Ingin beriklan? Sila klik di sini

Tips blogging – tulis sahajalah!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Tips - Tarikh diterbitkan: March 3, 2010 online

Perbuatan menangguh sesuatu kerja yang ingin di lakukan sememangnya boleh memberikan kesan yang tidak bagus. Dalam apa jua jenis pekerjaan, sifat suka bertangguh akan membuatkan sindrom “last minute” semakin menebal di dalam jiwa.

Sama juga dengan aktiviti berblogging.
Walaupun dalam kebanyakan perkara kita selalu ingin ‘memberikan’ yang terbaik kepada pembaca kita, tapi kadang-kadang kita juga harus memberikan yang terbaik untuk diri sendiri. Maksudnya, kalau entri itu lebih kepada ’syok sendiri’, maka tulis sahajalah.

Mengapa?
Kerana pembaca tidak terdiri dari satu jenis. Pembaca mempunyai pelbagai ragam dan selera. Kalau kita terlalu cover tutur tulisan kita itu dengan gaya olahan tahap ke-8 kuasa petala langit dan bumi, di situ juga terdapat risiko yang kita sendiri tidak sedar.

Be yourself!
Sebab itulah yang pembaca inginkan!
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Tips – cara untuk turn off Google Buzz di Gmail.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet, Tips - Tarikh diterbitkan: March 1, 2010 online

Akhir-akhir ini, dunia internet Malaysia agak kecoh dengan cerita-cerita yang SCAM dan SPAM. Blog ini sendiripun banyak mengutarakan cerita yang lebih kurang panasnya.

Dari aktiviti SPAM-menyepam di Facebook, melalui handphone dan juga melalui email… semuanya dilakukan oleh orang yang digelar SPAMMER. Dan kini, terdapat satu lagi feature di dalam GMail yang telah menjadi kegemaran SPAMMER-spammer ini untuk meneruskan aktivitinya iaitu melalui Google Buzz.

Untuk pengguna tegar GMail (seperti aku), aku rasa ada masanya kita harus bertanya kepada diri sendiri mengenai keperluan yang kita sendiri perlukan. Maksudnya, bukan semua perkara yang baru itu harus di cuba.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Keliru – bahagian 2 (tips yang tidak seberapa di hujung minggu)

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Tips - Tarikh diterbitkan: February 20, 2010 online

migrain

Blog ini pernah menerbitkan satu artikel mengenai KELIRU sedikit masa dahulu. Dan di hujung minggu yang berbahagia ini, ingin sekali aku kongsikan beberapa perkara yang mungkin berbaloi untuk dikongsi bersama.

Semua orang mempunyai blog tapi percaya atau tidak, ada juga yang keliru dengan blog sendiri. Apabila tuan punya blog pun dah keliru dengan blog yang dia sendiri ada, maknanya dia harus memandang kepada satu lagi sudut iaitu “adakah pembacanya okay ataupun keliru juga?”

Itulah yang perlu di berikan perhatian kerana kadang-kadang pembaca tidak menyuarakan kekeliruan mereka pada kita sebagai tuan punya blog.

Sampai pada satu tahap, apa yang mereka lakukan kadang kala lebih “kejam” dari itu iaitu MENINGGALKAN BLOG kita dengan selamba kodok saja … hahahah :D
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Tips mudah untuk update blog.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Tips - Tarikh diterbitkan: February 9, 2010 online

riang

Mungkin ini adalah tips yang paling pendek dan ringkas dalam blog ini. Walaupun begitu, mungkin tips ini juga dapat membantu mereka yang baru hendak berblogging.

Baiklah, sebenarnya ramai yang masih tidak tahu apa yang hendak di tulis sebaik sahaja mereka mempunyai blog. Kalau dahulu mereka belum ada blog, bermacam-macam perkara yang muncul di dalam kepala dan minda masing-masing untuk di tulis (kononnya).

Tapi setelah memiliki blog, timbul pula satu persoalan baru iaitu:

  • Nak tulis apa?
  • Boleh ke tulis topik ini?
  • Orang suka ke dengan apa yang akan ditulis?

Walaupun perkara ini mungkin nampak mudah bagi sesetengah blogger, tetapi sebenarnya ia berlaku di seluruh dunia. Jadi kepada semua bloggers, apa yang perlu di lakukan?
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Ini adalah entri susulan dari artikel ‘Kenapa nampak macam susah untuk buat duit dari blogging?‘ yang telah di terbitkan beberapa hari lalu.

