Komplen !!!! Komplen …!!!!

Ini adalah satu hukuman yang aku patut terima atas kesengalan yang aku buat.
Dan untuk melaksanakan hukuman ini, aku akan mengubah dan meng-upgrade semua content yang aku rasa tak bertepatan dengan apa yang aku tetapkan sebelum ini.
Oleh itu, aku ingin ucapkan terima kasih kepada “Wanita Suci” kerana sempat memberikan komplen terhadap blog rohaizad dot com ini. Aku amat menghargainya dan aku suka. Yaaa… terus terang memang aku suka dengan kau komplen yang membina seperti ini sebab secara tak langsung, aku tau yang aku dah ada pembaca setia.
Inilah komplen yang aku terima.
Maaf juga kerana komplen ni aku telah edit kerana terlalu panjang.
(more…)
Blogger, lu mau mati kaaa?
Aku tau ramai yang dah ada gambar-gambar ni dalam mailbox masing-masing.
Tapi tak ramai yang nak letak di blog sendiri. Pada aku, adalah wajar untuk blogger meletakkan entri ni dalam blog sebab ianya amatlah berkait rapat dengan blogger itu sendiri. So hari ni aku nak letak kat blog rohaizad dot com.
Adapun, arakian cara yang betul untuk menaip sebenarnya mempunyai kaedah yang tersendiri. Bagi yang pernah mengikuti kelas menaip, sudah tentulah mereka sudahpun mengetahuinya tetapi seorang blogger bidan terjun seperti aku… haram. Takde kursus menaip, meng-keyboard mahupun meng-cursor. Apa yang aku buat just cari huruf apa nak pakai… tekan!
Sehingga hari ini aku hanya menggunakan ibu jari kanan, jari telunjuk kanan, jari hantu kanan dan jari hantu tangan kiri. Iye…. hanya 4 jari sahaja yang aku gunakan. Jari yang lain tu tau mengular jer…
So, harap korang timbang-timbangkanlah dengan rasional tentang medic info yang aku nak tunjukkan ini. Carpal Tunnel Syndrome <—- pernah dengar?
(more…)
Kalaulah mimpi boleh di visualkan…

Sekarang jam tepat menunjukkan 12.00 tengah malam.
Aku masih lagi tersengguk-sengguk di depan meja komputer nie sambil tersenyum membalas email, gChat dan juga YM! yang bersepah di paparan skrin monitor aku. Kadang-kadang tu lain yang di taip, lain pulak orang yang menerima.
Bila tengah discuss pasal SEO dengan budak dari negara India, tak pasal-pasal member sekolah lama yang dapat…. sedang cerita pasal politik Malaysia, domain buyer aku yang kat Canada tu plak yang tercengang bila melihat nama Dr Mahathir ngan Pak Lah muncul kat YM dia… cerita pasal blogging, budak forum Digitalpoint plak yang terperanjat. Aku memberi, diaorang kenalah menerima…. kacau jiwa aku malam nie.
Program esok untuk temankan member aku ke Kota Tinggi pun aku terpaksa cancelkan. Alamat lusalah dapat temankan dia pergi nengokkan kolam baru ikan keli ngan lintah dia. Nasiblah ko Mizi…. adehh, kacau betul jiwa aku.
Kesemua 25 blog aku hari ni pun aku tak habis update. Separuh jer yang aku buat sebab takde mood langsung. Satu-satunya perkara yang aku buat dan menggembirakan hati aku hari ni ialah aku memotong rambut pada tahap G.I-2. Memang sah jiwa aku kacau !!!!
(more…)
Siapa kata perempuan tak boleh kencing berdiri?

Ya, siapa kata?
Dari dulu lagi aku dah kata perempuan memang boleh kencing berdiri cuma mereka jer yang tak mahu. Masa aku kecik dulu pun, aku pernah tanya pada orang tua aku, kenapa lelaki boleh kencing berdiri, perempuan mesti kencing duduk (cangkung)?
Jawapan yang aku selalu dapat dari orang tua ngan sister-sister aku semuanya sama. Orang lelaki selalu “nak cepat!”
Heh…heh…heh….
Kalau 10-20 tahun dulu bolehlah diaorang pakai jawapan ni sebab dulu memang orang perempaun tak ramai yang bekerjaya. Sekarang sorrylah brader… orang perempuan pun dah setanding dengan lelaki siot. Silap-silap korang sendiri pun bekerja di bawah telunjuk bos perempuan … apa kes?
Tapi, aku takde lah nak katakan yang bos perempuan korang tu kencing berdiri… (kalau ada pun, bukannya aku tahu pun kan?). Cuma aku rasa mungkin diaorang (perempuan) pun akan menimbangkan untuk kencing berdiri satu hari nanti bila “nak cepat!”. Ini bukan andaian aku sebab kalau korang dapat jumpa menatang nie dalam purse diaorang, memang confirmlah perempuan tu advance. Diaorang dah kencing berdiri.
Apa menatang-nya tuh?
(more…)
Ciumlah aku! - apabila bercium dihalalkan oleh Anuar Zain.

Aku dah lama nak up pasal cerita ni tapi masa tak mengizinkan. Biasalah, Sabtu dengan Ahad adalah hari berlibur dan blogger pun perlukan masa untuk itu.
So kes bercium yang dihalalkan oleh Anuar Zain ini benar-benar membenakkan kepala hotak aku. Aku tak tahulah dari mana Anuar Zain dapat keberanian untuk mengeluarkan kenyataan sedahsyat ini. Selama ini, aku agak respek dengan penyanyi nie sebab mak bapak dia adalah orang yang dihormati. Malah aku pun sendiri minat dengan Anuar zain ni. Kalau tak, takkanlah aku sanggup melalak menyanyi lagu dia bila aku karaoke.
Tapi, bila dia sendiri dengan selamba membuat kenyataan “Aiman tak kisah…” itu, maka bermulalah satu era yang membingungkan bagi ramai tokoh-tokoh agama dan juga alim ulama’. Sekali pandang, memang tak ubah seperti kenyataan yang dibuat oleh Sixpence None the Richer (Lagu: Kiss me.)
(more…)