Kebelakangan ini kita sering membaca mengenai isu caj platform jualan online yang sangat mendukacitakan. Rata-rata ramai penjual (seller) di platform tersebut mengeluh dek karana caj yang dikenakan agak tinggi.
Bagi seller di Malaysia, ada 2 platform yang “paling panas” untuk mereka risaukan iaitu Tiktok dan Shopee.
Kedua-dua platform ini merupakan platform utama rakyat Malaysia untuk membeli belah secara online. Yang lain tu bukan takde, ada tapi tak menjadi kegemaran sangat.
Sungguhpun menjadi syurga rakyat Malaysia membeli belah, ada pihak yang seakan terluka kerana keuntungan mereka merosot teruk.
Tanpa disedari, mereka terpaksa membayar sejumlah portion yang agak tinggi kepada pemilik platform. Ini merupakan perkara mandatori selagi mereka ingin terus berjualan di platform mereka.
Dalam screenshot di atas yang aku ambil dari Facebook, secara kasarnya kita lihat tinggi juga portion yang platform ambil.
Jualan RM3 juta ringgit, tapi almost RM700 ribu diberi kepada platform… lebih kurang 30% dari jumlah jualan.
Tapi kenapa platform mengenakan caj yang tinggi dan saban hari cajnya akan terus meningkat?
Kita kena faham, seller yang menjual di platform Tiktok dan Shopee adalah mereka yang “menumpang” tempat untuk berjualan di tanah orang.
Bila semua seller berkumpul dalam platform tu.. tujuannya satu je. Untuk melariskan jualan produk masing-masing sebab platform tu DAH established.
Tapi untuk buat sales sampai RM3 juta, kos yang platform tu tanggung bukan kaleng-kaleng. Jom kita tengok apa sebab caj yang dikenakan semakin tinggi.
Dalam kes ni kita ambil abang long Shopee dulu, adik Tiktok nanti-nantilah ada masa kita story de mory.
Platform ecommerce macam Shopee ni kalau dia nak cover semua traffik dan transaction yang masuk, dia kena ada “enjin” yang kuat.
Tak campur lagi dengan back up support yang indirect wujud termasuklah customer service dan juga anything that’s related with COURIER/delivery.
Shopee bukan setakat pasang iklan di billboard, akhar harian dan juga sosial media untuk promosi platform diaorang ya.
Dalam usaha nak menaikkan nama dan ranking Shopee seluruh dunia, modal dan investment yang diaorang dah keluarkan kalau kita tau pun boleh terberak mendengarnya.
Korang ingat nama Shopee tu jadi famous dan dan secara tiba-tiba gitu je?Tidakkkkk… nahi.. nahi.. zindagi.
Diaorang dah keluarkan berjuta dollar untuk dapatkan “trusted” worldwide… supaya orang ramai TAHU dan PERCAYA platform mereka SELAMAT dan DIJAMIN untuk berurusniaga (transaction).
Diaorang bukan invest sket-sket ya… tengok siapa yang pernah diaorang bayar untuk menjadi AMBASSADOR:






Agaknya dari mana diaorang nak tarik balik modal promosi dan marketing yang diaorang dah keluarkan tu?
Yang seller dapat sekarang ni adalah hasil pelaburan mereka sejak dari hari pertama (since day 1st).
Semua sales… traffik… kemudahan jualbeli.. support.. semuanya adalah berbayar, bukan percuma atau berbentuk charity kecuali kalau kita nak setup ecommerce kita sendiri.
Bezanya, nak perkenalkan nama web kita tu supaya orang kenal dan percaya… memang “makan tahun”.
Contohnya, seperti yang penggiat eBay lakukan.
Diaorang berjaya menarik ramai customer yang pernah beli dengan mereka untuk buat “repeatation purchase” direct terus di laman web ecommerce mereka.
Hasilnya, daripada bayar fees yang tinggi ke eBay customer dapat “imbalan” lain yang lebih menjimatkan dan menguntungkan. Seller pun lebih puas hati.
Macam mana caranya?
Aiseymen.. tak bolehlah aku nak ajar teknik tu kat sini.. kang habis taukey platform marah kat aku. Nak tau, duduk semeja.. ngeteh, aku share.
Apapun, kalau nak teruskan berjualan di platform ecommerce ni semua.. boleh je.. bukan tak boleh.
Tapi kenalah pandai buat price range. Janganlah terlalu main harga sangat… lama-lama sembelih diri sendiri.
By the way selain dari web ecommerce sendiri, blog pun boleh dijadikan sebagai platform untuk berjual beli.
Betul ke?
Betullah.. takkan aku nak tipu pasal blog?
Korang stay je dengan blog aku ni. Aku akan spill and reveal!