Apa sebab saya perlu melawat blog kamu?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Tips - Tarikh diterbitkan: March 2, 2011 online

Ada orang pernah bertanya, ‘En Ijad selalu melawat blog siapa? Kenapa En Ijad suka melawat blog orang tu? Apa yang membuatkan En Ijad melawat blog orang tu? Kenapa En Ijad tidak melawat blog saya?”

Pheewww… ini soalan memang susah hendak di jawab. Sebab kalau salah jawab, nanti orang ingat lain pula.. tapi kalau tak jawab, lagi lain yang ada dalam fikirannya.

Sebenarnya terus terang, aku tak suka jawab soalan seperti ini. Sebab utama kenapa aku tak suka jawab ialah masing-masing mempunyai alasan yang bersifat privasi. Maknanya setiap manusia ada cara dan gaya pemikiran yang tersendiri.

Tapi oleh kerana hari ini hari jadi aku, aku nak jawab jugak… cuma dengan cara yang lain. At least, tulisan aku pada ulang tahun aku boleh membuatkan mereka yang membacanya berfikir sejenak sebelum membuat keputusan yang bukan-bukan.

Baiklah, blog yang seperti apakah yang boleh menambahkan minat aku untuk terus membacanya sampai ke akhir ayat yang terakhir?
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Cara-cara untuk meningkatkan traffik blog – bahagian 1.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh diterbitkan: January 7, 2011 online

Dalam entri yang lepas, aku ada menyatakan keinginan aku untuk berkongsi sedikit dari apa yang boleh aku katakan sebagai menjana traffik untuk blog. Mungkin ada yang akan melihat entri ini sebagai “tips” atau mungkin juga ada yang akan melihat entri ini sebagai “another tips” yang memualkan.

Tapi antara mual atau tidak mual, itulah bezanya kita dengan blogger yang lain. Maksud aku, di sinilah terletaknya konsisten kita dengan mereka yang betul-betul inginkan result. Iya… result oriented.

Blogger macam aku ni, tak banyak yang seronok untuk dikongsikan. Kalau entri aku tu membosankan, maka kuranglah komen yang akan diterima. Kalau entri tu dapat menyentuh hati atau jiwa mahupun minda pembacanya, maka banyaklah komen yang akan diperolehi.

Dipendekkkan cerita aku ni cuma blogger Melayu yang mempunyai pembaca yang sporting. Dari mana aku dapat pembaca seperti ini pun, aku tidak tahu. Yang pasti mereka ni (kalian semua) terdiri dari pelbagai latarbelakang yang berbeza.

Tapi bagaimana info dan cerita dalam blog ini boleh membuatkan mereka tetap datang ke blog ini.. dan lagi.. dan lagi… dan lagi? Atau bagaimana blog ini boleh menyentuh hati pembaca baru yang entah dari mana asal usulnya?
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Tips blogging – monetize diri sendiri, bukan monetize blog

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Tips - Tarikh diterbitkan: August 18, 2010 online

Apa yang melanda dunia blogging tanah air kebelakangan ini sungguh skeptikal. Ingatkan bila dunia blogging kita semakin maju, kes seperti ini tidak lagi berlaku tapi sebaliknya. So aku rasa masanya dah tiba untuk aku mengulas lanjut akan hal ini.

Walau apa pun yang kamu baca sebentar nanti, ini hanyalah pendapat aku sahaja. So no offense and no heart feeling. Blogging adalah hak milik peribadi tetapi janganlah sampai kita menurunkan nilai peribadi kita sebagai seorang blogger.

Sebenarnya ada di kalangan kita yang masih tidak mahu mengambil kesempatan untuk memberikan yang terbaik. Maksudnya di sini kita sudah ada blog, tetapi kenapa kita tak nak memberikan yang terbaik dengan blog yang kita ada?
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Penghargaan dari advertiser yang beriklan di blog ini

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Internet, Tips - Tarikh diterbitkan: August 8, 2010 online

Blog ini memang menyediakan slot pengiklanannya yang tersendiri. Ada yang memilih untuk meletakkan iklan meraka di kawasan HI-RISE, di kawasan sidebar dan ada juga yang memilih untuk slot di bahagian single page.

Tidak kiralah di mana kawasan atau slot iklan yang hendak di pilih, aku sebagai tuan tanah hanya boleh memberikan yang terbaik mengikut budget mereka masing-masing.

