rohaizad dot com » Tips

Buat duit dari blog – 1 blog atau banyak blog?
Buat duit dari blog atau make money from blog merupakan keyword yang sentiasa panas dan malar segar. Ia sentiasa mendapat perhatian dari seluruh dunia tidak kiralah musim apa pun. Malah kalau di bandingkan dengan Piala Dunia yang baru lepas ini, keyword ini masih lagi berada di tangga teratas setiap dari pengguna internet.

Sejak dari kecil lagi kita selalu mendengar pepatah ini “Rajin Berusaha Tangga Kejayaan”. Dari dalam kelas, pada waktu perhimpunan sehinggalah Hari Terbuka… pepatah yang sama juga digunakan lebih-lebih lagi dari mulut insan yang bernama cikgu.

Persoalannya sekarang, mengapa sesetengah dari kita seolah-olah tidak faham maksud pepatah itu sehinggalah habis belajar tingkatan 5?

Jawapan bagi soalan ini sebenarnya sudah lama ada di dalam minda aku. Cuma sebab sebenar mengapa aku tidak pernah kongsikannya di dalam blog ini ialah kerana aku tidak berapa pasti jika jawapannya adalah benar ataupun tidak. Juga aku takut jika di katakan riak pula oleh sesetengah orang.

Tetapi apabila soalan ini diterima semalam, aku rasa mungkin sesai untuk untuk aku keluarkan jawapannya. Bukan apa, aku kepingin sekali jawapan ini dilihat dari sudut yang berbeza. Perspektif yang subjektif.

Soalan:

Untuk membuat duit dari blog, adakah 1 blog memadai ataupun diwajibkan mempunyai banyak blog?

Baiklah.

Jika kita mempunyai banyak blog, maka lebih tinggilah kemungkinan untuk mendapat lebih banyak duit. Yup, itulah tanggapan secara logik yang ramai dari kita pernah fikirkan sebelum ini. Sebab utama tanggapan ini wujud ialah apabila kita terbaca cerita dari blogger yang berjaya dengan blognya sendiri.

Lebih malang lagi, cerita tu dibaca oleh mereka yang belum pernah ada blog. Disebabkan itu, minda mereka umpama telah di’doktrin’ dengan perkiraaan yang memang sungguh masuk akal (banyak blog, lebih banyak income). Konsep yang logik dan mudah.

Perlu dimengerti bahawa pada ketika konsep itu dicerna oleh minda sebagai pemahaman, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Pencernaan yang diterima itu sama sekali tidak berpijak pada fakta asas yang kukuh dan relevan. Pepatah “Rajin Berusaha Tangga Kejayaan” semakin pupus kerana cerita yang sampai kepadanya tidak lagi melalui tangga, tetapi LIF. So semuanya “nak cepat”.

Jadi untuk melihat kebenaran pepatah ini, bagi aku jawapannya cuma satu sahaja iaitu MESTI BERJAYA dulu. Tidak kiralah apa jua sekalipun, carilah kejayaan pertama dan nikmatilah kejayaan tersebut. Setkan “target” dan fokus padanya.

Untuk mengaitkan jawapan aku ini dengan soalan yang di tunjukkan di atas, kita sebenarnya boleh memulakannya. Carilah kunci kejayaan blogger yang sudah berjaya buat duit dengan blog itu. Cubalah selami sejarahnya dan lakukan kajian sendiri mengenai blog yang telah memberikan kejayaan pada blogger tersebut.

Antara persoalan yang mungkin membantu ialah:

1. Mengapa blognya berjaya?

2. Bagaimana blogger itu melakukannya?

3. Apakah perbezaan blogger itu dengan berjuta blogger yang lain?

4. Adakah blogger itu mula menulis atas dasar SEO atau adakah dia menulis dengan “rasa”?

5. Apakah keunikan ada pada diri sendiri sehingga pembaca rasa tidak rugi untuk bertandang ke blog yang bakal dibangunkan nanti?

Jika itu semua dapat memberikan sedikit info pun sudah memadai. Inilah yang di katakan sebagai asas. Jika asas kita kuat, kita akan jumpa banyak lagi jalan kejayaan. Dan setelah kita tetapkan matlamat itu, kita mestilah berusaha untuk mencapainya.

Kejayaan adalah satu perkara yang kita sendiri mahu. Katakanlah kita mahukan pendapatan sebanyak RM100 dari blog bahasa Melayu, cubalah sampai dapat untuk memegang RM100 itu. Cari kekuatan diri sendiri sebagai blogger dan isi kandungan yang ditulis.

Apabila kita boleh kekal pada RM100 sebulan, di situlah jawapan kepada persoalan mula terjawab. Iya, kita sudahpun BERJAYA. Matlamat telah tercapai (walaupun RM100) dan jika pada waktu itu kita rasa 2 blog boleh menambahkan lagi income, maka buatlah.

Nikmatilah kejayaan pertama yang di idamkan kemudian barulah beralih pada kejayaan yang kedua…. ketiga… keempat… dan seterusnya. “Berahikan” rasa kejayaan itu supaya ketagihan terhadapnya sentiasa ada.

Perasaan yang sama aku rasakan bila blog English pertama dan blog Melayu pertama yang usahakan hampir setahun membuahkan hasil. Masing masing memakan masa hampir setahun…. umpama mengayuh basikal di dalam hutan. Letih.

Eksperimen demi eksperimen aku lakukan tanpa ada profesor yang memantau. Dan apabila lahirnya kejayaan pertama, maka aku ketagih untuk kejayaan yang kedua. Sehinggalah aku mempunyai berpuluh-puluh blog sekarang.

Aku sudahpun merasai kejayaan blogging yang aku sendiri mahukan dan setiap kali kejayaan itu berulang, ianya sungguh manis. Lebih manis dari senyuman Hanis Zalikha, Fida Aishah mahupun Elly Mazlein.

Tapi itu tidak bermakna yang aku ini bagus. Seperti yang aku katakan di atas, pandanglah entri ini dari sudut dan perspektif yang berbeza. Aku sekadar berkongsi sahaja.