikh diterbitkan: December 29, 2009 online

Dulu, itulah antara ayat yang cukup perit untuk di dengar oleh telinga ini. Ayat ini selalunya datang dari kawan-kawan yang cukup hebat menjana duit dari program yang entah aku sendiri tak tau kesahihannya. Hilangkan diri selama 6 bulan, kemudian jumpa sahaja… dah tunjuk rumah dan kereta besar.

banglo

Tapi dalam situasi yang tertekan tuh, ada satu perasaan positif yang kesannya masih lagi di rasai sehinggalah ke hari ini. Iya, aku ingin sekali mengucapkan ayat yang sama kepada mereka semula dan “azam” itu sungguh teguh… hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Setiap dari kita mempunyai impian dan harapan. Kalau kita tidak ada impian, kita bukanlah orang yang berwawasan. Dr Mahathir dulu juga mempunyai impian, begitu juga dengan Tony Fernandez dan Tan Sri Al-Bukhary. Impianlah yang membawa mereka ke mercu kejayaan.

Aku juga mempunyai impian.
Dan impian itulah yang “mendayung serta mengemudi” bahtera perjalanan hidup aku. Kadang-kadang ada rasa bersyukur sangat kepada Tuhan yang telah memberikan kesusahan pada kehidupan yang lepas. Ini adalah kerana kesusahan itulah yang membuatkan impian itu tidak pernah terpadam.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Catatan baru →← Catatan sebelumnya