*** Posted in: Berita | August 16th, 2008 ***

Lans Koperal Zamri Md. Soot + Lee Chong Wei - Penyemarak Hari Kebangsaan 2008.

Tiada seorang pun yang kenal dengan Lans Koperal Zamri Md. Soot, 29, anggota Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD sebelum ini. Aku tidak kenal dia, kawan aku tidak kenal dia, member bloggers aku pun tidak kenal dia, even ayah aku pun tidak kenal dia. Bukan kerna Zamri Md Soot ini orang kebanyakan, tetapi dia memang bukan seorang selebriti yang sesiapapun patut perkatakan. Tetapi, sempena di bulan kemerdekaan yang seolah-olah tenggelam timbul ini, ada satu kisah dan cerita yang wajib diketahui oleh semua rakyat Malaysia tidak kiralah Melayu, Cina, India mahupun etnik bumiputra yang lain.

Zamri Md. Soot hanyalah seorang askar yang berpangkat Lans Koperal. Bermakna dia bukanlah Sarjan mahupun yang lebih tinggi darinya. Tetapi di dalam dirinya, telah tertanam satu sifat yang sungguh tinggi nilainya. Sifat ini juga secara langsung telahpun mengangkat martabat dan dirinya sebagai seorang rakyat Malaysia, apatah lagi beliau seorang askar. Apa yang pasti, beliau telah membuka mata ramai rakyat Malaysia termasuklah aku sendiri. Dengan kata lain, aku dengan rendah hatinya ingin menegaskan di sini bahawa Lans Koperal Zamri Md. Soot telah menunjukkan sati sikap patriotik yang sungguh menyentak hati aku di bulan Ogos ini.
(more…)

*** Posted in: Internet | August 13th, 2008 ***

Google Documents tools. Cubalah ia hari ini!

Sedang aku menyiapkan Power Point untuk job yang satu lagi, aku rasa terpanggil plak untuk mencuba Google Docs tools yang telah lama aku tinggalkan. Agak seronok jugak bila dah duduk dalam dunia Google tools ini. Sudahlah free, ditambah plak dengan fungsi yang sentiasa di upgrade dan masa ke semasa.

Aku rasa bagi sesiapa yang sedang mencari back up space di internet (online back up), masih banyak lagi tools dari Google yang kita tidak perasan. Sama ada kita sedar ataupun tidak, banyak giler tools yang Google telah tawarkan untuk pengguna internet. Antara hendak pakai atau tidak jer. Dari online slide, open office tools dan macam-macam lagi. Kenyataannya, kita sebenarnya telah membazirkan banyak duit semata-mata untuk membayar service itulah, service inilah, fees storage itu, fees storage ini dan yang seumpamanya.

So apakata start dari esok pagi, kita “gali” semua free tools yang telah diberi oleh Google. Aku juga semakin merasakan seolah-olah satu kerugian jika aku tidak mengeksploitasikan semua tools yang sememangnya telah disediakan ini. From now onwards, tak perlulah kita risau jika tertinggal external hardisk di rumah!!!
(more…)

*** Posted in: Internet | August 12th, 2008 ***

BERANI adalah satu PINTU yang SUKAR dibuka oleh kita - susah sangat ke?

*** Perhatian: Jika engkau adalah seorang yang penakut, maka engkau harus berani untuk membaca entri ini (walaupun entri ini bukannya ditujukan sepenuhnya untuk engkau).


Aku tak berani jamin sama ada peringatan di atas sesuai untuk diletakkan sebagai pembuka entri tapi satu sahaja yang aku harapkan, ianya dapat mengingatkan engkau pada kekuatan yang telah sedia ada pada diri engkau sendiri. Ikhlas.

heavy_rain.jpg

Hari-hari yang sebegini (hujan sepanjang hari) seringkali mengingatkan aku pada kehidupan aku yang tidak pernah akan aku lupakan. Mengimbas kembali kehidupan aku yang lepas-lepas, hidup aku kelihatannya cukup “meresahkan”. Aku hampir-hampir ingin “berputus hidup” kerana dunia ini tampaknya seperti tidak adil. Sering kali fikiran ini mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.

Angan-angan pula sudah menjadi sebahagian dari permainan, mimpi dan juga rutin hidup. Pendek kata, dengan kelulusan Diploma yang entah apa-apa entah (tidak diiktiraf oleh LAN), aku tidak nampak satu perkara pun dalam dunia ini yang boleh menjamin “kestabilan” (bukan kaya raya - aku lebih suka senang dari kekayaan) hidup aku di masa akan datang. Berbanding dengan apa yang aku nikmati sekarang, aku rasa sungguh bersyukur Alhamdulillah kerana pintu (rezeki) yang ada di depan mata ini semakin luas untuk aku terokai.

