Tips untuk menambah pendapatan adsense melalui domain.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit, Tips - Tarikh disiarkan: December 18, 2008 online

adsensefordomain.jpgIngin menambah pendapatan?
Ingin melihat peningkatan adsense anda?
Atau ingin mencuba sesuatu yang baru?

Ini adalah satu lagi cara baru yang akan diperkenalkan oleh Google di mana semua pengguna internet akan mendapat faedah daripadanya.

Nama program yang akan diperkenalkan oleh Google ini adalah Adsense For Domain. Kaedah ataupun cara ini sebenarnya telah lama dipraktikkan oleh banyak Registrar Domain Company (iCANN licensed) termasuklah big boys seperti Sedo, WhyPark, Parked.com dan Godaddy.

Kamu juga boleh mendapat manfaatnya terutamanya jika kamu mempunyai banyak domain (seperti aku 200 domain). Senang cerita, bagi sesiapa yang mempunyai domain yang banyak, peluang pasti akan terhidang di hadapan mata. Tapi itu tidak aku merekomen sesiapa di sini untuk membeli domain yang banyak selepas ini kerana memilih dan membeli domain juga ada “seni”`yang tersendiri.
(Baca selanjutnya :) …)

Elizabeth Frisinger - siapakah dia?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Berita, Orang - Tarikh disiarkan: December 17, 2008 online

lizzy-frisinger.jpgAdakah kamu kenal dengan wanita ini?
Tahukah kamu bahawa wanita ini sekarang adalah antara wanita yang terkenal di Amerika?

Sebenarnya, Elizabeth Frisinger adalah seorang “anak ayah” yang benar-benar sejati.

Dia telah mengejutkan dunia dengan satu kes yang telah memalukan dirinya sendiri. Dan kini, dia benar-benar malu akan perbuatannya. Dunia internet telah mengenalinya. Sekejap sahaja beritanya tersebar.

Buat pengetahuan kamu, Elizabeth Frisingers pada adalah seorang anak yang taat pada ayahnya. Selama ini, dia tidak pernah buat perkara itu.

Sehinggalah pada satu hari, dia telah tersalah hantar SMS kepada ayahnya sendiri! Apakah kandungan mesej itu?
(Baca selanjutnya :) …)

Aku tak faham.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Fotoshoot - Tarikh disiarkan: December 17, 2008 online

lawak.gif

Serious. Memang aku betul-betul tak faham. Bukan main eksyen lagi…

Blogger - USAHA dan BERUSAHA adalah 2 maksud yang berbeza.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Tips - Tarikh disiarkan: December 16, 2008 online

usaha.gif2-3 hari sejak kebelakangan ini, aku telah berjaya menukar profesion aku daripada seorang full time blogger kepada pegawai kaunter pertanyaan.

Tugas yang hebat ini aku lakukan di Yahoo! Messenger sahaja…. WAHAHAHAH!

Benar, YM aku penuh dengan soalan-soalan dari mereka-mereka yang tidak pernah aku kenal.

Adakalanya, aku langsung tak nampak monitor laptop ni. Bertimpa-timpa tetingkap YM yang ada. Atas ada, bawah ada, kiri ada, kanan ada…. bersepah-sepah. Ada yang berbentuk soalan dan ada yang berbentuk perbincangan. Bagi yang berbentuk perbincangan itu, itu adalah satu petanda bahawa isi yang dibincangkan telah berada di atas “track”nya tersendiri. Tetapi bagi yang berbentuk soalan, ini adalah satu petanda bahawa isi yang dibincangkan itu masih lagi di tahap permulaan.

Dan hari ini, aku rasa aku ingin membuat kesimpulan dari soalan-soalan yang telah ditanyakan.
(Baca selanjutnya :) …)

Benarkah boss anda begini?

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Sekilas - Tarikh disiarkan: December 16, 2008 online

Awak pekerja baru.
Saya akan guide awak dan akan tolong awak.

image001.jpg

(Baca selanjutnya :) …)

google_logo.jpg

Kamu tahu apa itu SEO`kan?
Kamu tahu apa itu TAG`kan?
Kamu tahu ANCHOR TEXT`kan?
Kamu tahu HYPERLINK`kan?
Kamu tahu PAGE LINKING`kan?
Dam kamu juga tahu PAGE RESULTS`kan?

Jika kamu tahu tahu semuanya itu, maka seharusnya kamu juga harus tahu apakah itu Google SERP. Jika ada yang tidak tahu apa itu Google SERP, sila duduk diam-diam dan bacalah catatan ini dengan rileks kerana ianya mungkin akan memberikan sedikit info yang mungkin berguna. Bagi mereka yang menawarkan perkhidmatan SEO, mungkin catatan ini akan membuatkan kamu tertekan. Serious.

Baiklah.
Google SERP sebenarnya bermaksud Google Search Engine Results Page. SERP wujud akibat dari permainan Search Engine Optimization (SEO) yang dikendalikan oleh pemilik sesuatu laman web/blog. SEO pula digerakkan oleh jentera internet Google yang terdiri dari Spider, Crawler, Indexing System, Computer Algorithm dan seumpamanya. Dengan adanya SEO, maka terhasillah SERP. Ini yang termaktub dalam sejarah internet Google.
(Baca selanjutnya :) …)

Menjana pendapatan melalui blogging - bahagian 3.

Catatan Rawak - Penulis: rohaizad - Kategori: Buat duit - Tarikh disiarkan: December 14, 2008 online

blogging_freedom.gifAku akan sambung catatan menjana pendapatan melalui blogging bahagian ke-3 ini dengan lebih sempoi dan senang untuk difahami.

Jika ada yang tertinggal catatan ke-2 ataupun sudah lupa, silalah imbas kembali catatan tersebut di sini.

Baiklah sepertimana yang telah kita sedia ketahui, blog dan blogging pasti akan membawa keuntungan jika kena pada cara dan tempatnya. Jika di catatan bahagian-1 telah diceritakan mengenai kelemahan blog berbahasa Melayu, catatan bahagian-2 telah diberitahu tentang kelebihan blog berbahasa Inggeris, maka di catatan bahagian-3 ini aku akan terus ke perancangan yang seharusnya dibuat.

Tetapi sebelum aku tunjukkan perancangannya, ingin sekali aku tegaskan di sini bahawa apa-apa keperluan dari segi modal hendaklah dipandang dari sudut yang positif. Kalau semua nak FREE, pergilah jadi pengemis (macam Gobalakrishnan cakap). Wa’emah berniaga burger pun kena ada modal. Bukan sedikit pulak tu. Kalau tak percaya, tanya brader-brader yang baru nak mulakan perniagaan burger tu. Takde RM500-RM1000, jangan haraplah nak berniaga burger.

Kalau kamu pandang ringan perniagaan internet ini, maka poket kamu ringanlah juga.
(Baca selanjutnya :) …)

Catatan baru →← Catatan sebelumnya