Kecundang Dalam Bisnes F&B – bahagian 1

Lately ni kita lihat banyak “cafe” hipster yang tutup.. bungkus.

Rasionalnya sekarang banyak perniagaan FnB yang membuahkan ramai pecundang kerana gagal menjana keuntungan dalam niche bisnesnya sendiri… tak sampai 2-3 tahun berniaga, collapsed.

Kalau siapa yang pernah follow tulisan aku dulu di Facebook, pernah 2-3 kali aku bercerita mengenai satu konsep cafe dalam bas di taman perumahan aku ni.

Mulanya agak sendu.. biasalah, kedai baru bukak. So sesi orientasi should takes time dan itu adalah normal.

Aku merupakan salah seorang regular customer, sampai dapat personal discount. Cuma aku agak pelik dengan waktu perniagaan dia.

Waktu perniagaan dia agak “rare”. Dia buka cafe pukul 10 pagi. Kemudian tutup dari pukul 12 sampai 2 petang. Lepas tu bukak semula sampai pukul 5-6 petang.

Pernah aku persoal isu ni kat staff dia. Staff dia kata boss yang buat macam tu sebab taknak kacau waktu solat. Aku faham… lagipun taukey dan staff dia sangat islamik.

Cukup 3 bulan sekali cafe akan ditutup sebulan. Khuruj. Tapi lama-lama aku pulak yang risau sebab sebagai seorang bekas peniaga kedai makan, aku “boleh baca” daily turn over dia.

Secara peribadi, aku rasa waktu operasi perniagaan macam tu susah bagi customer untuk datang minum pagi.. dan minum petang lepas diaorang balik dari kerja.

So aku amik masa… cuba untuk sampaikan sedikit pesan kat diaorang. Niat aku satu je.. nak diaorang faham view dari seorang customer.

Aku tak dapat sit down dengan taukey dia… tapi satu hari tu aku dapat sampaikan rasionalnya waktu operasi dengan keadaan orang kat taman perumahan tu.

Orang taman ni semua akan keluar taman untuk ke tempat kerja setiap hari.. sebab dalam taman ni takde pejabat mahupun business park. Dia adalah taman perumahan semata mata.

So penduduk sini akan lalu depan cafe bas dia waktu pagi… waktu tu dia belum bukak. Dia bukak pukul 10 pagi… semua orang dah ada kat tempat kerja.

Isteri aku pun “bising” sebab kalau dia bukak awal, bolehlah dia beli Cafe Mocha fevret dia. Tapi malangnya cafe tak bukak.

Petang pulak bila orang nak balik ke rumah, dia pulak dah tutup cafe. So memang tak jumpalah customer di kalangan penduduk taman. Itu pun menjadi “kemarahan” isteri aku… sebab dia balik kerja nak minum air, tapi dah tutup.

Tu baru sorang customer… kalau separuh dari penduduk taman ni yang rasa macam tu, dah berapa banyak dia loss?

So aku kata, cuba tukar waktu operasi.. mula lepas Zuhur dan tutup sekejap waktu Maghrib. Malam pulak pasang lampu kelap-kelip sekeliling bas ni. Kalau ada bajet, pasang sekali lampu sekeliling tayar.

Beli je lampu kat Shopee. Murah sket dari beli kat supermarket.

Tak sangka pulak operasi diaorang bertukar beberapa bulan lepas tu. Dari situ, crowded dah mula nampak.

Seronok tengok bila budak-budak tu (2 orang staff) kelam kabut turun naik bas buat kerja. Seat dalam bas pulak selalu penuh sampai ke malam.

Ada sekali tu aku pergi belah malam, nak beli Americano. Tengok kat dalam bas penuh… ada customer makan nasi lemak, ada yang makan spaghetti dan macam-macam lagi.

On the spot mulut aku ni gatal nak mengusik… “nasi lemak ada lagi ke dik?”

Budak tu cakap.. ni dah 2 kali masak bang. Taukey balik rumah jap amik nasi lemak, isteri dia topup dari rumah untuk round ke 3.

Wahhhh… aku tersenyum.

Maknanya ada progression yang baik. Dengan sedikit perubahan, ada peningkatan. Tapi aku tak kata perubahan tu sebab aku, aku cuma “rasa” happy sebab aku pernah suarakan isu ni.

Mungkin memang taukey dia yang buat perubahan… sebab aku tak pernah isukan hal ni kat dia. Aku cuma isukan benda ni pada staff dia. Sama ada staff dia sampaikan isu ini atau tidak, wallahualam.

Apapun sejak operasi bertukar, barulah nampak sket seri bas cafe tu.

Satu petang tu masa nak beli Americano, aku tengok cafe tutup. Tutup sebulan untuk keluar Khuruj.

Lepas sebulan aku tengok masih tak bukak-bukak. Tunggu lagi sebulan, tak bukak jugak. Aku blur… sebab nak keluar ke bandar beli Americano bukan dekat.

Dalam hati aku, dah tak berniaga lagi agaknya. Nak buat macam mana… adat orang berniaga. Cuma yang buat aku terkilan, sebelum tutup tu ramai je customer datang on a daily basis.

Tengok IG pun tak update-update. Jadi aku pun biarkan jelah. Tak lama lepas tu IG diaorang di update. Terkejut jugak sebab tetiba je kata dah berpindah ke premis baru di bandar BP!

Ada 2 kejutan untuk aku sebenarnya.

Nak tau apa kejutannya?
Kita jumpa di bahagian 2. Follow blog ni kalau nak tau apa kesudahannya ya gais.

Jom Komen Kat Sini!