Tapi ada satu perkara yang menarik tentang ANGAN-ANGAN yang aku rasa patut aku kongsikan dengan semua pembaca setia blog ini. Apa yang akan aku kongsikan ini hanyalah secebis dari pengalaman aku yang tak seberapa adanya. Dan buat pengetahuan semua, aku benar-benar berharap mesej di sebalik entri ini dapat diterima dengan terbuka. Setidak-tidaknya, mungkin entri ini boleh dijadikan sebagai satu pemangkin untuk engkau bergerak dengan lebih jauh lagi sebaik sahaja bangun dari tidur esok hari.
(more…)

*** Posted in: Berita | August 11th, 2008 ***

Ada apa dengan kesibukan?

Kesibukan adalah satu alasan yang paling mudah untuk aku terjemahkan keadaan sebenar diri aku sekarang. Apabila kesibukan mengambil alih masa seseorang blogger seperti aku (dan engkau juga), selalunya apa yang terjadi adalah kerisauan. Kerisauan yang aku maksudkan ini sebenarnya satu keadaan di mana aku sendiri pun tak mampu untuk jelaskan. Cuma apa yang pasti, aku seolah-olah gelisah kerana blog ini mula menjengkelkan para pembaca/pengunjung setianya (tidak update dalam seminggu? fuhhh….)

Aku serious dan aku betul-betul memaknakannya.
Aku baru sahaja berjumpa dengan 2 business partner yang baru. Perkenalan aku dengan mereka mula “terjalin” sejak sebulan yang lalu. Partner yang aku maksudkan adalah 2 usahawan internet yang selama ini bergerak secara underground dalam perniagaan web design mereka. Disebabkan salah seorang dari mereka memang aku kenal, maka secara tak langsung teguran secara bersahaja di sebuah kedai mamak telah membuahkan satu perbincangan yang menarik perhatian antara aku dan mereka.

Hasilnya, aku telahpun mempunyai satu partnership scope yang agak bagus. Dan untuk 2 minggu kebelakangan ini, aku berjaya mendapat job bernilai RM1300.00. Yang pasti, akan muncul lagi beberapa projek usahasama antara aku dan mereka. Sememangnya blogging dan web services berkait rapat dalam dunia IT dan itulah yang ingin aku tekankan di sini.

Apa yang seronoknya apabila dua bidang ini bertemu (blogging + web design) ?
Ermmm.. rasanya tidaklah sesedap memakan aiskrim Cornetto seperti yang Dafi tunjukkan dalam iklan di TV itu, tapi perbincangan dan planning di masa akan datang semakin jelas kelihatan. Agak sukar untuk dijelaskan tetapi aku harap aku akan dapat jelaskannya setelah projek yang akan datang ini berjalan dengan lancar. Anyway, aku akan berikan satu hint yang mungkin boleh membantu:

Aku adalah seorang usahawan internet yang menyediakan sedikit khidmat rundingan dan juga penjelasan mengapa sesebuah syarikat itu PERLU untuk mempunya website (online profile). Kemudian partner aku ini tadi akan proceed dalam documentation, quotation dan juga closing. Mereka adalah pakar dalam tender mentender. Dan ada seorang lagi partner iaitu budak Master (fresh graduate) yang sememangnya bagus dalam kerja-kerja programming, configuration, coding dan etc. Akhir kata, masing masing ada job yang tersendiri. Mudah bukan?

Kalau engkau rasa blogging itu terlalu membosankan, cubalah “keluar” dari dunia maya ini dan berurusanlah dengan “manusiawi”. Business pun masih boleh dijalankan. Tidak membosankan dan lumayan!

*** Posted in: Aku, Spesifik | August 1st, 2008 ***

Sedikit dan sebanyak mengenai tut…tut…tut.

Agak selamba jugak tajuk yang aku pilih untuk entri kali ni. Bukannya apa… aku ada menerima 2-3 mesej melalui Contact Form yang bertanyakan sedikit sebanyak tentang diri aku. Wahahaha… jadi ini adalah serba sedikit tentang diri aku yang rasanya boleh dikongsi kot.

Mata:
Rabun (berkaca matalah, lagi mau tanya :) )

Warna mata:
Dulu warna air teh, sekarang dah jadi kopi. Peliklah.

Warna rambut:

Bila pendek, nampak hitam.
Bila panjang, nampak perang.

Keturunan:
Sebelah emak aku punya atuk punya bapak memang orang Cina.
Sebelah emak aku punya nenek punya bapak memang orang India.

Tinggi:
Aku tak pernah ukur (dah dekat 10 tahun). Last sekali aku ukur dalam 180+ cm kot.

Status:
Belum berkahwin. Bujang. Bagaimana?
(more…)

« Older PostsNewer Posts »