Modal kecil, TANPA hutang – terbaik dari Lot.my!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Review - Tarikh diterbitkan: March 14, 2011 online

Hoho… masih ingat lagi entri Ingin berniaga produk fizikal secara online yang telah diterbitkan kelmarin?

Rasanya entri tersebut berjaya memberikan satu lagi wadah dan juga skop baru kepada mereka yang hendak menjalankan perniagaan online. Alhamdulillah… kalau semangat seperti ini ada dalam setiap diri usahawan internet, rasanya peratusan untuk mereka berjaya adalah tinggi.

Tapi dalam masa yang sama, masih ada lagi yang ragu-ragu dan takut-takut untuk memulakannya. Bila di tanya, semuanya tersenyum… tapi tak jugak di beritahu sebab musabab kenapa tak bermula.

Nak tahu kenapa mereka masih ada yang takut nak bermula? Dan apa yang ditakutkan?
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Testimonial dari Alan

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Review - Tarikh diterbitkan: February 22, 2011 online

Ada orang tanya, macam mana nak buat review ya En Rohaizad?
Enthalah, aku sendiri pun tak tahu apa jawapan yang boleh di gunapakai, sebab pada aku ianya agak subjektif.  Tapi kalau orang tanya aku, inilah yang aku selalu beri:

“Untuk membuat review, kita haruslah menyentuh hati pembaca… barulah mesej dalam review itu sampai. Dan untuk menyentuh hati pembaca, kita ini sendiri haruslah menulis dari hati”

p/s: dari hati ke hati….

Tahniah Alan!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Review - Tarikh diterbitkan: February 17, 2011 online

Blogger dan penulis sebenarnya tidak banyak beza. Dari sudut dan skop kerja, blogger lakukan kerja yang lebih kurang sama dengan apa yang penulis lakukan… cuma diterjemahkan dengan keyboard sebagai ganti.

Dulu orang menulis menggunakan ball pen, tapi sekarang semuanya disinonimkan dengan menaip. Penulis tidak menggelarkan dirinya penaip, tapi dia menaip juga untuk proses penerbitan hasil tulisannya. Dan hari ini, sedar atau tidak sedar.. skop kerja yang sama telah membolehkan ramai blogger berpeluang untuk menambah portfolio diri masing-masing.

Realitinya, semakin ramai blogger yang sudah berjaya menempatkan diri dalam arena penerbitan buku fizikal. Kalau sebelum ini blogger Nuaeman telah berjaya dengan buku Diari Mat Kilang`nya, tapi sekarang giliran Alan pula dengan buku yang boleh membantu ramai penggiat internet, khususnya mereka yang ingin tahu cara mudah menjana wang dari internet melalui program CPA.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Kod Adsense – masanya sudah tiba untuk income yang pasif!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Review - Tarikh diterbitkan: December 23, 2010 online

Inilah dia ebook yang kalian patut beli…. serious!

Kalau boleh, aku nak tulis ayat yang kat atas tu untuk entri kali ini. Senang … settle!

Bukan tak nak bercerita panjang lebar, tapi kalau aku rasa berbaloi untuk dibeli, memang aku akan cakap berbaloi untuk dibeli. Tapi kalau tidak berbaloi, jangan kata beli… review produk camtu kat blog ini pun aku fikir 2-3 kali.

Okay, siapa masih ingat pada entri yang satu ini? Dan siapa yang dah beli ebook Kod Adsense ni?
Kalau ada yang dah beli, mesti kalian sudah nampak cara yang senang untuk memahami skill menjana pendapatan dari program Google Adsense yang telah dipelopori oleh Cik Nurul Aswani kita… betul?

Sebenarnya kalau kat JB ni, aku cuma kenal sorang je blogger yang betul-betul hidup dengan program Google Adsense. Dia punya passion dengan komited dengan program Google Adsense ini.. fulamakatak…. memang da bomb!

Hoho… blogger yang aku maksudkan di JB ni seorang blogger lelaki (Boss HujanBatu Dot Com)… tak macam Cik Nurul Aswani kita (awek)… heh heh. So dipendekkan cerita, nak menjana wang dari program Google Adsense ini memang heaven giler… tak kiralah lelaki atau perempuan, semua orang boleh buat. Yang penting, ada blog dan tahu cara untuk monetize blog sendiri, cukup.

Tapi siapakah dia Cik Nurul Aswani?
Dan mengapa aku katakan ebook ini WAJIB dibeli?
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

7 langkah awal untuk menjadi CEO kepada “Web Development Company”

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Review - Tarikh diterbitkan: November 13, 2010 online

Aku masih teringat lagi kata-kata penulis buku Jutawan dari Planet Jupiter iaitu Azizi Ali, beliau mengatakan:

“Setebal atau senipis mana pun BUKU yang saya beli, saya tidak kisah. Saya tidak pernah membandingkan ilmu yang ada di dalamnya. Yang penting, jika setiap buku itu dapat memberikan saya SATU ilmu baru, itu sudah memadai…”

Okay.. itu kata-kata orang yang sudah berjaya. Pada aku pula yang hanya sekadar blogger biasa, definasi aku juga lebih kurang sama cuma dalam skop yang berlainan. Ini adalah quote aku sendiri:

“Semahal atau semurah mana pun EBOOK yang aku beli, aku tak kisah. Aku tidak pernah membandingkan ilmu yang ada di dalamnya. Yang penting, EBOOK itu mampu memberikan aku BOOST ataupun semangat untuk aku meneroka dengan lebih jauh lagi akan peluang yang ada di dalam internet…”

Okay, sekarang kalau ada di antara kita yang ingin mendapatkan cara yang MURAH untuk meneroka dunia WordPress… inilah peluang yang bijak untuk memulakannya.

