Ingin beriklan? Sila klik di sini

Jika tidak boleh menolong, jadilah seorang pendengar yang baik.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: March 14, 2010 online

1. Kadang-kadang kita bukan hendak masuk campur, tapi atas nama kawan… kita cuba untuk memahami situasi yang sedang berlaku.

2. Kadang-kadang kita tahu yang ianya akan melibatkan diri kita secara tidak langsung, tetapi kita redha dengan apa yang berlaku kerana kita tidak sanggup untuk melihat kawan kita berada dalam kesedihan.

3. Kadang-kadang bukannya kita hendak sangat menjaga tepi kain orang, tetapi sifat ingin mengetahui apa yang berlaku di sekeliling kita adalah salah satu tanda kita mengambil berat.


4. Ini bukan cerita hendak mengambil kesempatan atas kesempitan, tetapi persahabatan yang terjalin sejak di bangku sekolah sentiasa melimpahkan rasa simpati yang iklas dari sanubari.

5. Jangan di simpan beban yang ada, kelak akan membuat kamu tertekan. Percayalah… memang aku tidak dapat menolong menyelesaikannya 100%… tapi aku sentiasa bersedia untuk menjadi pendengar yang baik.

* Aku bukanlah hero ataupun Superman, tetapi aku masih mempunyai telinga dan mata untuk melihat akan apa yang sedang berlaku.

***************************************

p/s: Hari ini hari Ahad… apa yang kamu akan buat? Tido?

alexa rohaizad

Hari ini dalam sejarah (12hb Februari 2010):

Terima kasih kepada semua pengunjung blog ini!
Terima kasih kepada semua pembaca setia blog ini!
Terima kasih kepada SUBSCRIBER blog ini yang telah lama melanggan!
Terima kasih kepada semuanya….!!!!

Xin Nian Kuai Le

Juga Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Cina di Malaysia. Gong Xi Fa Cai… Xin Nian Kuai Lie…. 新年快樂 !!!

Untuk mengucapkan Happy New Year kepada rakan anda, sila klik audio di bawah untuk mendengarnya… :D

Kenapa ya Kak Jie? Kenapa ya rohaizad?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: February 10, 2010 online

Baru pulang dari menziarah blog Kak Jie.
Tersipu-sipu ada, tergelak ada… tersengih pun ada. Itulah yang terjadi lepas aku baca entri terbaru Kak Jie.

Okay, ini soalan dari Kak Jie untuk pembacanya:
Kenapa lelaki lebih ramai di blog saya?

Sebenarnya apabila mengenangkan soalan yang Kak Jie utarakan dalam blognya, aku terus teringat soalan-soalan yang pernah ditanyakan pada aku sebelum ini.

Ini soalannya:
Kenapa saya lihat peserta seminar ramai lelaki?
Mana pergi peserta perempuan?

Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Adakah ini BUKTI SAHIH bahawa Google sedang index blog kita?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet, Sekilas - Tarikh diterbitkan: January 22, 2010 online

google-index-rohaizad-dot-com

Jawapannya: Aku sendiri pun tidak pasti (rasanya bukan kot). Tapi kalau ada sesiapa yang tahu, silakanlah kongsi pengetahuan yang kamu ada itu di sini ya :) At least, dapat juga rakan blogger lain membacanya.

Terima kasih. 8)

p/s: Google Bot bukanlah satu laman website ye, kalau tidak percaya cubalah taip www.googlebot.com di browser (ia akan redirect ke Google.com!)
p/s/s: Sayang betul aku dengan fungsi yang ada pada Sitemeter.com ini. Memang mudah untuk monetize blog… huhuhu.

* Dalam dunia ini, ramai yang melakukan perkara sama seperti apa yang kita lakukan dan menyerah pada keadaan bukanlah satu perkara yang bijak.

Begitu juga dengan aktiviti blogging. Seperti yang kita telah sedia maklum, semua orang mempunyai blog. Aku pun ada blog. Sama seperti kamu.

Tidak kiralah platform apa yang kamu guna. Selagi kamu berblogging, maka kamu adalah seorang blogger. Jika kamu menggunakan platform Blogspot, kamu juga blogger… jika kamu menggunakan dot com sendiri, kamu still juga seorang blogger.

