Domain Pizza.com sedang dibida pada harga USD2 juta!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet, Spesifik - Tarikh disiarkan: April 2, 2008 online

pizza.jpg

Berita ini memang salah satu berita yang best bagi orang yang menjual domain macam aku. Bukanlah bermakna aku akan dapat share dari penjualan domain tu tapi, analisis yang akan dibuat pada hari-hari yang mendatang akan menjadikan domainer seperti aku lebih bersedia dan lebih bijak.

Ya….!
Domain Pizza.com sedang dibida pada harga USD2,000,000 lebih.
Maknanya dalam RM6,300,000 juta ringgit Malaysia!!!!!
Tapi pada saat korang membaca entri nie, aku rasa harganya dah melonjak kot. Sebab USD2 juta ialah pada harga 29hb Mac yang lepas. Aku kuat merasakan yang Pizza.com akan mencecah ke USD3 juta sebab kalau Vodka.com dulu boleh dijual pada harga USD3 juta (pada tahun 2006), inikan pula Pizza kan?
(Baca selanjutnya :) …)

Inilah motor aku.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku, Spesifik - Tarikh disiarkan: March 28, 2008 online

kesatria_baja_hitam.jpg
…………………………………………………………………………………………………………
Wahahahahah….!

Seperti yang telah aku janjikan pada entri yang sebelumnya, inilah motor yang aku beli bulan lepas hasil dari duit blogging. Tapi sebelum korang melihat ke gambar yang seterusnya, aku nak tanya korang masih ingat lagi cerita Jepun Kesatria Baja Hitam atau Mask Rider?
(Baca selanjutnya :) …)

Apabila “orang-orang besar” bersuara - apa sudah jadi?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Spesifik, Umum - Tarikh disiarkan: March 25, 2008 online

Perbualan ini memanjang ketika bapak aku sedang leka menonton televisyen. Mak aku yang masih lagi bertelekung terus mendengar dengan penuh khusyuk apa yang dibebelkan oleh kakak aku. Sambil orang tua tu mengurut-urut dahinya, dia pasti yang perbualan itu sememangnya menggangu sembahyang Isyaknya.

Kakak aku: “Apa guna pilihanraya kalau yang dipilih itu ditolak?”
Bapak aku: “Betull… buat apa diadakan election kalau keputusan tak laku…. penat jer orang yang bekerja masa election itu hari..”
Emak aku: : “Apa sudah jadi dengan UMNO sekarang ni?”
…………………………………………………………………………………………..
Kakak aku: “Sorang ke timur, sorang ke barat”
Bapak aku: “Betul tu.. tak pernah terjadi mende macam ni sejak zamak Tunku Abdul Rahman”
Emak aku: “Apa sudah jadi dengan orang Melayu ni?
…………………………………………………………………………………………..
Kakak aku: “Dulu, orang Melayu berpuak… UMNO dengan PAS…”
Bapak aku: “Betul… sekarang UMNO dengan UMNO pun nak Menteri Besar masing-masing”
Emak aku: “Malu betullah… kalaulah Tunku Abdul Rahman ada lagi, mesti dia sedih”
……………………………………………………………………………………………
Kakak aku: “Siap sembahyang hajat pulak tuh”
Bapak aku: “Betul…walhal bukannya nak pergi perang Uhud atau Perang Badar”
Emak aku: “Entahnya, kan dah menang…. tinggal nak buat keje jer”
…………………………………………………………………………………………….
Kakak aku: “Apalah nak jadi dengan UMNO sekarang nie…”
Bapak aku: “Something wrong somewhere…”
Emak aku: : “Kena muhasabah banyak nie…”
…………………………………………………………………………………………….

Aku. Memikir.

Blogger Malaysia bukanlah “GOBLOK- BODOH” lagi…

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet, Orang, Sekilas, Spesifik, Umum - Tarikh disiarkan: March 22, 2008 online

Aku respek betul dengan Menteri Penerangan yang baru, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Mungkin korang belum lagi familiar dengan nama ini, aku pun begitu jugak. Tapi apa yang ingin aku sampaikan adalah “sikap terbuka” beliau dalam memahami apakah itu dunia seorang BLOGGER dan juga KUASA yang ada pada seorang blogger.

