Sebelum adanya laman ecommerce seperti Shopee, Temu, Lazada dan Tiktok di negara kita, kebanyakan program affiliate yang ditawarkan di pasaran dalam negara lebih menjurus kepada PRODUK EBOOK dan juga jualan/langganan produk maya/elektronik.
Di negara kita sendiri pada waktu itu, usahawan internet tempatan dan penggiat online lebih fokus untuk menjana pendapatan affiliate dari program yang berbentuk “intangible product”.
Sampai satu masa, kalau mereka nak buat affiliate di luar negera, mereka juga masih bergantung kepada produk di bawah kategori “intangible product” seperti program affiliate Clickbank dan seumpamanya.
Aku sendiri menjana income yang banyak dari Clickbank suatu ketika dulu, dengan tarik traffik dengan menggunakan Youtube (tak nak keluarkan modal untuk email marketing).
Untuk pemain industri tempatan, peluang atau gerak kerja affiliate dalam bentuk tangible product tersangatlah kurang sejak dari dulu.
Tak macam di negara Tier 1 country seperti US, UK, Australia, New Zealand dan Kanada… mereka dah lama buat duit dari program affiliate berbentuk barang fizikal.
Platform yang paling terkenal sekali ialah Amazon.com.
Untungnya buat duit dari Amazon melalui program affiliate ni ialah, kita sebagai orang tengah TAK PERLUKAN MODAL untuk menjana keuntungan. Hanya tolong jualkan saja.
Jadi selama Amazon diwujudkan, kita di Malaysia ni hanya mampu melihat sahaja orang sana buat duit.
Bukanlah bermaksud kita tak boleh jana income dari Amazon, masih boleh cuma untuk kita buat duit dari pasaran tempatan melalui Amazon, ianya MUSTAHIL.
Sampailah munculnya ecommerce seperti, Lazada, Shopee dan marketplace Tiktok. Lazada, Shopee dan Tiktok ada menyediakan program affiliate fizikal produk (tangible product) yang sama macam Amazon.
Affiliate agen seperti kita boleh menjual semua produk yang ada di marketplace dan pembelinya pun dari dalam negara juga.
Tanpa kita perlu belajar email marketing, copywriting dan salespage… sesiapa saja boleh buat duit dari Shopee dan Tiktok.
Agen affiliate hanya perlu promosikan link affiliate produk yang ada di marketplace.. dan sekiranya ada pembelian dari link affiliate tu, income akan dapat dijana.
Sekarang pendapatan affiliate Shopee dan Tiktok dah pun boleh dijana melalui BLOG. Caranya sama… cuma konsepnya berbeza.
Traffik dari blog akan digunakan untuk menarik prospek ke platform melalui link affiliate yang diletakkan dalam blog.
Bermakna kalau dalam 1 artikel tu ada 20 link affiliate, 20 link affiliate tu akan bergerak serentak.
Blogger kena bijak menggunakan linkbait… dan juga interlink yang sesuai supaya ianya dapat menyelesaikan masalah pembaca.
Seorang blogger wajib tahu yang MASA ITU PENTING supaya halatuju link affiliate selari dengan kehendak pembaca.
Setidak-tidaknya link affiliate itu boleh menjadi satu solution, mahupun sebagai “side kick” untuk pembaca mendapat gambaran yang lebih sesuai.