Valley Of The Wolves Palestine 2011 – Fi sabilillah!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Renungan Hari Jumaat, Video - Tarikh diterbitkan: May 25, 2011 online

*Entri ini sebenarnya untuk kategori Renungan Hari Jumaat. Tapi memandangkan tuan punya blog ini akan M.I.A (Missing In Action) bermula esok sehingga hari Ahad, maka terpaksalah diterbitkan pada hari ini. Iya… time stamp tidak di gunakan, harap maklum.

Tajuk filem: Valley Of The Wolves Palestine 2011
Filem ini diterbitkan dari kisah benar yang sungguh tragik di mana bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza melalui kapal laut Flotilla telah di serang oleh askar laknatullah Israel. Sebagai rekod, rakyat Malaysia yang bertugas sebagai sukarelawan di atas kapal yang sama juga telah diserang bertubi-tubi dengan peluru hidup!

Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Dosa yang lebih besar dari berzina!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Renungan Hari Jumaat - Tarikh diterbitkan: May 19, 2011 online

Pada senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam duka cita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya.

Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam, “silakan masuk”. Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk.

Air matanya berderai tatkala dia berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”

“Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s terkejut.

“Saya takut mengatakannya” jawab wanita cantik itu.

“Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, “Saya… telah berzina.”

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh. Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. Beratkan?

Hukum memang sudah menjelaskan anak lelaki kena tanggungjawab ke atas ibunya.. Jika lelaki tidak berbuat sedemikian kerana di suruh oleh isteri, maka buatlah sesuatu terhadap iseri yang sebegitu sombong. Dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya, maka berdosa baginya terutama anak lelaki yang tua. Manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya.

Isteri berbuat baik, pahala dapat kepadanya. Kalau isteri buat benda tak baik, macam tak menutup aurat dengan sempurna, dosanya di tanggung oleh suami. Beratkan?

Suami kena beri nafkah pada isteri, ini adalah wajib tapi isteri tidak. Walaubagaimanapun, isteri boleh bantu untuk ringankan beban suami.

HARAM bagi suami menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Tips dan petua untuk khusyuk dalam solat

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Renungan Hari Jumaat - Tarikh diterbitkan: April 22, 2011 online

Seperti biasa, aku tak nak tertinggal dalam berkongsi sesuatu untuk kategori Renungan Hari Jumaat. Jadi untuk kali ini, aku nak sangat berkongsi sedikit petua dan juga tips untuk khusyuk dalam solat.

Di sini ada disenaraikan 10 tips yang di ambil dari rakan Facebook. Walaupun aku berkongsi melalui blog ini, aku masih akui yang sendiri masih lagi sukar untuk aku khusyuk di dalam solat. Kalau ada yang mengatakan aku membuka kekurangan diri, tidak mengapalah… aku tidak kecil hati.

Mengapa aku tidak khusyuk?
Banyak sebabnya… aku tidak malu untuk kongsikannya di sini. Antara sebab musabab kenapa aku tidak khusyuk ialah aku tidak hadirkan diri aku sepenuhnya ketika sembahyang. Kalau hadirkan diri pun, selalunya dalam rakaat pertama dan kemudian, fikiran mula menerawang.

Menerawang?
Iya… apalagi kalau bukan hal duniawi. Sekejap teringatkan pasal perniagaan, sekejap teringatkan pasal keluarga dan sekejap teringatkan pasal nasib diri. Tapi macam yang aku katakan, itu semuanya duniawi.

Aku pernah mendapat seronok dalam sembahyang pada waktu muda dulu. Waktu itu memang indah, sebab aku langsung tak fikir apa-apa tentang tanggungjawab, tak fikir mengenai beban yang harus di pikul dan juga untung nasib diri. Yelah… semuanya di tanggung oleh keluarga.

Bila dah besar panjang ni, kadang-kadang kepala ni rasa semak dengan tuntutan duniawi. Otak sepertinya tidak pernah berhenti berfikir, tidak seperti dahulu. Walaubagaimanapun, aku tak letak alasan itu untuk lepaskan diri… jauh sekali untuk point finger. Dah diri sendiri tidak kuat iman, inilah natijah yang sebenar.

