*** Posted in: Aku, Spesifik | June 13th, 2008 ***

Luahan hati rakyat Johor yang ingin diluahkan telahpun terluah!

rusuhan.jpg

Aku adalah seorang rakyat yang suka berfikir.
Bila apa yang aku fikirkan itu logik dan inginkan sesuatu solution, maka selalunya aku akan berdiskusi dengan bapak aku. Tidak kiralah sama ada usulan dan idea itu datang daripada parti kerajaan mahupun parti pembangkang, aku tetap akan berdiskusi mengenainya. Selalunya waktu yang dipilih adalah ketika dan selepas makan tengah hari (emak aku selalunya akan jadi PEMERHATI.. cehhh!) .

Aku dan bapak aku selalunya berfikir dan bertindak secara rasional. Bukan semua yang datang dari kerajaan dan pembangkang itu betul dan begitulah sebaliknya. Cuma apa yang tidak seronok selepas sesuatu diskusi adalah tindakan yang akan kami lakukan. Most of the time, aku dan bapak aku hanya menyimpan dalam hati sambil berdoa yang salah dapat dibetulkan. Tetapi, apabila hasrat dan juga niat untuk memperbetulkan semua yang salah berada di luar bidang kuasa, maka itu yang akan menjadi satu tekanan. Iya… TEKANAN. Tekanan adalah stress!

Halooo… ingat menteri dan orang besar jer yang dapat stress ker?
Rakyat jugak kadang-kadang cukup stress, serik dan pressure melihat keletah “mangkuk-hayun” orang besar yang tak betul ni. Jangan ingat rakyat senang lenang melihat dan mendengar. Lagi banyak yang rakyat tahu, lagi tertekan hidup mereka. Apalagi bila semua janji dan sumpah yang diucapkan ketika warkah perlantikan di “buruk siku” kan oleh mereka yang sungguh “money oriented”.

Bukanlah niat aku hendak membawa tukul besi untuk mengetuk kepala ahli parlimen/kerajaan yang “mangkuk-hayun” di dalam kabinet itu, tetapi inilah perasaan dan juga hati seorang rakyat yang telah memangkah. Ingat, aku maksudkan orang yang ada di dalam kabinet… so maknanya kerajaan dan pembangkang pun aku hayun… tiada yang terkecuali.

Cuma bila ada di kalangan orang besar yang “BERJAYA” menyuarakan hati sebenar RAKYAT, aku sungguh terkesima. Aku rasakan apa yang aku dan bapak aku diskuskan telah terlaksana dan doa yang selama ini dipanjatkan telah termakbul. Bagi orang Johor ini adalah satu LUAHAN yang patut engkau simpan dan diskuskan lagi secara meluas. Hakikatnya, ini adalah satu PEKUNG yang tidak boleh disimpan lagi. SYABAS !!!!!!!!!!

Bacalah sampai habis….
(more…)

*** Posted in: Spesifik, Umum | June 13th, 2008 ***

Pembayaran Subsidi Petrol: bodoh jika engkau tak ambil!

bassekolah.jpg

Seperti yang telah digembar-gemburkan oleh Pak Lah dan delegasi negara yang lain, esok adalah hari untuk semua rakyat Malaysia mengambil bonus. Walaupun bonus ini adalah duit kita sendiri, tetapi adalah BODOH jika kita tidak mahu ambil. Senang cerita, kalau engkau tak mahu, engkau boleh forwardkan duit itu kepada aku.

Apa-apa pun, aku dapati ada lagi antara kita yang BLUR tentang pembayaran “gimmick” subsidi petrol (gimmick ker?) ini. Tak kurang ada juga yang masih lagi tidak percaya tentang pembayaran subsidi petrol lesen kenderaan motor ini. Wey kawan…. ini bukan main-main ler !!!