Dalam menyediakan ruang slot pengiklanan, kita juga harus tahu target reader di mana iklan kita itu di letakkan. Untuk mereka yang ingin meletakkan iklan masing-masing di blog ini, mungkin kamu boleh mendapatkan beberapa tips yang tidak seberapa di sini.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Buat duit dari blog – 1 blog atau banyak blog?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Tips - Tarikh diterbitkan: July 13, 2010 online

Buat duit dari blog atau make money from blog merupakan keyword yang sentiasa panas dan malar segar. Ia sentiasa mendapat perhatian dari seluruh dunia tidak kiralah musim apa pun. Malah kalau di bandingkan dengan Piala Dunia yang baru lepas ini, keyword ini masih lagi berada di tangga teratas setiap dari pengguna internet.

Sejak dari kecil lagi kita selalu mendengar pepatah ini “Rajin Berusaha Tangga Kejayaan”. Dari dalam kelas, pada waktu perhimpunan sehinggalah Hari Terbuka… pepatah yang sama juga digunakan lebih-lebih lagi dari mulut insan yang bernama cikgu.

Persoalannya sekarang, mengapa sesetengah dari kita seolah-olah tidak faham maksud pepatah itu sehinggalah habis belajar tingkatan 5?

Jawapan bagi soalan ini sebenarnya sudah lama ada di dalam minda aku. Cuma sebab sebenar mengapa aku tidak pernah kongsikannya di dalam blog ini ialah kerana aku tidak berapa pasti jika jawapannya adalah benar ataupun tidak. Juga aku takut jika di katakan riak pula oleh sesetengah orang.

Tetapi apabila soalan ini diterima semalam, aku rasa mungkin sesai untuk untuk aku keluarkan jawapannya. Bukan apa, aku kepingin sekali jawapan ini dilihat dari sudut yang berbeza. Perspektif yang subjektif.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Tolong saya

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh diterbitkan: July 12, 2010 online

Baru menerima satu komen untuk entri ini dan aku rasa aku perlukan bantuan kamu semua.

Sebenarnya bukan tidak mahu tolong, tapi aku rasa terpanggil untuk share masalah ini bersama kalian semua. Manalah tahu kalau-kalau ada di kalangan kita yang mengalami masalah yang sama. Jadi untuk meringankan lagi beban dan masalah yang ada, di bawah adalah salinan kepada komen tersebut yang diterima dari IP adress 115.133.248.194 , 133.115.static.in-addr.arpa.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

1 dalam 1000 – apakah “air tangan blog” anda?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Tips - Tarikh diterbitkan: June 3, 2010 online

Kalau hari ini kita diletakkan di dalam satu dewan yang boleh diisi dengan 1000 orang manusia, dapatkah kita mengenali ibu kita melalui masakan yang di masak walaupun mata kita ini di tutup rapat dengan kain hitam?

Mestilah boleh`kan? Tapi kenapa?

Sebab masakan dari ibu itu telah sebati dengan tekak dan juga diri sendiri. Dalam kata lain apabila kita makan sahaja lauk masakan ibu, otak kita akan menerima signal yang mengatakan “ini adalah lauk masakan ibu”.

Iya… kita bukan sehari dua makan makanan yang dimasak oleh ibu.. tetapi sudah lama. Orang kata itu adalah “air tangan”.
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Blogging Tips – mengenali blog sendiri

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Blogging, Tips - Tarikh diterbitkan: June 2, 2010 online

Pernahkah kita bayangkan jika hari ini masuk tahun ke-5 kita berblogging?
Di manakah kita?
Bagaimana pula dengan keadaan blog kita?
Berubah? Atau masih di takuk lama?

Hurrmm…. pastinya kita belum pernah memikirkan hal itu semua… kan?
Okay sekarang aku ingin mengajak kalian semua untuk menerjah kotak pemikiran sebentar.

Aku baru balik dari pasar borong, membeli kepala ikan duri dan isi ibu gelama untuk santapan esok hari. Sepanjang berada di pasar borong, aku dapat jumpa dengan member dan juga taukey ikan yang dah lama aku tidak jumpa. Jejak kasih…
Baca selanjutnya… sila klik di sini!

Catatan baru →← Catatan sebelumnya