Demonstrasi.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh disiarkan: August 20, 2008 online

demonstrasi.jpg

Apa yang ada di dalam minda anda berkenaan dengan gambar di atas?
Jika ada, sila isikannya sebagai dialog di dalam kotak komen di bawah:

Budak kecil: _______________________________________________
Pihak berkuasa: ______________________________________________

Selamat berimaginasi…. :)

*** Ini pula adalah antara komen-komen yang telah diberi oleh pembaca setia blog ini :

SamDaddyCool:
Budak kecil: You don’t like me when I’m angry… grrrr
Pihak berkuasa: Alamak!!! budak ni nak tuka kaler!

Sallikin@Nikillas:
Budak kecik : Don’t mess with the little zohan..!!
Pihak berkuasa : Erk..!! Camne leh ada zohan kecik kat sini pulak..??

Taukey:
Budak kecik : Budak Kecik : Korang tak nak lari? kejap lagi aku tukar jadi incrdible hulk
Pihak berkuasa : ish ish pengaruh televisyen la tu

Megat:
Budak kecil : “kalau berani… mari la dekat. aku tak takut la”
Pihak Berkuasa : “ek elleh budak kecik ni. buang masa aku la”.u

Mohd Hafifi:
Budak kecil: “kau ingat kau besar aku takut”
Pihak berkuasa: “kau ingat kau kecik aku takut”

Ada lagi yang berhajat mau berdialog melalui gambar nie?
Silakan…. :)

Wanita.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh disiarkan: July 29, 2008 online

header.png

Hari ini aku nak share sket satu email yang aku terima dari Ernie (member internet aku - tak pernah bersua muka .. main chat jer). Ernie nie mamang rajin hantar email kat aku dan boleh dikatakan semua email dia membuatkan aku berfikir. Jadi inilah email yang aku rasa akan membuatkan korang plak terfikir:

Mengapa WANITA sangat ISTIMEWA…. ..

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. “..I letih la..dah lewat ni, I nak tido lah….”
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas…leceh pulak nanti. Dahlah tu, ade pulak rice cooker dalam sink…rendam lepas makan tadi… basuh jap.

Susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi…check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu…memang dah kering pun flusk ni, jerang la air…sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong….salin la gula…chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi…ishh. ..ni lauk bila ni, semalam…dah beku dah…basuh la kejap….pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh…penat dah ni, besok je la basuh…sidai kain lap je lah…tik…bunyi air dah masak…salin air dalam flusk…ok settle…

Baru teringat tak sembahyang lagi…on the way nak masuk bilik, papa tgk tv lagi…nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska…check. ..baju 2 pasang, towel…towel kecik utk selsama…calamine lotion untuk sapu ruam…pampers 4 keping….alamak. .terlupa pulak masukkan botol…basuh botol jap…ok settle.
(Baca selanjutnya :) …)

Komplen !!!! Komplen …!!!!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh disiarkan: April 11, 2008 online

komplen.jpg

Ini adalah satu hukuman yang aku patut terima atas kesengalan yang aku buat.
Dan untuk melaksanakan hukuman ini, aku akan mengubah dan meng-upgrade semua content yang aku rasa tak bertepatan dengan apa yang aku tetapkan sebelum ini.

Oleh itu, aku ingin ucapkan terima kasih kepada “Wanita Suci” kerana sempat memberikan komplen terhadap blog rohaizad dot com ini. Aku amat menghargainya dan aku suka. Yaaa… terus terang memang aku suka dengan kau komplen yang membina seperti ini sebab secara tak langsung, aku tau yang aku dah ada pembaca setia.

Inilah komplen yang aku terima.
Maaf juga kerana komplen ni aku telah edit kerana terlalu panjang.
(Baca selanjutnya :) …)

Blogger, lu mau mati kaaa?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh disiarkan: April 9, 2008 online

Aku tau ramai yang dah ada gambar-gambar ni dalam mailbox masing-masing.
Tapi tak ramai yang nak letak di blog sendiri. Pada aku, adalah wajar untuk blogger meletakkan entri ni dalam blog sebab ianya amatlah berkait rapat dengan blogger itu sendiri. So hari ni aku nak letak kat blog rohaizad dot com.