Tapi sebelum aku menulis dengan lebih panjang lebar, ada satu perkara yang agak menarik mengenai entri ini. Selain dari membincangkan mengenai Facebook dan Alexa serta pendapatan pengiklanan melalui blog, entri kali ini akan mendapat sedikit sentuhan peribadi (screenshot earnings dari Innity!).

Lagi satu…..kebetulan pula entri ini adalah entri yang ke 501 untuk rohaizad dot com!!!

500-entri


Tak sangka… blogging punya blogging, dah cecah 500 artikel dah… (but still belum dapat challenge blog English yang satu lagi… hampir 3000 artikel…huhuhu)

Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Tips blogging – 7 perkara yang selalu dilakukan oleh rohaizad dot com.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Tips - Tarikh diterbitkan: January 27, 2010 online

Ahaaa…. ini adalah satu lagi entri yang aku rasa berbaloi untuk di kongsi dengan pembaca/pengunjung setia blog ini. Dipendekkan cerita, ini adalah salah satu lagi cara untuk aku berterima kasih dek kerana traffik blog ini yang semakin meningkat dari hari ke hari.

Sebenarnya, aku bukanlah seorang blogger yang layak untuk mengajar sesiapapun tentang semua perkara mengenai blogging. Aku sendiri pun masih lagi belajar mengenai dunia blogging. Simply said, aku hanyalah seorang blogger di rumah yang sentiasa cuba untuk memperbaiki diri sendiri.

Cuma apabila blog ini mula mendapat respons yang baik, maka aku rasa aku juga harus memberikan yang terbaik. Dan entri ini merupakan salah satu lagi cara untuk aku “memberi”.

So mulai dari hari ini, kalau ada yang pernah bertanya bagaimana rohaizad dot com “menjaga” blognya, tips di bawah mungkin boleh membantu. Walaupun banyak lagi perkara yang telah aku terapkan untuk monetize blog ini, tetapi 7 tips di bawah adalah perkara yang paling kerap aku lakukan:
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Tips blogging – jangan kusutkan diri sendiri.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Tips - Tarikh diterbitkan: January 26, 2010 online

Soalan:

stress7 (1)

Encik Rohaizad, saya memang suka melihat orang ada blog. Saya juga suka melihat mereka berblogging. Malah saya sendiri pun ada blog tapi semakin hari saya rasa ada sesuatu yang membuatkan saya bosan dengan dunia blog.

Walaupun saya selalu membaca blog orang lain, tetapi saya rasa semakin ketinggalan. Saya tidak tahu apakah yang saya patut lakukan. Adakah aktiviti blogging ini sesuai untuk saya?

Jawapan:

Tuh dia…!
Satu soalan yang memang direct to the point. Dalam kebanyakan situasi, ini adalah salah satu perkara yang paling common untuk di dengar dalam dunia blogging.

Dan hari ini, aku ingin berkongsi beberapa info yang mungkin boeh di manfaatkan bersama. Jika ada di antara kamu nanti yang kurang senang dengan apa yang aku tulis di bawah… terpulanglah, no komen. Aku hanya ingin menulis kerana itu sahajalah caranya untuk aku berkongsi melalui blog.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Dalam kita berblogging, kita seharusnya melihat keadaan sekeliling blog kita. Tujuannya adalah supaya kita dapat mengesan dan memahami kehendak sebenar pembaca/pengunjung blog kita sendiri.

Dalam erti kata lain apabila kita sedar yang blog kita sudah mendapat perhatian (tidak kiralah walaupun perhatian itu sedikit jumlahnya), kita tidak boleh lagi berblogging secara syok sendiri. Ada perkara yang perlu difokuskan iaitu menaiktaraf tulisan blog kita itu di mata pengunjung/pembaca.

Jadi apakah yang harus di lakukan?
Mudah sahaja.

Kita seharusnya membuat eksperimen. Hanya dengan cara ini sahajalah pembaca/pengunjung kita akan kembali lagi. Jika ianya tidak dititiberatkan, pasti pembaca akan boring. Sekiranya ini berlaku, tanggunglah sendiri.

Hari ini emosi aku tersangatlah stabil Dan aku cukup gembira untuk berkongsi antara perkara-perkara yang boleh membuatkan pembaca/pengunjung boring dengan tulisan di sesebuah blog.

Buat pengetahuan kamu, kesemua fakta di bawah merupakan sebahagian dari pengalaman yang aku perolehi sejak menceburi dunia blogging (2004) manakala setengahnya pula datang dari eksperimen yang pernah dibuat di blog ini sendiri.

Ianya ikhlas di sediakan untuk bacaan kamu semua; pembaca setia blog ini!
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

← Catatan sebelumnya