Aku pernah membeli MyVi Full Specs dan Honda Type-R, tapi hari ini aku nak reveal satu lagi kereta iaitu Nissan FairLady…. antara kereta yang berada dalam “wish list”. Baca selanjutnya… sila klik di sini!
Phewww…. rasanya cuti sekolah ini memang cukup sibuk. Ada sahaja kerja yang harus di buat. Paling tidak pun, sibuk menstruktur semula blog yang tidak aktif. Sehinggalah terjumpa video ini, terasa semangat untuk bekerja kembali semula.
Kita hidup ni mesti kena bekerja, kalau tak bekerja.. nak makan apa… ye tak? Rezeki takkan jatuh ke riba dari langit begitu sahaja. Apatah lagi kalau ada sesetengah dari kita yang cuba nak bunuh diri dek kerana tak tahan dengan dugaan dunia yang semakin hebat.
Lelaki dalam video ini bernasib baik kerana walaupun dia mabuk, nyawanya masih lagi panjang. Bermakna kalau dia ada anak isteri pun, kira selamat lagilah sebab masih ada orang yang akan bekerja untuk memberi mereka makan.
Dan mulai esok blog ini akan mula bekerja seperti biasa setelah sibuk bercuti (cuti sekolah .. heh) selama 2 minggu. Huhu….
*Entri ini sebenarnya untuk kategori Renungan Hari Jumaat. Tapi memandangkan tuan punya blog ini akan M.I.A (Missing In Action) bermula esok sehingga hari Ahad, maka terpaksalah diterbitkan pada hari ini. Iya… time stamp tidak di gunakan, harap maklum.
Tajuk filem: Valley Of The Wolves Palestine 2011
Filem ini diterbitkan dari kisah benar yang sungguh tragik di mana bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza melalui kapal laut Flotilla telah di serang oleh askar laknatullah Israel. Sebagai rekod, rakyat Malaysia yang bertugas sebagai sukarelawan di atas kapal yang sama juga telah diserang bertubi-tubi dengan peluru hidup!
Video ni tak lama mana pun. Bukannya setengah jam, apa lagi satu jam. Tapi nak tunggu video ni tamat (tak sampai 3 minit), rasa lama giler.
Sakit jantung… menekan-nekan dibuatnya bila tengok orang yang joget dalam video ni. Azab rasa hati ni bila orang yang macam pro nak menari, tapi last-last dia sendiri macam menderita…. haha
p/s; just another lite funny video entry for the weekend… enjoy ya!
Video nie di upload untuk perhatian kita sebelum terkena. Bukannya nak menjatuhkan peniaga lain, tapi lepas di tanya (digegar) mengapa dia berbuat begitu, dikatanya itu bukannya meludah, tapi meniup!
Persoalan pertama, boleh sejuk ke kalau tiup sekali je?
Persoalan kedua, peniaga ni (asal Palembang) meniaga air tauhu panas… yang dia nak tiup kasi sejuk buat apa?