Suratkhabar Kosmo bertarikh 22hb Mac hari ini benar-benar bersangkut paut dengan semua blogger khasnya blogger Malaysia. Dalam artikel itu, beliau secara terus terang menyebut tentang peranan media alternatif sebagai medium penyebar maklumat. Hakikatnya, beliau mengatakan yang PENDAPAT PENULIS BLOG TIDAK BOLEH DIKETEPIKAN. Aku dah lama nak cakap benda nie tapi “tak kuat” untuk menyuarakannya.

Korang masih ingat lagi kes BLOGGER GOBLOK(BODOH) yang telah menggemparkan dunia blogging Malaysia tahun lepas?
(Baca selanjutnya :) …)

Azali Azlan 20 A1- Pelajar terbaik SPM 2007!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita, Spesifik - Tarikh disiarkan: March 12, 2008 online

Pelajar terbaik SPM 2007 - Azali Azlan 20 A1

Azali Azlan… 20 A1 … SPM 2007 .. SYABAS MERE BETHA!!!
Mungkin itulah yang akan diucapkan oleh semua parent Hindustan kepada anak lelaki mereka di India apabila anak lelaki mereka mendapat keputusan SPM yang sungguh dahsyat seperti ini.

Tapi bagi Encik Azali, ini adalah satu hadiah yang paling besar dalam hidup beliau sepanjang bergelar ayah kerana anaknya Azali Azlan, berjaya mendapat 20 A1 dalam peperiksaan SPM 2007. Bagi aku, ini juga adalah impian bagi semua ibu dan ayah di Malaysia ini. Umpama bulan jatuh ke riba, keputusan CEMERLANG yang diperolehi oleh anaknya itu benar-benar mengejutkan semua ibu bapa termasuklah KEMENTERIAN PENDIDIKAN sendiri.

Yang lebih mengejutkan, 9 dari mata pelajaran yang Azali ambil sebenarnya tidak langsung disediakan di sekolahnya (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, Kedah)! Bermakna Azali belajar di atas insiatifnya sendiri. Aku rasa mungkin pihak media boleh mendapatkan maklumat tambahan bagaimana Azali berjaya menyusun waktu belajarnya dengan begitu perfect sekali.

Weyyy.. korang semua jangan memain pasal waktu belajar nie.
(Baca selanjutnya :) …)

Hari mengundi - apa pula selepas itu?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku, Spesifik - Tarikh disiarkan: March 7, 2008 online

Korang semua dah mengundi kan?
So apa yang korang akan buat lepas mengundi?
Tak tau?
Takkan nak duduk di pusat mengundi tu sampai orang dah takde kan?
Takkan nak basuh meja kerusi kat pusat mengundi tu kan?
Atau takkan lah korang nak buat liputan mengundi tu sedangkan dah beribu orang yang datang buat liputan?

cinema2.jpg

Jadi apa kata korang ikut cadangan aku?
Ya… cadangan tu tidaklah seberat mana… cuma apa yang korang perlu fikirkan ialah cuba pilih filem yang korang rasakan sesuai dengan MOOD korang di hari mengundi ni. Pendek cerita, hari mengundi adalah hari yang paling baik untuk menonton wayang kerana tanggungjawab korang dah pun terlaksana.

cinema3.jpg

Hari mengundi - hari untuk menonton wayang…!
Yeeee..haaaaaaaaa….

Blogging dah mati …?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet, Spesifik - Tarikh disiarkan: March 5, 2008 online

dead2.jpg

Bangun pukul 11.00 pagi dengan titisan hujan di tepi tingkap rumah aku nie… fuhhh, sungguh aman rasanya. Yang paling best, bila angin yang meniup ke arah langsir tu agak kuat. Situasi ini memang mengingatkan aku kepada kenangan lalu sewaktu membawa freshies ke Pengkalan Balak untuk minggu orientasi 9 tahun lepas. Rasa macam tidur di tepi pantai pulak…

(Kenangan terpalit kembali, dengan diselangi muzik sentimental CD Kenny G…)
Sebagai ketua fasilitator, 2 buah bas yang dipenuhi dengan batch baru tidaklah merisaukan sangat kerana semua AJK yang berada di bawah aku sungguh berdedikasi. Kepada Azah, Dewi dan beberapa orang “wanita kuat” yang aku kenal, korang semua sentiasa dalam ingatan aku (walaupun korang semua dah kahwin). Kalau setakat koleksi gambar tu, jangan ceritalah… banyak lagi gambar yang aku masih lagi simpan dalam koleksi album aku.

Realiti sebenarnya sekarang ini:
(Baca selanjutnya :) …)

Catatan baru →