Selama ini kita hanya menggunakan WordPress untuk berblogging… mengapa tidak panjangkan lagi langkah dengan menjadi CEO kepada “Web Development Company” sendiri!!!

Baca selanjutnya… sila klik di sini!

MillionCars.my – dunia sewa/jual/beli kereta versi “Mudah’

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Review - Tarikh diterbitkan: November 9, 2010 online

Blog ini pernah menceritakan mengenai laman web Mudah.my suatu ketika dulu. Tetapi hari ini, aku ingin berkongsi sedikit mengenai usaha beberapa orang anak tempatan yang mungkin boleh memberikan impak yang besar dalam industri permotoran/internet tanah air.

Sebelum ini secara konvensionalnya, kita hanya menggunakan surat khabar ataupun recommendation kawan-kawan untuk mencari kereta sewa… betul? Kita juga selalu bertanya kepada saudara mara di mana kedai kereta atau finance kereta yang boleh memberikan harga murah untuk kereta terpakai…

Tetapi pernah kita cuba menggunakan internet untuk mencari semua info sebegitu?
Pernah kita cuba untuk bertanyakan terus kepada tuan punya kereta yang ingin menjual keretanya?

Tak pernah bukan?
Sebab sebelum ini sumber untuk kita rujuk tidak banyak dan aku harap dengan wujudnya laman web yang satu ini, akan merubah semua tanggapan. Iya, laman web MillionCars.my akan menjadi pusat sehenti atau marketplace yang boleh membantu suatu hari nanti.

Anyway, apakah itu MillionCars.my?
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Blogger Hazman Fadzil buat hal lagi!!!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Review - Tarikh diterbitkan: October 18, 2010 online

Yeah….!!!

GIVEAWAY untuk bulan OKTOBER. 50 pasang Detox Foot Pad untuk diberikan kepada 50 blogger LELAKI sahaja. Caranya mudah sahaja, just buat satu post entry khas diblog kamu semua dengan tajuk seperti di bawah:

Saya nak DETOX FOOT PAD dari HAZMANFADZIL.COM dan dalam entry tu nanti, link `kan blog beliau: www.hazmanfadzil.com

Setiap post entry yang telah diupdate sila letakkan link blog kamu di ruangan komen beliau untuk rujukan. 50 blogger lelaki yang berjaya akan dihubungi melalui email masing-masing.

Sungguh MUDAH bukan….?
So jangan buang masa – jadilah 50 blogger terawal !!!

Aku?
Aku dah dapat pun satu set, Hazman hantar melalui pos ke rumah!!!

p/s: nanti aku update sket gambar mengenai penggunaan Deox Foot Pad ni ya…sayang Hazman! haha :)

NiagaKit – sistem web jualan, perniagaan dan sokongan.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Review - Tarikh diterbitkan: March 29, 2010 online

niagakit

Jika kita di beri PERCUMA satu sistem web jualan yang boleh kita gunakan untuk menjual produk sendiri secara online kepada rakyat Malaysia (khususnya), apakah sistem yang paling SERASI dan SELESA untuk di pilih?

Okay…
Soalan di atas mungkin terlalu umum tetapi cuba FOKUS semula pada perkataan SERASI dan SELESA itu. Kemudian fikirkan sekali lagi jawapan yang akan di beri.

Kalau ada jawapan selain dari sistem web jualan NiagaKit (kedai online), sila nyatakan di ruangan komen kerana hari ini… sebab aku ingin berkongsi sedikit info mengenai hasil kerja tangan beberapa Usahawan Internet Malaysia.

Baiklah.
Rasanya semua pernah dengar nama NiagaKit. Nama NiagaKit ini bukan satu nama baru tetapi sudah lama wujud. Pada zaman awal kemunculannya beberapa tahun lepas, ramai yang bersikap skeptikal dengan produk ini. Biasalah, benda baru… di tambah lagi dengan kekurangan exposure ataupun pendedahan.

Tapi lupakan sekejap mengenai sejarah NiagaKit ini. Sebab ada perkara yang aku rasa lebih penting untuk diberitahu dan untuk menjelaskannya dengan lebih mudah lagi, aku telah bahagikan penerangan ini kepada 3 bahagian iaitu:

1. Sistem Web Jualan (kedai online)
2. Perniagaan (internet)
3. Sokongan (perkhidmatan)

Baca selanjutnya… sila klik di sini!

← Catatan sebelumnya