Testimonial
Blog Rohaizad dot com merupakan sebuah blog informatif mengenai dunia blogging serta blog yang berjaya membuka mata kepada para pembaca mengenai blogging dimana ia dapat digunakan sebagai aset bagi menjana pendapatan terutama sekali dalam dunia pengiklanan maya.
Bagi anda yang mengunjungi blog Rohaizad dot com. Bersedialah untuk mempelajari segala ilmu pengetahuan yang dikongsi berdasarkan pengalaman penulis sendiri mengenai dunia blogging (Aqif Strategi)

Satu review yang memang MANTOP. Tak pernah lagi aku baca review yang best macam ni. hee..
Aku memang berpuas hati dengan review dari bro rohaizad. Perfect. Memang berbaloi baloi..

Bina tapak yang kukuh dulu dan dapatkan rentak. Bila dah dapat rentak tu, blog demi blog akan wujud dan kemudian cabang demi cabang income akan terbuka luas. Yang penting, sabar dan bagi masa.
Belajarlah dengan orang yang sudah ada rentak seperti Ijad ni. Gunakan konsep dan formula beliau. Ikhlas saya katakan, susah untuk dapat orang yang seikhlas dia ni dalam menyampaikan ilmu dan membimbing orang lain. (SmartZul)

Pergh!
Dahsyat betul la trafik blog bro nih! Selalunya blog bernichekan hiburan & gossip yang mudah mendapat trafik tinggi macam nih. Apa yang dapat aku belajar..original content & ikhlas dalam penyampaian akan membuatkan pembaca setia mengungjungi blog seperti rohaizad dot com.Setiap kali ada rasa malas nak menulis diblog..aku akan berkunjung di Rohaizad dot Com & kembali bersemangat -:) ntah ada ‘jin’ apa di sini..inspirasi aku pasti akan kembali membuak2 utk terus berblog meskipun setakat ni hanya sekadar suka2..suatu hari nanti pasti ia menjadi sumber pendapatan lumayan spt bro ijad gak. (Abang Zol)

Bila dah kata saya subscribe blog orang tuh, maksudnya saya dah fall in love with their blog. Update selalu saya suka. Kalau 1 atau 2 kali 1 week saya tak suka tapi tak pernah delete lagi.
Macam Rohaizad punya blog, I memang subscribe cuz I love his writing so much and content untuk improve ilmu berblogging saya. Update 3 kali sehari pun, it still make me smile. No problem.(Liza Razak)

Nama saudara Rohaizad memang tidak asing lagi di kalangan blogger di Malaysia sehingga diberikan gelaran sebagai pro blogger.
Saya merupakan peserta Seminar Smartblogging yang telah dianjurkan oleh saudara Rohaizad yang telah berlangsung pada 18 oktober 2009.
Alhamdulillah, setelah menghadiri seminar tersebut, saudara rohaizad telah membuka mata saya bahawa peluang untuk menjana pendapatan didalam dunia blogging ini adalah cukup besar sekali.
Saya juga ingin menyatakan disini bahawa ilmu yang dikongsikan oleh saudara Rohaizad sememangnya amat-amat bermakna untuk diri saya dan keluarga saya. Insya Allah. (Emy Shahril)

![]()
Bismillah…
Sejak menemui blog tuan Rohaizad pertama kalinya, maka sehingga kini saya amat kerap mengunjungi blog ini berbanding blog yang lain. Malah percaya atau tidak, inilah satu-satunya blog yang saya langgan rss feeds-nya.
Sebetulnya niche blogging memang jauh dari saya, tapi saya kurang pasti apa yang begitu menarik minat saya terhadap blog ini. Seolah bermagnet. Mungkin pembawaan diri dan corak penulisan empunya blog yang bersahaja, tidak terikat, mesra dan menghormati.
Satu yang paling ketara ialah disiplin update dan membalas komen. Ini memang paling menonjol di antara timbunan blog yang lain. Sesuai benar mendapat gelar otai blogging. Tahniah dan semoga tuan selalu bersemangat.
(Julmazli Dempollok)









