Berapa ramai bloggers Johor Bahru sekarang nie?
Lepas dapat satu lagi deal berharga RM450 di Danga Bay tadi, aku pun mula menyusun langkah untuk mengembangkan lagi business. Business is business, blogging is blogging, service is service and product is product. So lepas deal, aku pun terus shoot balik dengan motor Gaban aku tapi on the way nak balik tadi, tetiber jer terdetik hati aku bertanyakan berapa ramai bloggers Johor Bahru sebenarnya.
Aku memang takde statistik yang khusus tapi aku percaya kat JB nie masih ramai bloggers yang tak pernah bergathering. Dan aku jugak perhati ramai yang suatu ketika dulu aktif dah tak aktif lagi. Dah kahwin kot….?
Masa memula aku blogging tahun 2005 dulu, aku memang perasan ramai tapi sekarang nie macam teratai layu di tasik madu.
Apa-apa pun, aku harap bagi sesaper di antara korang yang berasal dari JB… harap dapatlah inform aku. Ini bukanlah wajib tetapi there’s something that I want. Chewahhh… skipping LonBonJovi lagi.
Bob, ko kumpulkan bloggers Melaka, aku kumpulkan bloggers JB. Pastu kita berkampung kat Klebang!
Amacam?
Sejauh manakah kebolehan blog Melayu anda menjana duit?

Soalan di atas sebenarnya ditujukan kepada mereka yang “benar-benar” mengharapkan duit sampingan melalui blog Melayu mereka. Aku agak risau bila ramai budak-budak Malaysia nie yang komplen kenapa tak boleh buat duit dari blog Melayu masing-masing. So ini adalah pendapat aku. Kalau korang rasa tak best, terpulang.
Sebenarnya, aku masih lagi merasakan yang blog Melayu takkan ke mana. Woo…wooooo….janganlah cakap aku ni prejudis, sebab aku ni pun Melayu. Bacalah dulu sampai habis kawan…. lagipun, English aku pun masih lagi di tahap cipan.
(more…)
Apabila “orang-orang besar” bersuara - apa sudah jadi?
Perbualan ini memanjang ketika bapak aku sedang leka menonton televisyen. Mak aku yang masih lagi bertelekung terus mendengar dengan penuh khusyuk apa yang dibebelkan oleh kakak aku. Sambil orang tua tu mengurut-urut dahinya, dia pasti yang perbualan itu sememangnya menggangu sembahyang Isyaknya.
Kakak aku: “Apa guna pilihanraya kalau yang dipilih itu ditolak?”
Bapak aku: “Betull… buat apa diadakan election kalau keputusan tak laku…. penat jer orang yang bekerja masa election itu hari..”
Emak aku: : “Apa sudah jadi dengan UMNO sekarang ni?”
…………………………………………………………………………………………..
Kakak aku: “Sorang ke timur, sorang ke barat”
Bapak aku: “Betul tu.. tak pernah terjadi mende macam ni sejak zamak Tunku Abdul Rahman”
Emak aku: “Apa sudah jadi dengan orang Melayu ni?
…………………………………………………………………………………………..
Kakak aku: “Dulu, orang Melayu berpuak… UMNO dengan PAS…”
Bapak aku: “Betul… sekarang UMNO dengan UMNO pun nak Menteri Besar masing-masing”
Emak aku: “Malu betullah… kalaulah Tunku Abdul Rahman ada lagi, mesti dia sedih”
……………………………………………………………………………………………
Kakak aku: “Siap sembahyang hajat pulak tuh”
Bapak aku: “Betul…walhal bukannya nak pergi perang Uhud atau Perang Badar”
Emak aku: “Entahnya, kan dah menang…. tinggal nak buat keje jer”
…………………………………………………………………………………………….
Kakak aku: “Apalah nak jadi dengan UMNO sekarang nie…”
Bapak aku: “Something wrong somewhere…”
Emak aku: : “Kena muhasabah banyak nie…”
…………………………………………………………………………………………….
Aku. Memikir.
Blogger Malaysia bukanlah “GOBLOK- BODOH” lagi…
Aku respek betul dengan Menteri Penerangan yang baru, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Mungkin korang belum lagi familiar dengan nama ini, aku pun begitu jugak. Tapi apa yang ingin aku sampaikan adalah “sikap terbuka” beliau dalam memahami apakah itu dunia seorang BLOGGER dan juga KUASA yang ada pada seorang blogger.
Suratkhabar Kosmo bertarikh 22hb Mac hari ini benar-benar bersangkut paut dengan semua blogger khasnya blogger Malaysia. Dalam artikel itu, beliau secara terus terang menyebut tentang peranan media alternatif sebagai medium penyebar maklumat. Hakikatnya, beliau mengatakan yang PENDAPAT PENULIS BLOG TIDAK BOLEH DIKETEPIKAN. Aku dah lama nak cakap benda nie tapi “tak kuat” untuk menyuarakannya.
Korang masih ingat lagi kes BLOGGER GOBLOK(BODOH) yang telah menggemparkan dunia blogging Malaysia tahun lepas?
(more…)
Hebat, hebat, pemuda Cina minta akhiri pelacuran di Brickfields.

Aku dapat email ini daripada kawan chatting aku Ernie.
Cerita ini sungguh menarik kerana ianya adalah kisah seorang pemuda yang bercakap mengenai dirinya sebagai seorang anak Malaysia. Apa yang menarik, luahan hatinya benar-benar menyentuh hati aku. Dalam konteks menjaga maruah keluarga dan bangsa, pemuda ini secara terus terang meluahkan apa yang dirasakan selamat untuk semua orang.
Chong adalah seorang rakyat Malaysia yang inginkan keselamatan dan keharmonian yang sebenar. Bukan bermaksud Chong untuk untuk membangkitkan isu politik, tapi apa yang dikatakannya perlulah diambil kira secara serious oleh semua pemimpin negara. Itu jugalah yang aku dapat rasakan dari luahan hati dia. Aku juga rasa terpanggil untuk berkongsi akan perkara nie.
Kalau korang nak baca, bacalah dengan penuh RASIONAL dan jangan komen membabi buta kerana sesiapa pun yang memerintah, aku sendiri pun tak kisah. Yang penting, mesej yang diluahkan oleh Chong ini sampai kepada semua para pemimpin yang kat atas tuh.
(more…)