Kemudian, kamu dengar pula kisah dan cerita mengenai blogger yang menjana pendapatan dari blog yang mereka miliki. Kamu semakin pelik kerana semakin kamu mencari, semakin banyak yang kamu tahu. Maksudnya, banyak lagi cara yang kamu lihat bagaimana orang lain gunakan blog mereka dalam menampung perbelanjaan harian.

Kalau hari ini kamu tahu di Malaysia ini Nuffnang boleh menyumbang dalam pengiklanan di blog, tetapi esok kamu semakin bingung kerana naaahhh… di luar sana, pelbagai cara telah di gunakan oleh blogger dalam menjana beratus dollar $$$ dari blog mereka yang banyak itu di peringkat antarabangsa.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Selamat Menyambut Aidil Adha.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: November 26, 2009 online


qurban

Esok kita akan menyambut Aidil Adha dan pastinya pada ketika entri ini di tulis ada di antara kita yang telahpun berada di kampung masing-masing.

Di Johor Bahru, sambutannya di sambut dengan biasa sahaja. Maksudnya kalau hendak di bandingkan dengan Hari Raya AidilFitri, ianya jauh ketara sekali. Berlainan pula dengan Aidil Adha yang di sambut di bahagian Utara, umum semua telah ketahui sambutan yang di berikan cukup seronok untuk di nikmati.

Tapi walau apa pun, inilah peluang untuk kita berkumpul sekali lagi. Bukan senang hendak berkumpul adik beradiks, anak saudara, keluarga serta sahabat handai kalau tidak kena pada masanya. Di tambah pula dengan cuti sekolah macam ni, pasti Hari Raya Aidil Adha kali ini cukup meriah.

Tapi apabila bercerita mengenai Hari Raya Qurban (Aidil Adha), mesti ramai yang mempunyai visi dan misi pada keluarga sendiri. Tidak terkecuali pada yang kurang bernasib baik. So apa kata kali ini kita berkongsi APAKAH PENGORBANAN yang telah kita lakukan pada diri sendiri.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Terima kasih dan selamat datang November 2009!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: November 2, 2009 online

terima-kasih

Holaaaa..!

Kita sudahpun memasuki fasa-fasa terakhir tahun 2009. Bulan hadapan adalah bulan terakhir untuk sesiapa sahaja membuat “closing” sebelum tahun 2010 menjelma. Dalam waktu yang sama, tiada apa yang boleh kita lakukan melainkan meneruskan kehidupan yang telah sedia ada.

Anyway, terima kasih di ucapkan kepada semua pembaca dan pengunjung blog ini. Kalau dahulu mungkin ramai yang kurang selesa dengan cara tuan punya blog ini berpencak di arena blogging tanah air, tetapi sekarang semakin ramai yang turut berpencak dengan kaedah yang sama di blog masing-masing (straight to the point).

Apa pun, di sini ingin sekali aku kalungkan ribuan terima kasih kepada para pengiklan yang sudi membuat pelaburan di blog ini:

1. Shanazz Hussain.
2. Shahrul Nizam.
3. Mohd Hafiszudin.
4. Amen.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Meraikan kemenangan!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh diterbitkan: October 26, 2009 online

Aura kemenangan malam tadi masih lagi terasa bahangnya sampailah sekarang. Sebagai cara untuk meraikan kemenangan pasukan yang di minati sejak dari darjah 4 lagi, amatlah susah untuk menggambarkan perasaan ini, apatah lagi sejak Liverpool mengalami kekalahan demi kekalahan.

Apa pun, kemenangan malam tadi sebenarnya bukanlah boleh di bangga sangat pun oleh peminat Liverpool. Ini adalah kerana Manchester United tidak menampakkan mainannya yang sebenar. Entah mengapa semua percaturan Manchester United seakan tidak menjadi.

Cuma biasalah… adat perlawanan. Dan sebagai untuk mengabadikan kemenangan, aku dengan gembiranya membawa mak dan ayah aku breakfast di luar tadi. Hahahahahah….tak jauh pun, hanya warung di tepi Courts Mammoth jer (lontong kering dia boleh tahan)
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

← Catatan sebelumnya