Hutang mesti dibayar’kan?
Oh yaaa…, aku masih lagi berhutang pada pembaca aku akan 2 perkara:
1- Aku berhutang pada Zool mengenai satu review “Bagaimanakah untuk menjana wang hanya dari satu blog?”
2- Aku pernah berjanji kepada semua pembaca aku sendiri (adakah engkau orang itu?) bahawasanya akan ada di antara mereka yang mendapat full hosting percuma untuk tahun pertama dan RM20 untuk tahun yang berikutnya.
Untuk Zool, aku rasa aku akan berkongsi tips mengenai “Bagaimanakah untuk menjana wang hanya dari satu blog?” dalam bentuk audio sebab aku rasa lebih bebas bagi aku untuk menggunakan perkataan yang solid-molid dan mudah faham.
Wahahaha….. sibuknya aku sejak dua menjak nie…
Sebutir PERMATA di KEJORA - entri untuk Universiti Putra Malaysia.

Iya… adik aku telahpun mendapat tawaran kerja di Kejora (Kemajuan Johor Tenggara) sebagai Pegawai Pertanian dan kalau aku betul, Kejora baru sahaja melakar sejarahnya yang tersendiri.
Sejarah?
Benar.
Adik aku adalah pegawai pertanian yang termuda pernah dimiliki oleh Kejora !!!
Dengan melantik seorang pemuda yang hensem dan berdedikasi (tengoklah adik siapa kan?), aku pasti Kejora akan mendapat satu lagi suntikan persekitaran baru dari segi idea dan tenaga kerja. Itu aku pasti. Yang nyatanya, UPM (Universiti Putra Malaysia) telahpun kehilangan satu lagi PERMATA yang digilap oleh mereka sendiri (UPM) selama bertahun lamanya. Bukan aku tidak bersyukur, tetapi ada something yang aku rasa “pelik”.Ceritanya begini:
(more…)
Rewang kerja kahwin - adat atau cara hidup?

Hari ini adalah hari Sabtu 24hb May 2008.
Hari ini adalah hari pertama cuti sekolah.
Hari ini adalah satu hari yang best bagi semua anak-anak di Malaysia ini.
Hari ini adalah hari di mana si ayah akan membawa pulang membawa isteri dan anak-anak mereka bertemu atuk, nenek dan juga opah mereka di kampung.
Hari ini juga adalah hari yang paling keramat bagi orang yang hendak kahwin esok!
Seperti biasa, kenduri kahwin adalah satu lagi lambang keseronokan hidup berteman. Hari yang dianggap sebagai hari pertabalan raja sehari ini sebenarnya adalah satu petanda penghujung kisah berteman mereka dan pada waktu yang sama, ia akan jadi hari pertama untuk mereka berkongsi hidup. Iya… berteman dan berkongsi hidup adalah 2 perkataan yang membawa yang amat berlainan. Bagi mereka yang akan berkahwin, harap mereka dapatlah memahami maksud dan konsep 2 perkataan ini. Jangan sesekali ada rahsia selepas berkahwin kerana itu adalah petanda bahawa tahap kepercayaan antara sesama engkau belum lagi cukup kuat.
Kenduri kahwin juga adalah satu majlis yang amat membawa erti kepada emak dan bapak pengantin. Bapak pengantin akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan semua keperluan di “hadapan” akan lengkap selengkapnya termasuklah team-team rewang. Walaupun bertindak seperti mandur, tapi bapak pengantin akan selalu dilayan dengan baik oleh team rewang. Order sahaja, pasti akan terlaksana. Kalau pada zaman aku dulu sampailah sekarang ini, bapak pengantin akan buat apa sahaja supaya jemputan yang datang berasa selesa. Malah, kalau perlu di “tolak hujan”, maka ilmu tolak hujan pun akan di “order”.
(more…)
Lagu Untuk Ibu dan Ayah.

Tak banyak yang aku nak katakan untuk Hari Ibu esok. Cuma apa yang aku tau, aku hanya ada ada sorang ibu dan sorang ayah sahaja dalam dunia yang fana ini.
Lagu ini aku tujukan pada semua anak-anak di dunia ini terutamanya pada mereka yang rasanya belum puas berbakti pada ibu ayah masing-masing. Tapi sebelum aku paparkan music video untuk ibu dah ayah (bersempena Hari Ibu esok), elok rasanya bagi aku untuk berkongsi sedikit amalan yang masih lagi aku amalkan sehingga hari ini.
Baiklah, sementara ibu dan ayah korang masih lagi hidup, sayangilah ibu dan ayah korang. Oh yaaa.. lagi sekali aku tekankan, bukannya aku ingin berlagak tetapi aku MASIH LAGI AMALKAN 10 perkara di bawah terhadap ibu bapa aku:
(more…)
Blog, blok, block, blogger.
3… 2… 4.. .kaunter 7…
3… 2… 5… kaunter 8…
Mana pulak awek hari tu… selalunya dia bayar bil sama dengan hari aku bayar bil kat pejabat pos ni.
“Pappp…!!! siapa plak yang tepuk bahu aku ni…?”
“Weiii Ijad, sombong ye ko sekarang nie. Dah tak nampak lagi bayang ko kat kedai asam pedas. Ko dah tak meniaga lagi ker?” tanya Selamat.
“Ada…. aku ada lagi kat sini. Tak merantau pun, duduk kat rumah buat kerja sendiri.
Yang ko pulak bertahun aku tak nampak, ko ikut Mas Selamat balik ke Indonesia ker?” soal aku.
“Otak ko, ko ingat aku saper?” sampuk Selamat.
“Takdelah aku gurau jer, ko kerja mana skang?”, tanya aku sambil merenung perempuan yang kat sebelah Selamat tu.
“Aku sekarang kerja kat Larkin. Ni bini aku, baru sebulan aku kahwin” dengan bangganya Selamat pegang pinggang bini dia. “Selamat pengantin baru Mat”, sori aku tak dapat datang hari tu. Dalam hati aku “haram punya member, kahwin pun tak jemput”, aku tersengih jealous.
(more…)