Adapun, arakian cara yang betul untuk menaip sebenarnya mempunyai kaedah yang tersendiri. Bagi yang pernah mengikuti kelas menaip, sudah tentulah mereka sudahpun mengetahuinya tetapi seorang blogger bidan terjun seperti aku… haram. Takde kursus menaip, meng-keyboard mahupun meng-cursor. Apa yang aku buat just cari huruf apa nak pakai… tekan!

Sehingga hari ini aku hanya menggunakan ibu jari kanan, jari telunjuk kanan, jari hantu kanan dan jari hantu tangan kiri. Iye…. hanya 4 jari sahaja yang aku gunakan. Jari yang lain tu tau mengular jer…

So, harap korang timbang-timbangkanlah dengan rasional tentang medic info yang aku nak tunjukkan ini. Carpal Tunnel Syndrome <—- pernah dengar?
(Baca selanjutnya :) …)

Siapa kata perempuan tak boleh kencing berdiri?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang, Sekilas - Tarikh disiarkan: April 5, 2008 online

pee.jpg

Ya, siapa kata?
Dari dulu lagi aku dah kata perempuan memang boleh kencing berdiri cuma mereka jer yang tak mahu. Masa aku kecik dulu pun, aku pernah tanya pada orang tua aku, kenapa lelaki boleh kencing berdiri, perempuan mesti kencing duduk (cangkung)?
Jawapan yang aku selalu dapat dari orang tua ngan sister-sister aku semuanya sama. Orang lelaki selalu “nak cepat!”

Heh…heh…heh….
Kalau 10-20 tahun dulu bolehlah diaorang pakai jawapan ni sebab dulu memang orang perempaun tak ramai yang bekerjaya. Sekarang sorrylah brader… orang perempuan pun dah setanding dengan lelaki siot. Silap-silap korang sendiri pun bekerja di bawah telunjuk bos perempuan … apa kes?

Tapi, aku takde lah nak katakan yang bos perempuan korang tu kencing berdiri… (kalau ada pun, bukannya aku tahu pun kan?). Cuma aku rasa mungkin diaorang (perempuan) pun akan menimbangkan untuk kencing berdiri satu hari nanti bila “nak cepat!”. Ini bukan andaian aku sebab kalau korang dapat jumpa menatang nie dalam purse diaorang, memang confirmlah perempuan tu advance. Diaorang dah kencing berdiri.

Apa menatang-nya tuh?
(Baca selanjutnya :) …)

Ciumlah aku! - apabila bercium dihalalkan oleh Anuar Zain.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang, Sekilas - Tarikh disiarkan: March 30, 2008 online

sixpence_non_thericher.jpg

Aku dah lama nak up pasal cerita ni tapi masa tak mengizinkan. Biasalah, Sabtu dengan Ahad adalah hari berlibur dan blogger pun perlukan masa untuk itu.

So kes bercium yang dihalalkan oleh Anuar Zain ini benar-benar membenakkan kepala hotak aku. Aku tak tahulah dari mana Anuar Zain dapat keberanian untuk mengeluarkan kenyataan sedahsyat ini. Selama ini, aku agak respek dengan penyanyi nie sebab mak bapak dia adalah orang yang dihormati. Malah aku pun sendiri minat dengan Anuar zain ni. Kalau tak, takkanlah aku sanggup melalak menyanyi lagu dia bila aku karaoke.

Tapi, bila dia sendiri dengan selamba membuat kenyataan “Aiman tak kisah…” itu, maka bermulalah satu era yang membingungkan bagi ramai tokoh-tokoh agama dan juga alim ulama’. Sekali pandang, memang tak ubah seperti kenyataan yang dibuat oleh Sixpence None the Richer (Lagu: Kiss me.)
(Baca selanjutnya :) …)

Satu saat dalam kehidupan.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh disiarkan: March 27, 2008 online

Ermm… lagi satu email dari Ernie yang seronok untuk di baca.
Thanks Ernie.
(Baca selanjutnya :) …)

Catatan baru →← Catatan sebelumnya