Jadi di sini, aku lampirkan gambarajah (lama betul aku tak sebut perkataan “gambarajah” ni…) dan juga cara-cara untuk ‘claim’ duit kita sendiri:
(more…)

*** Posted in: Spesifik | May 31st, 2008 ***

Ada apa dengan hari Ahad?

walking.jpg

Hari ini adalah minggu kedua cuti sekolah pertengahan tahun.
Masing-masing sibuk lagi dengan hal kenduri kahwin dan macam-macam lagi. Tapi, sebelum aku teruskan entry ini, aku ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru untuk kawan sekolah aku; Namanzee Harris. Weyy Manzerk…! aku dah nampak dah ciri-ciri seorang suami dalam mata engkau …. wakakakaka!

Apapun, hari ini hari Ahad dan semua manusia di dunia ini mempunyai hal masing-masing untuk dilaksanakan. Aku pulak hari nie agak FREE dan yang paling best, tiada jemputan kahwin. Kira taklah senak sangat perut nie dengan nasi minyak, ayam dan jugak daging kambing. Kalau tidak, alamat memang toilet’lah yang akan dituju.

Ada apa dengan hari Ahad?
Tiada apa-apa sebenarnya. Cuma apa yang ingin aku kongsikan adalah routine yang aku selalu buat. Maybe routine yang aku nak share nie agak berlainan tapi apa salahnya untuk berkongsikan?

Jadi inilah dia routine hari Ahad aku:
(more…)

*** Posted in: Spesifik | May 27th, 2008 ***

Tips untuk bersedekah.

Aku baru jer melawat blog Bob dan aku rasa aku nak panjangkan sedikit moral of the story yang telah BOB utarakan. Lagipun, idea yang Bob cetuskan dalam entri tu amatlah bagus dan harus diikuti. Buat pengetahuan semua, baru saja semalam aku membaca satu buku yang bertajuk “Anda bertanya, Islam menjawab” di Perpustakaan Awan Sultan Ismail, Johor Bahru.

Adapun buku itu tidaklah sebesar mana bentuknya dan tidaklah cantik rupa serta keadaannya. Buku itu juga sudah uzur usianya tetapi ilmu dan pengisiannya amatlah besar. Jadi Bob sebenarnya telah membuatkan aku mengingati semula apa yang aku baca semalam. Dan ini adalah satu pengisian yang mungkin berguna bagi insan yang bergelar manusia.
(more…)

*** Posted in: Spesifik | May 22nd, 2008 ***

Sometimes, less is more.

Semalam rasa best, hari ni pun rasa best jugak.
Tanpa tekanan, tanpa bebanan, tanpa kusutan.
Dan semakin lama aku pandang, semakin cool pulak.
Kadang-kadang, sedikit itu ada kelebihannya.

Itulah yang aku nak katakan dengan theme baru rohaizad dot com ini. Entah kenapa pulak, aku tak dapat pastikan tetapi theme ini memang membuatkan aku rasa rilek semacam jer. Meskipun nampak minimalist dan lebih simple dari theme yang terdahulu, tapi memang gerek.

Tiada adsense, tiada gambar kepala botak aku kat tepi, tiada plugin yang berat, tiada auto rss button dan banyak lagi yang aku telah buang. Blog ini semakin “ringan” dan begitu jugak dengan kepala aku. Berlatarbelakangkan warna putih dan bertemankan sedikit shadow sebagai mainan landskapnya serta warna merah di bahagian sidebar, aku rasa theme sebegini akan menjadi lebih “selamba” untuk semua pengunjungnya. Tiada lagi unsur-unsur “urban + hi tech” dalam blog peribadi ini. All back to basic.

Tapi ada lagi satu part yang seronok bagi aku iaitu font.
Mungkin ada yang berkata font ini tak sesuai tapi bagi aku, font zaman Leftenan Adnan ini macam happening jer. Ia membuatkan aku teringat zaman pakai type writer dulu-dulu. Yelah.. zaman aku study dulu, mana ada fully computer assignment kan. Pakai type writer pun lecturer boleh terima. Janji kemas dan tak banyak “liquid paper”.

So apa kata engkau?
Adakah theme ini best?

« Older PostsNewer Posts »