Berapa ramai bloggers Johor Bahru sekarang nie?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang, Umum - Tarikh disiarkan: April 18, 2008 online

Lepas dapat satu lagi deal berharga RM450 di Danga Bay tadi, aku pun mula menyusun langkah untuk mengembangkan lagi business. Business is business, blogging is blogging, service is service and product is product. So lepas deal, aku pun terus shoot balik dengan motor Gaban aku tapi on the way nak balik tadi, tetiber jer terdetik hati aku bertanyakan berapa ramai bloggers Johor Bahru sebenarnya.

Aku memang takde statistik yang khusus tapi aku percaya kat JB nie masih ramai bloggers yang tak pernah bergathering. Dan aku jugak perhati ramai yang suatu ketika dulu aktif dah tak aktif lagi. Dah kahwin kot….?

Masa memula aku blogging tahun 2005 dulu, aku memang perasan ramai tapi sekarang nie macam teratai layu di tasik madu.

Apa-apa pun, aku harap bagi sesaper di antara korang yang berasal dari JB… harap dapatlah inform aku. Ini bukanlah wajib tetapi there’s something that I want. Chewahhh… skipping LonBonJovi lagi.

Bob, ko kumpulkan bloggers Melaka, aku kumpulkan bloggers JB. Pastu kita berkampung kat Klebang!

Amacam?

Blog, blok, block, blogger.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang, Semalam - Tarikh disiarkan: April 9, 2008 online

3… 2… 4.. .kaunter 7…
3… 2… 5… kaunter 8…
Mana pulak awek hari tu… selalunya dia bayar bil sama dengan hari aku bayar bil kat pejabat pos ni.

“Pappp…!!! siapa plak yang tepuk bahu aku ni…?”

“Weiii Ijad, sombong ye ko sekarang nie. Dah tak nampak lagi bayang ko kat kedai asam pedas. Ko dah tak meniaga lagi ker?” tanya Selamat.
“Ada…. aku ada lagi kat sini. Tak merantau pun, duduk kat rumah buat kerja sendiri.
Yang ko pulak bertahun aku tak nampak, ko ikut Mas Selamat balik ke Indonesia ker?” soal aku.

“Otak ko, ko ingat aku saper?” sampuk Selamat.
“Takdelah aku gurau jer, ko kerja mana skang?”, tanya aku sambil merenung perempuan yang kat sebelah Selamat tu.
“Aku sekarang kerja kat Larkin. Ni bini aku, baru sebulan aku kahwin” dengan bangganya Selamat pegang pinggang bini dia. “Selamat pengantin baru Mat”, sori aku tak dapat datang hari tu. Dalam hati aku “haram punya member, kahwin pun tak jemput”, aku tersengih jealous.
(Baca selanjutnya :) …)

Borak hujung minggu bersama Dr Haris.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku, Orang - Tarikh disiarkan: April 5, 2008 online

doktor.JPG

Pagi buta lagi (pukul 9.00) member aku si Nuar dah menggegarkan gegendang telinga aku. Dengan bunyi ringtone yang aku sendiri menyampah nak dengor, maka secara automatik aku dah takleh tidor lagi.

“Wey…aku datang amik kau kejap lagi. Pergi sarapan…aku kat RTM nie, jap lagi aku datang. On the way nie..”
“Ahhh? Okay.. aku mandi dulu..”

Dengan mata yang sememangnya lalok, aku kemas katil, lipat selimut, bangun capai tuala pastu terus mandi. Sedang mandi tu aku dah dengar bunyi henpon berbunyi lagi. Celaka! Berapa laju mamat nie bawak Honda dia…? Tetiba jer dah ada kat depan rumah. Tak sempat aku nak berbedak. Dengan seluar steng aku keluar rumah, terus masuk kereta dia.
(Baca selanjutnya :) …)

Siapa kata perempuan tak boleh kencing berdiri?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang, Sekilas - Tarikh disiarkan: April 5, 2008 online

pee.jpg

Ya, siapa kata?
Dari dulu lagi aku dah kata perempuan memang boleh kencing berdiri cuma mereka jer yang tak mahu. Masa aku kecik dulu pun, aku pernah tanya pada orang tua aku, kenapa lelaki boleh kencing berdiri, perempuan mesti kencing duduk (cangkung)?
Jawapan yang aku selalu dapat dari orang tua ngan sister-sister aku semuanya sama. Orang lelaki selalu “nak cepat!”

