*** Posted in: Spesifik, Umum | June 13th, 2008 ***

Pembayaran Subsidi Petrol: bodoh jika engkau tak ambil!

bassekolah.jpg

Seperti yang telah digembar-gemburkan oleh Pak Lah dan delegasi negara yang lain, esok adalah hari untuk semua rakyat Malaysia mengambil bonus. Walaupun bonus ini adalah duit kita sendiri, tetapi adalah BODOH jika kita tidak mahu ambil. Senang cerita, kalau engkau tak mahu, engkau boleh forwardkan duit itu kepada aku.

Apa-apa pun, aku dapati ada lagi antara kita yang BLUR tentang pembayaran “gimmick” subsidi petrol (gimmick ker?) ini. Tak kurang ada juga yang masih lagi tidak percaya tentang pembayaran subsidi petrol lesen kenderaan motor ini. Wey kawan…. ini bukan main-main ler !!!

Jadi di sini, aku lampirkan gambarajah (lama betul aku tak sebut perkataan “gambarajah” ni…) dan juga cara-cara untuk ‘claim’ duit kita sendiri:
(more…)

*** Posted in: Umum | June 4th, 2008 ***

Harga minyak petrol naik lagi - barulah best!

radiator.jpg

Haaa… best ker?
Kalau engkau kata best, maka baik engkau jangan keluar rumah selepas tengah malam ni sebab silap-silap engkau akan di belasah ramai-ramai. Antara sebab kenapa engkau akan dibelasah ialah kerana ramai yang sedang marah bagai nak rak, ramai yang tengah bengang, ramai yang tengah pening, ramai yang tengah sengal dan ramai yang tengah pendam dalam diam.

Harga petrol naik lagi dan kenaikan kali ini adalah sungguh meriah sekali iaitu RM0.78. Ini bermakna kenaikan dari RM1.92 satu liter kepada RM2.70. Handphone aku dari tadi tak habis-habis bergegar kerana terpaksa menampung mesej pasal kenaikan harga minyak petrol ini. Mula-mula tu ingat joke jer, tapi bila gegaran handphone dah tak terkawal, aku dah tak anggap ini satu joke. So apa yang terjadi ialah aku cool dulu sebab client pun sedang duduk depan mata. Bila aku bagitau hal ni pada client aku kat restoran sebelah Mydin BBU itu, mereka pun sungguh cool walaupun aku tahu mereka juga menyirap dalam diam. Control macho agaknya.

Apa-apa pun, berita mengenai kenaikan petrol ini tidak perlulah engkau amuk’kan sebab kalau engkau nak amuk, tahun depan pun akan naik juga (ye ker?). Kemungkinan tu memang ada sebab MINYAK PETROL MANALAH PERNAH TURUN KAN? Kalau yang turun pun hanyalah jarum meter minyak tu jer.

So kalau engkau nak bising, bisinglah… kalau engkau nak meroyan, meroyanlah… kalau engkau nak bawak parang ke Parlimen, bawaklah (tapi aku pasti engkau akan di tangkap oleh Pak Guard). Yang penting, engkau kena terima kenyataan ini. Aku tak kisah. Terus terang aku boleh terima kenyataan ini. Cuma ada satu hal yang tak boleh terima dan rasa macam nak amuk jer. Apakah ia?
(more…)

*** Posted in: Kenangan, Semalam, Umum | May 23rd, 2008 ***

Rewang kerja kahwin - adat atau cara hidup?

albumkahwin0051.jpg

Hari ini adalah hari Sabtu 24hb May 2008.
Hari ini adalah hari pertama cuti sekolah.
Hari ini adalah satu hari yang best bagi semua anak-anak di Malaysia ini.
Hari ini adalah hari di mana si ayah akan membawa pulang membawa isteri dan anak-anak mereka bertemu atuk, nenek dan juga opah mereka di kampung.
Hari ini juga adalah hari yang paling keramat bagi orang yang hendak kahwin esok!

Seperti biasa, kenduri kahwin adalah satu lagi lambang keseronokan hidup berteman. Hari yang dianggap sebagai hari pertabalan raja sehari ini sebenarnya adalah satu petanda penghujung kisah berteman mereka dan pada waktu yang sama, ia akan jadi hari pertama untuk mereka berkongsi hidup. Iya… berteman dan berkongsi hidup adalah 2 perkataan yang membawa yang amat berlainan. Bagi mereka yang akan berkahwin, harap mereka dapatlah memahami maksud dan konsep 2 perkataan ini. Jangan sesekali ada rahsia selepas berkahwin kerana itu adalah petanda bahawa tahap kepercayaan antara sesama engkau belum lagi cukup kuat.

Kenduri kahwin juga adalah satu majlis yang amat membawa erti kepada emak dan bapak pengantin. Bapak pengantin akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan semua keperluan di “hadapan” akan lengkap selengkapnya termasuklah team-team rewang. Walaupun bertindak seperti mandur, tapi bapak pengantin akan selalu dilayan dengan baik oleh team rewang. Order sahaja, pasti akan terlaksana. Kalau pada zaman aku dulu sampailah sekarang ini, bapak pengantin akan buat apa sahaja supaya jemputan yang datang berasa selesa. Malah, kalau perlu di “tolak hujan”, maka ilmu tolak hujan pun akan di “order”.
(more…)

*** Posted in: Orang, Umum | April 18th, 2008 ***

Berapa ramai bloggers Johor Bahru sekarang nie?

Lepas dapat satu lagi deal berharga RM450 di Danga Bay tadi, aku pun mula menyusun langkah untuk mengembangkan lagi business. Business is business, blogging is blogging, service is service and product is product. So lepas deal, aku pun terus shoot balik dengan motor Gaban aku tapi on the way nak balik tadi, tetiber jer terdetik hati aku bertanyakan berapa ramai bloggers Johor Bahru sebenarnya.

Aku memang takde statistik yang khusus tapi aku percaya kat JB nie masih ramai bloggers yang tak pernah bergathering. Dan aku jugak perhati ramai yang suatu ketika dulu aktif dah tak aktif lagi. Dah kahwin kot….?

Masa memula aku blogging tahun 2005 dulu, aku memang perasan ramai tapi sekarang nie macam teratai layu di tasik madu.

Apa-apa pun, aku harap bagi sesaper di antara korang yang berasal dari JB… harap dapatlah inform aku. Ini bukanlah wajib tetapi there’s something that I want. Chewahhh… skipping LonBonJovi lagi.

Bob, ko kumpulkan bloggers Melaka, aku kumpulkan bloggers JB. Pastu kita berkampung kat Klebang!

Amacam?

*** Posted in: Umum | April 4th, 2008 ***

Sejauh manakah kebolehan blog Melayu anda menjana duit?

melayu.jpg

Soalan di atas sebenarnya ditujukan kepada mereka yang “benar-benar” mengharapkan duit sampingan melalui blog Melayu mereka. Aku agak risau bila ramai budak-budak Malaysia nie yang komplen kenapa tak boleh buat duit dari blog Melayu masing-masing. So ini adalah pendapat aku. Kalau korang rasa tak best, terpulang.

Sebenarnya, aku masih lagi merasakan yang blog Melayu takkan ke mana. Woo…wooooo….janganlah cakap aku ni prejudis, sebab aku ni pun Melayu. Bacalah dulu sampai habis kawan…. lagipun, English aku pun masih lagi di tahap cipan.
(more…)

Newer Posts »