Tukar link? Kini ada cara moden`lah…!
- Penulis: rohaizad - Kategori: Internet - Tarikh disiarkan: October 31, 2008 online
Kini dunia blogging semakin pantas dan semuanya memerlukan kelainan untuk menarik perhatian. Begitu juga dengan aksesori yang wujud dalam aura sekeliling dunia blogging itu sendiri. Hari ini, aku rasa hati aku sudah terpaut dengan satu Plug Auto Link yang dibangunkan oleh Plugme.net. Skrip dan code HTML yang digunakan pula sungguh ringkas. Respek!
Sebenarnya untuk pengguna Wordpress, tool-tool sebegini berlambak pluginnya di internet tetapi kebanyakannya hanya menggunakan tulisan sebagai link, bukannya grafik/imej. Kalau dalam bentuk tulisan, aku sudah tidah heran lagi kerana terlalu MALAR untuk mata ini melihat dan membacanya satu persatu. Malah kadang-kadang bila link itu terlalu panjang ke bawah, akan timbul pulak rasa bosan dan fenin sebab ruang yang diperlukan untuk senarai yang sebegitu panjang sangat tidal ideal dengan saiz theme itu sendiri.
Satu perkara yang aku pasti dan aku suka dengan Plugme.net ialah keupayaan skripnya yang boleh menerima link dalam bentuk grafik/imej, bukan dalam bentuk tulisan. Ramai yang telah menggunakan Plugme.net ini. Ianya memudahkan seseorang blogger itu untuk bersosial dalam bentuk yang paling mudah.
Jadi, dengan rasminya aku ingin menjemput semua pengunjung blog ini untuk meletakkan link mereka beserta gambar yang mereka ada di dalam ruangan “Kengkawan” di atas sana. Buatlah imej atau grafik yang dapat menarik perhatian pembaca yang lain. Lagi bergerak grafik/imej yang engkau guna, lagi terang dan berwarna imej yang engkau bubuh dan lagi lip-lap flash-gif yang engkau ada, maka lagi ramailah orang yang akan klik ke grafik/imej engkau itu.
Buatlah sesuka hati mengikut kreativiti asalkan tidak dimasukkan gambar yang berbaur lucah (pembaca dan pengunjung blog ini tidak pernah dan tidak akan membuat perkara bodoh seperti itu, itu aku sudah pasti .. kalau ada pun, di blog orang lain
).
Apalagi yang ditunggu-tunggu tu?
Silakan!
***Updated!!!
Topo telah berjaya menjadi orang yang pertama meletakkan grafiknya di ruangan Kengkawan! Syabas!!!