Tapi alhamdulillah, lepas membaca tips-tips di bawah ini… aku rasa ada sesuatu yang motivate untuk “back to basic” atau kembali kepada perkara asas.

Jom kita apply sama-sama…

Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Playlist Al-Quran PERCUMA untuk semua

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Renungan Hari Jumaat - Tarikh diterbitkan: April 14, 2011 online

Ramai sangat yang minta (siap email lagi) code untuk playlist Al-Quran ini. So ini adalah code’nya, tinggal nak copy dan pastekan terus ke dalam blog masing-masing ya :)

(Surah Yasin pada list yang ke-36)

<p style="text-align: center"><object classid="d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="300" height="350"><param name="src" value="http://www.box.net//static/flash/box_explorer.swf?widget_hash=3nh7l94yo7&amp;v=1&amp;cl=0&amp;s=0" /><param name="wmode" value="transparent" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="300" height="350" src="http://www.box.net//static/flash/box_explorer.swf?widget_hash=3nh7l94yo7&amp;v=1&amp;cl=0&amp;s=0" wmode="transparent"></embed></object></p> </center>

Hukum Solat Jika Takbiratul Ihram Tak bunyi

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Renungan Hari Jumaat - Tarikh diterbitkan: April 8, 2011 online

Tak lama… luangkanlah masa kita sedikit untuk menoton video ini yang merupakan antara perkara asas dalam kehidupan seharian kita… 12 minit je….. :)

Seketika di Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Islam, Kota Tinggi

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Renungan Hari Jumaat - Tarikh diterbitkan: March 25, 2011 online

Putera Nur iMAN

Puteri Nurul Falah

Hari ini aku sempat pergi ke Pertubuhan Rumah Anak-Anak Yatim Islam, Kota Tinggi. Walaupun perancangan awal ke sana atas tujuan kerja, tapi niat asal untuk melawat rumah anak-anak yatim itu memang ada.

Dalam kereta sepanjang perjalanan cuaca baik, tiada masalah. Sampai je di rumah pertubuhan tu, aku terus ke pejabat untuk jumpa pegawai yang bertugas.

Kemudian, aku terus ke dewan untuk set up backdrop program mereka esok. Dalam pada aku buat kerja tu, biasalah… aku sempat mengusik anak-anak ini. Siapa yang kenal aku, memang tahulah cara aku… aku ni memang kuat mengusik.

Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Tak lurus di jalan yang lurus

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Renungan Hari Jumaat - Tarikh diterbitkan: March 25, 2011 online

Ahli Jemaah masjid telah menunggu hampir setengah jam. Penceramah yang dijemput masih belum tiba. Anak-anak di ruang masjid telah mula membuat bising. Suasana yang sedia panas meresahkan lagi orang-orang tua yang terus menunggu dengan setia. Menunggu lama untuk mendengar ceramah agama akan mendapat pahala, begitulah agaknya pujuk hati mereka.

“Ustaz ini memang begitu. Selalu lewat,” bisik seorang ahli kariah di sebelah saya.

“Minggu dulu pun macam ni,” balas orang di sebelahnya.

“Tak mengapa. Ceramahnya semangat. Sedap di dengar,” pintas seorang lagi. Saya hanya mendengar, walaupun dalam hati sudah berkira-kira untuk meninggalkan majlis. Ia telah memakan masa yang diperuntukkan. Masih banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan menunggu giliran.

Hampir 40 minit kemudian baru penceramah datang, lengkap dengan jubah dan serbannya. Dalam ceramah yang berdegar-degar itu dia memperkatakan tentang pentingnya mengikut sunah Rasulullah. Saya mendengar sambil mencatat. Cuba menenangkan hati walaupun hati masih tertanya-tanya mengapa sunnah Rasulullah s.a.w dalam menepati janjinya dan menjaga masa tidak disentuh sekali.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Catatan baru →← Catatan sebelumnya