Berapa lama anda blogging dalam 24 jam?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Umum - Tarikh disiarkan: March 16, 2008 online

blogging.jpg

Inilah satu-satunya soalan yang aku takleh jawab sejak aku bergelar full time blogger + usahawan internet. Bukan kata tak boleh nak jawab 100%, tapi nilai ketepatan tu tiada langsung dalam jawapan yang aku akan berikan. Dalam 24 jam, kadang kadang aku peruntukkan 2 jam untuk blogging dan kadang-kadang aku peruntukkan 10 jam untuk blogging.

Apa yang pasti, sesekali tu terasa jugak kekeliruan antara typing, blogging, searching, selling and surfing. Aku sendiri pun tak berani nak kategorikan yang mana satu sebenarnya konteks blogging sebab setiap kali aku online, semuanya di atas tu aku buat dalam satu masa. Secara jujur, aku akan blogging apabila aku rasakan ada benda yang menaikkan minat, rasa, idea, kepuasan dan juga $$ kepada sesuatu perkara.

Itu cerita pasal blogging, belum lagi cerita pasal bisnes-bisnes lain yang aku buat seperti jual aged+indexed domain.
Kalau nak cerita pasal bisnes internet, adakah itu termasuk dalam konteks blogging?
(Baca selanjutnya :) …)

Janganlah jadi penakut, wahai blogger Malaysia!

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Orang, Umum - Tarikh disiarkan: March 16, 2008 online

bacul.jpg

Yea… janganlah jadi penakut dan janganlah jadi bacul ataupun bodoh sombong wahai *tut*

Dahulunya, masa engkau baru mula-mula hendak menjadi seorang “blogger”, berbagai-bagai helah dan teknik mahupun taktik yang engkau gunakan untuk menarik pelawat ke blog engkau. Aku nampak akan semua itu.

Ada ketikanya, aku sendiri melihat engkau sanggup “bodek” blogger yang “otai” dengan menberikan komen-komen yang bernas semata-mata hendak menarik perhatian mereka. Aku nampak, orang lain nampak dan semua orang nampak. Malah aku sedar akan semua itu. Bukan aku sahaja, Tuhan juga nampak akan apa yang engkau telah buat.

Sekarang setelah engkau baru mendapat “nama”, mulalah engkau hendak berlagak sedangkan “Otai-Otai” terdahulu masih lagi humble. Sedarlah, engkau famous pun di Malaysia, itupun baru famous sedikit, dah nak berlagak. Pelawat engkau yang datang memberi komen pun engkau sesuka hati hendak reject komen dia.

Walhal, orang yang memberi komen ini pernah satu ketika dulu menjadi pelawat engkau. Engkau bukan blogger SEJATI kerana engkau TAKUT dan BACUL untuk membalas semua komen yang engkau rasa boleh “menduga” kebijaksanaan dan egoisme engkau. Baru aku tahu betapa ceteknya ilmu dan skill blogging engkau. Adakah salah apa yang aku katakan nie?

Even Problogger pun tak delete comment dari pembaca dia sesuka hati. Hah…hah….hah… engkau tahu siap engkau wahai +**+_________ dot ?

Kempen? dah le… hentikan…

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Umum - Tarikh disiarkan: March 7, 2008 online

kempen.jpg

Asyik bermandi embun jer aku sejak kebekangan ini.
Malam nie aku minum di Danga Bay dengan Anuar lagi. Tapi kali ini aku, Anuar dan Khairil. Nak kata lapar, tak lah lapar masa dalam kereta tadi.. tapi, bila sampai jer, aku terus ternoda dengan asap sate yang sememangnya menghalang laluan aku untuk ke meja. Apa lagi, terpaksalah aku order sate itu tanpa segan silu dan dengan keyakinan yang amat tinggi… maka 30 cucuk sate berjaya di order. Taklah banyak sangatkan? ekekeke…

So pada saat aku tiba di Danga Bay tadi, masih ada lebih kurang 40 minit lagi masa bagi semua parti untuk berkempen. Aku tak tau apakah dan bagaimanakah kempen yang dibuat di bahagian tengah dan utara Semenanjung Malaysia, tapi di JB nie suasana agak selamba kodok je. Nothing happen babeh kerana yang ada kedengaran di sini pada waktu nie adalah bebudak yang naik motor sampil membawa bendera. Tak taulah bendera apa…malam.. gelap…
(Baca selanjutnya :) …)

Forex itu bebas…

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Aku, Umum - Tarikh disiarkan: March 5, 2008 online

forex.jpg

Tepat pukul 1.00 pagi.
Orang dah mula nak masuk tido, aku masih lagi duduk minum di luar. Naaaahh.. ini baru namanya ngeteh kan..?
Cuaca malam nie pulak memang sejuk dan discussion aku dengan dua member baik aku setakat malam ini masih lagi buntu. Discussion malam nie striclty tiada kena mengena langsung dengan hal pilihanraya, Pak Lah, Maya Karin mahupun Fasha Sandha. Cuma perkataan yang kerap keluar dari mulut kami bertiga adalah forex!

Ya!
Forex.. forex.. forex
.

Inilah discussion aku bertiga malam nie dan kadang kala tu terselit juga nama Warren Buffet, George Soros dan tidak ketinggalan jugak beberapa nama perempuan iaitu Siti Zubaidah dan Aidah. Kalau korang nak tahu, 2 orang member discussion aku nie namanya Anuar dan Jamri…. bukan Jambu. Dua-dua nie kaum Adam dan mungkin sebab itu jugaklah nama perempuan seperti Siti Zibaidah dan Aidah nie boleh termasuk dalam discussion kitaorang… ermmm, dah namanya jantan .. nak buat macam mana ye tak?
(Baca selanjutnya :) …)

Catatan baru →