Heh…heh…heh….
Kalau 10-20 tahun dulu bolehlah diaorang pakai jawapan ni sebab dulu memang orang perempaun tak ramai yang bekerjaya. Sekarang sorrylah brader… orang perempuan pun dah setanding dengan lelaki siot. Silap-silap korang sendiri pun bekerja di bawah telunjuk bos perempuan … apa kes?

Tapi, aku takde lah nak katakan yang bos perempuan korang tu kencing berdiri… (kalau ada pun, bukannya aku tahu pun kan?). Cuma aku rasa mungkin diaorang (perempuan) pun akan menimbangkan untuk kencing berdiri satu hari nanti bila “nak cepat!”. Ini bukan andaian aku sebab kalau korang dapat jumpa menatang nie dalam purse diaorang, memang confirmlah perempuan tu advance. Diaorang dah kencing berdiri.

Apa menatang-nya tuh?
(Baca selanjutnya :) …)

Ciumlah aku! - apabila bercium dihalalkan oleh Anuar Zain.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang, Sekilas - Tarikh disiarkan: March 30, 2008 online

sixpence_non_thericher.jpg

Aku dah lama nak up pasal cerita ni tapi masa tak mengizinkan. Biasalah, Sabtu dengan Ahad adalah hari berlibur dan blogger pun perlukan masa untuk itu.

So kes bercium yang dihalalkan oleh Anuar Zain ini benar-benar membenakkan kepala hotak aku. Aku tak tahulah dari mana Anuar Zain dapat keberanian untuk mengeluarkan kenyataan sedahsyat ini. Selama ini, aku agak respek dengan penyanyi nie sebab mak bapak dia adalah orang yang dihormati. Malah aku pun sendiri minat dengan Anuar zain ni. Kalau tak, takkanlah aku sanggup melalak menyanyi lagu dia bila aku karaoke.

Tapi, bila dia sendiri dengan selamba membuat kenyataan “Aiman tak kisah…” itu, maka bermulalah satu era yang membingungkan bagi ramai tokoh-tokoh agama dan juga alim ulama’. Sekali pandang, memang tak ubah seperti kenyataan yang dibuat oleh Sixpence None the Richer (Lagu: Kiss me.)
(Baca selanjutnya :) …)

PetalingStreet.org ada Kipas Susah Mati!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang - Tarikh disiarkan: March 23, 2008 online

Kalau korang terror, apa persamaan yang ada dalam screenshot ini?

spampps.JPG
………………………………………………………………………………………………………………….
Yothemans…. now you are the MAN!!!
Perrgghhh….. lotih mato den ni haaaa….

Blogger Malaysia bukanlah “GOBLOK- BODOH” lagi…

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet, Orang, Sekilas, Spesifik, Umum - Tarikh disiarkan: March 22, 2008 online

Aku respek betul dengan Menteri Penerangan yang baru, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Mungkin korang belum lagi familiar dengan nama ini, aku pun begitu jugak. Tapi apa yang ingin aku sampaikan adalah “sikap terbuka” beliau dalam memahami apakah itu dunia seorang BLOGGER dan juga KUASA yang ada pada seorang blogger.

Suratkhabar Kosmo bertarikh 22hb Mac hari ini benar-benar bersangkut paut dengan semua blogger khasnya blogger Malaysia. Dalam artikel itu, beliau secara terus terang menyebut tentang peranan media alternatif sebagai medium penyebar maklumat. Hakikatnya, beliau mengatakan yang PENDAPAT PENULIS BLOG TIDAK BOLEH DIKETEPIKAN. Aku dah lama nak cakap benda nie tapi “tak kuat” untuk menyuarakannya.

Korang masih ingat lagi kes BLOGGER GOBLOK(BODOH) yang telah menggemparkan dunia blogging Malaysia tahun lepas?
(Baca selanjutnya :) …)

Catatan baru →← Catatan sebelumnya